Ramadan: Tiada Sambutan Ambang Merdeka

Thursday, August 27, 2009


Saya terbaca satu tajuk berita di dada akbar semalam "Tiada sambutan ambang merdeka di Ibu negara"..lantas dengan penuh minat saya membacanya degan teliti. Ketiadan sambutan detik jam 12 malam,tiadanya kemeriahan konsert-konsert dari pelbagai artis,dan percikan bunga api yang memukau juga tiada semuanya kerana ingin menghormati bulan ramadan yang mulia ini.

Pada pandangan saya,ia suatu yang amat baik dan amat disokong.Seharusnya kita sebagai warganegara malaysia yang majoritinya beragama Islam menumpukan perhatian kita terhadap ibadah-ibadah sunat.Mana mungkin di siang harinya kita berpuasa mengumpul pahala manakala di malam hari pula kita bersuka dan berpesta ria yang mana dengan cara itukah kita mengumpul pahala?



Namun begitu,Di dada akbar Kosmo semalam juga terdapat satu berita sambutan ambang merdeka di buat di Genting Highland.La...buat juga ingat tak ada langsung,Penulisan berita tersebut turut mengajak dan mempromosikan orang ramai agar ke sana untuk menyambut merdeka..sudah banyak kali kita dengar berlakunya gempa bumi di kawasan tanah tinggi yang mana umum mengetahui bahawa Malaysia terselamat daripada lingkaran gunung berapi dan gempa bumi..Bagaimana ia boleh terjadi..kuasa Allah.andainya Allah ingin ia berlaku pada malam 31 ogos nanti..bagaimana?

Walaupun pihak berkuasa menidakkan sambutan ambang merdeka di bulan Ramdan ini,namun saya yakin dan pasti addanya golongan terutama remaja akan menyambungnya dan berpesta di banda-bandar seluruh Malaysia.Insyallah,Seperti tahun sebelum ini..saya dan rakan-rakan akan keluar ke ibu kota untuk operasi menyelamat dan mencegah maksiat..harapnya tiadalah!..hormatilah ramadan walaupun malas untuk melakkukan amalan sunat!!!!

0 comments: