Tragedi Memali : Kenyataan Kosmo Adalah Fitnah

Wednesday, October 28, 2009


Saya mendapat sms dari fakrul sahabat seperjuangan di Darul Quran berkiatan dengan isu yang berlaku di Negeri kelahiran,katanya murabbi Ustaz Mad Ya di tahan polis,alasanya kerana membuat bantahan terhadap akhbar kosmo yang mengeluarkan kenyataan bahawa ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim libya dan anak muridnya sesat.

Jam 2.30 am,dalam keaadan mata yang sudah nak tertutup disebabkan badan yang sudah keletihan,saya gagahi membuka internet laman web kosmo untuk mengesahkan dakwaan sahabat saya tersebut.

Isnin 26 oktober 2009,akhbar Kosmo mendakwa bahawa ustaz Ibrahim libya dan pengikutnya yang terbunuh dalam tragedi Memali 1985 adalah sesat.Peristiwa tragis yang berlaku pada 19 november 1985 tersebut telah mengorbankan jiwa seramai 18 orang termasuk Ustaz Ibrahim Libya dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Dalam operasi hapus yang dijalankan oleh pihak polis di zaman kepimpinan Tun Dr mahathir sebagai Perdana menteri telah berlaku pertempuran antara penduduk kampung yang hanya bersenjatakan parang,cangkul,kayu dan lain-lain berlawan dengan piha polis yag bersenjatakan M16 dan juga kereta perisai!

As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud

Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi mengfitnahnya sebagai sesat.Majlis fatwa Negeri Kedah pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid.

Malahan Sultan Kedah pernah mencemar duli melawat perkuburan Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terkorban,baginda turut berkenan menyiram air mawar ke pusara mereka.

Orang kampung bertempur dengan angota polis

Akhbar Kosmo perlu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan mengenai peristiwa Memali dan memohon maaf terhadap perkara tersebut.Ia memberi kesan yang sangat mendalam terhadap orang Islam dinegara ini terutamanya keluarga mangsa yang terlibat dengan peristiwa tersebut.

Sejak peristiwa itu berlaku,ahli keluarga mangsa yang terkorban telah membuat beberapa kali fail mahkamah untuk membicarakan kes tersebut,namun hampa yang di temui kerana kes tersebut tidak pernah dibicarakan langsung dan seperti dilupakan begitu saja.!

keadilan adalah fitrah manusia

0 comments: