Assalaualaikum buat semua pembaca blog ini...
Alhamdulillah,,pertamanya saya melafazkan syukur kehadrat Ilahi masih panjangkan umur saya sehingga saat artikel ini ditulis.Secara tidak sedari sudah menghapiri satu semester saya harungi pengajian di semester pertama tahun yang ketiga!.Setelah selesai tugasan dan assignment di hantar pada pensyarah,maka tumpuan harus diberikan kepada pengulangan kaji sujek-subjek yang telah dipelajari untuk menghadapi peperiksaan.
Namun,mood saya sedikit terganggu dek kerana masih ada urusan-urusan yang perlu dibereskan.Ia masih lag tergendala walaupun sudah beberapa kali cuba saya selesaikan sehingga memungkinkan menimbulkan rasa putus asa dalam diri ini.Kuatkan jua semangat diri untuk meneruskannya..tetapi ia sedikit sebanyak menganggu penumpuan dan semangat diri untuk menghadapi peperiksaan..mungkin fikiran bercelaru dan berserakan.
Apa pun yang pasti,hari tetap akan berlalu sehingga ia di tentukan oleh sang pencipta untuk berhenti.Ia pasti akan berlaku! dan ia perlu di tempuhi..
Keadaan kampus tua ini sudah mulai sunyi..rakan seperjuangan dalam kampus ini mulai sibuk menelaah buku dan mengumpul nota..mereka yang sebelum ini tidak pernah memasuki perpustakaan mulai berkunjung tandang dan terus mengfokuskan diri.mengfotokopi nota-nota,ada yang berkumpulan kecil sambil menghadap buku dan nota.Masing-masing sibuk dengan urusan penyedian diri untuk menghadapi peperiksaan.Alhamdulillah..suka dilihat sebegini..
Dikesempatan ini,saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat semua rakan-rakan,terutama kepada pimpinan-pimpinan dan adik beradik permadah um,sahabat-sahabatku REAL dan lain-lain,rakan-rakan ROTU, dan semualah yang sewaktu dengannya.Berdoalah semoga beroleh kejayaan
Ya Allah,engkau kuatkanlah diriku ini,tabahkanlah hati ini untukku teruskan hidup di alam ini,,Berikanlah kejayaan kepadaku dan semua rakan-rakanku yang bakal menghadapi peperiksaan ini,lapangkan hati kami,permudahkan segala urusan kami, Ya rabb tuhan yang menguasai alam
gambar hiasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Anonymous
November 9, 2009 at 9:29 AM
Permalink this comment
1
all the very best..
:)
yeahh!1 muga dipermudahkan exam..
:)
Post a Comment