MERAH + BENGKAK = < ZZZZ

Tuesday, April 21, 2009


Minggu yang penuh kesibukkan telah bermula bagi pelajar2 seluruh universiti di malaysia khasnya universiti malaya tempat diri ini menimba ilmu.Rata2 pelajar akan mengalami sindrom mata merah dan sedikit bengkak akibat tidak cukup tidur,bersengkang mata bagi megulangkaji pelajaran..

Apa-apa pun fenomena begini sat saja,then semua pelajar dapat la mengenjoykan diri masing2 menghabiskan cuti semester selama 2bulan.Buka saja sesi baru nanti,adik2 dan pelajar baru pula akan memasuki alam universiti setelah berjaya ujian di peringkat persekolahan...ermmm..

Dikesempatan ini,saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua rakan-rakan seperjuangan sama ada di universiti malaya mahupun member2 di universiti yang lain,,ucapan khas juga kepada semua adik-beradik permadah semoga istiqomah dan teguh dalam perjuangan..terima kasih kepadda semua guru dan pensyarah atas sumbangan ilmu yang diberikan dan maaf andainya ada salah dan silap..berdoalah agar kita semua mengdapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan menjaddi insan yang berguna kelak.Amin.

SETELAH LAMA MERANTAU..BALIK LA SAT..


Alhamdulillah..dalam kesibukkan dan kekangan waktu dalam menghadapi asignment dan peperiksaan,,sempat juga saya mencuri masa beberapa hari untuk pulang ke kampung yang indah lagi tercinta..emm,seingat saya dah hampir 5 bulan saya tak balik kampung sejak bukanya sem baru bulan 12 tahun lepas..cuti midsem bulan 2 yang lepas pula tak sempat balik dek kerana latihan palapes yang memcuri masa cuti..cuti study week yang diberikan oleh pihak unversiti untuk mengulang kaji pelajaran..saya gunakan untuk pulang ke kampung..bukan tak stdy..stdy juga kat kampung..habis semua buku dan nota yang dipelajari saya jinjing bawa balik..hehe

homesick

Dah lama tak balik..mak ayah,adik2,orang kampung semua dok rindu ,hehehe..terharu juga..member2 juga dok tanya.."hang p mana lama tak nampak?ngaji kat london ka?"sapa seorang pak cik lepas solat Jumaat..."uii..ingat hang dah tak jumpa jalan balik kg"gurau kawan saya..Ermmm,,macam2 lagi la..lucu juga kadang-kadang tapi xpa la..tak kisah sangat

5 bulan bukan lama sangat pun tak balik kampung..orang lain lagi lama..2,3 tahun..belajar kat luar negara nuu..macam member2 saya belajar kat luar negara nuh Republic Czech,Mesir,Arab Saudi n lain2 lagi la lama tak balik kampung...mungkin disebabkan kampung saya yang agak jauh di utara nuu..turun bas naik pula ferry untuk sampai ke langkawi pulau mutiara kedah, pas tu naik plak kereta atau bas untuk sampai ke kampung yang terletak di barat laut langkawi..memakan masa kadang2 hampir 12-14 jam perjalanan..huuih,,dengar macam jauh ja..tapi itu la hakikatnya.

restu mak ayah

Dalam kesempatan pulang ke kampung..dapat la jumpa mak ayah..minta restu dan semangat serta motivasi kepada diri ini untuk menghadapi exam bagi semester yang ke-4 di tahun ke 2 pengajian di universiti malaya. Semoga perjalanan hidup ini diberkati dan mendapat keredaan Allah..dan satu lagi,,semoga berjaya dalam peperiksaan.Amin

KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

Monday, April 6, 2009




Sistem ekonomi kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang rapuh dan mempunyai beberapa kelemahan.Hal ini terbukti apabila negara-negara yang mengamalkan dasar sistem kapitalis ini telah mengalami krisis ekonomi yang teruk.Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat pada zaman pemerintahan Presidennya yang ke-17 Abraham Lincoln dimana beliau telah menghapuskan sistem perhambaan secara serentak menyebabkan ekonomi Amerika Syarikat menjadi lumpuh.


Penguatkuasan undang-undang penghapusan hamba secara serta merta telah menyebabkan pekerja-pekerja di sektor peladangan dan perindustrian pada ketika itu lumpuh kerana pekerja pekerja yang sebelum ini tidak mahu bekerja semula dengan majikan asal mereka.Hal ini kerana majikan atau pengusaha kapitalis tersebut telah melakukan kezaliman dan penindasan terhadap pekerja atau buruh tersebut dalam usaha memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

Krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan negara-negara kapitalis pada awal tahun 2008 yang berlarutan sehingga kini mengjelaskan kelemahan dan kepincangan sistem ekonomi kapitalis ini.Sistem kewangan dan perbankan kapitalis yang berteraskan riba telah runtuh akibat krisis yang berpunca daripada bond subprime.


Bank-bank konvensional memberikan kemudahan pinjaman kepada individu yang brpontensi gagal membayar balik pinjaman tersebut. Risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakan ‘event of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya tinggi maka lagi tinggilah kadar riba ‘interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

Keghairahan dalam mendapatkan keuntungan menyebabkan mereka tidak mempedulikan status hidup individu yang ingin membuat pinjaman tersebut sama ada miskin ataupun kaya.Sekiranya hutang pinjaman tersebut gagal dibayar dalam tempoh yang di tetapkan,maka kadar bunga yang di kenakan akan meningkat dan ia akan mendatang keuntungan kepada pihak bank.



Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat kini telah merebak hamper ke seluruh dunia.Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini turut sama mendapat kesan akibat krisis ekonomi tersebut.Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menyuntik RM 700 billion USD untuk plan bail-out bagi menyelamat ekonomi negara tersebut.Krisis ini akhir telah merebak ke benua Eropah di mana negara-negara Eropah yang juga mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini.Kerajaan United Kingdom terpaksa membelanjakan RM 500 billion untuk bail-out bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan riba di United Kingdom.

Contoh yang lain mengambarkan kelemahan sistem ekonomi kapitalis ialah mereka mengalakkan kuasa monopoli dalam pasaran.pengeluar atau firma yang besar akan dapat menguasai pasaran dalam pembuatan barangan berteknologi tinggi dan sebagainya sekaligus menindas golongan pengguna yang terpaksa membeli barangan tersebut walaupun pada tingkat harga yang tinggi.Firma-firma yang kecil tidak dapat bersaingan akhirnya bangkrap dan terpaksa ditutup dengan menggunakan teori yang besar dan kuat akan berkuasa dan yang kecil dan lemah akan terus ditindas dan di hina.

Oleh yang demikian,dalam usaha mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam pengamalan riba dan Interest sistem perbankan,kemudiannya,pengamalan teori ekonomi yang diperkenalkan oleh para sarjana ekonomi terkenal iaitu memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos dengan cara menzalimi dan penindasan terhadap pekerja,sistem mata wang yang tidak bersandarkan pada emas dan mudah di spekulasi,pengabaian terhadap kebajikan rakyat dan banyak lagi teori-teori pengamalan dalam sistem ekonomi kapitalis ini jelas membuktikan kebobrokkan dan kepincangan serta kerapuhan sistem tersebut.Natijahnya.sistem yang ternyata mempunyai banyak kelemahan itu perlu dig anti dengan satu sistem yang lebih baik dan adil.Oleh itu,sistem ekonomi Islam merupakan satu altenatif yang terbaik untuk mengantikan sistem ekonomi kapitalis tersebut dan mampu menguasai dunia suatu hari nanti