Feskum 09 Membuka Tirai

Thursday, August 6, 2009



Feskum 09 ( festival konvokesyen Universiti malaya ) telah bermula secara rasminya apabila istiadat perasmiannya telah di sempurnakan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah yang merangkap pro canselor UM.Berteraskan moto "keilmuan di sanjung,kecemerlangan dijunjung" di sambut dengan begitu meriah dan gilang gemilang.

Saya ingin mengucapkan syabas kepada Semua krew dan ajk pelaksana feskum 09 atas semangat dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menjayakan feskum kali.Melihat kepada aturcara dan program-program yang di anjurkan sepanjang feskum lebih kepada keintelektualan dan daya keusahawanan berbanding dengan feskum tahun-tahun yang sebelum ini yang lebih menjurus kepada hiburan dan suka ria semata-mata.mungkin sesi kepimpinan MPMUM dah bertukar kot..satu pandangan..


Dewan Tuanku Canselor yang menjadi tradisi tempat penganugerahan ijazah graduan

Walaupun di telingga saya terdengar ura-ura mengatakan ada penyelewengan yang berlaku dalam feskum 09 yang melibatkan pentadbiran HEP dan menungu masa untuk di bongkarkan!!..namun,di peringkat saya menegaskan agar festival konvokesyen kali ini bebas dari sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa semoga budaya keintelaktualan dapat disanjung tinggi seiring dengan jolokkan nama universiti perdana

Kepada semua ahli dan adik beradik Permadah (Persatuan Mahasiswa Kedah UM ) yang bertungkus lumus mengerakkan projek gerai citarasa utara terima kasih dan sekalung perhargaan dan terima kasih diucapkan..budayakan semangat keusahawanan dalam diri dan ambil seberapa banyak pengalaman dan pengetahuan dalam melengkapkan diri menjadi mahasiswaa..semoga projek ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Insyallah.

1 comments:

Unknown

August 7, 2009 at 7:26 AM
Permalink this comment

1

said...

all the best n tahniah kpd semua bakal graduan UM..
:)