Sub Marine : Kini Ujud di Malaysia!!

Thursday, September 3, 2009


KD tunku Abdul Rahman

Sejarah tercipta buat Tentera Laut Di-raja Malaysia apabila berjaya memperolehi aset pertahanan yang baru Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.Kapal selam jenis scorpene tersebut di bina sejak kerajaan menempahnya pada tahun 2002 di Toulon,Perancis berharga RM3.4 billion.Hari ini,Kapal selam pertama negara telah berjaya pulang ke malaysia berlabuh di KD Sultan Abdul Aziz Shah,Pulau Indah klang iaitu pangkalan TLDM yang sering saya dan rakan-rakan dalam Palapes laut UM ke sana pada hujung minggu untuk mengadakan latihan.

KD TAR di lengkapi dengan teknologi cangih dan terkini dengan pelbagai sistem persenjataan moden mampu berfungsi dan berperanan untuk melaksanakan pelbagai tugas dan misi lain seperti pengumpulan data perisikan, menyekat jalur perhubungan laut (sea lines of communications (SLOC)), melancar serangan torpedo dan misil, memasang dan mengaktifkan periuk api serta operasi khas membabitkan penyusupan Pasukan Khas Laut (Paskal).



Kapal selam ini adalah antara reka bentuk kapal selam terkini dalam kelasnya yang dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Selam Penyerang Nuklear (SSN) Tentera Laut Perancis. Ia dilengkapi sistem persenjataan terkini, termasuk sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Sistem persenjataan kapal selam ini, iaitu 'Submarine Tactical Integrated Combat System' (Subtics) berfungsi untuk memproses segala maklumat daripada pengesan akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam sepanjang 67 meter ini dikendalikan oleh 32 krew berupaya beroperasi di laut melebihi 45 hari. Menyingkap sejarah perolehannya, TLDM khususnya dan ATM amnya menyedari kapal selam mampu meningkatkan kemampuan pasukan laut itu secara keseluruhannya.

Rancangan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan aset kapal selam telah di mertai pada rancangan malaysia ke-5 (RMK-5) lagi awal 80an.Namun,di sebabkan beberapa faktor impian tersebut baru terlaksana setelah sekian lama tertangguh.Ramai orang kata,"alah setakat "dua biji" saja kapal selam nak boleh buat apa" "nak perang pun xlepas" !!.Namun,bagi saya biarlah ada "dua biji" daripada tiada langsung!.Ia dapat menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dan bilangan kapal selam 2 buah tersebut boleh dipertingkatkan lagi dari semasa kesemasa.Scorpene hanya dikendalikan oleh krew seramai 32 orang termasuk pegawai dan angota lain-lain pangkat setelah mereka berjaya menjalani kursus untuk pengendalian kapal selam selama setahun telah berjaya membawa KD TAR pulang ke tanah air setelah berlayar selama 54 hari dari Perancis tempat kelahirannya.


Anak-anak kapal KD Tunku Abdul Rahman

Menjadi krew kapal selam adalah seuatu yang agak mencabar bayangkan berada di dalam air berhari-hari lamanya untuk menjalankan operasi.Perasaan bosan dan jemu pasti di rasai hanya berada di dalam air yang tiada pemandangan.Kapal selam mana ada tingkap kalu teringin nak lihat ikan dalam dasar laut sekalipun.Saya masih ingat lagi apabila mengikuti latihan pelayaran selama seminggu Bersama kapal TLDM di selat melaka.Pada awalnya perasaan saya dan rakan-rakan palapes laut UM yang lain amat teruja dan gembira dapat naik kapal perang.Ya la,bukan semua Mahasiswa UM dapat naik kapal perang dan berlayar di lautan,tetapi setelah 5 hari beradda di tengah laut,perasaan jemu mulai terasa..pandang kiri,kanan,depan dan belakang semuanya laut..tak ada lembu,kambing,sawah padi yang menghijau,bukit bukau yang dapat di lihat.ditambah lagi dengan gelombang laut yang agak kuat menyebabkan kepala terasa pening dan pusing.Namun begitu,pengalaman dan ilmu yang diperolehi cukup baik dan berguna bagi angota tentera seperti kami.

Penulis ketika pelayaran-latihan menembak di atas kapal

Walauapapun,di bulan ramadan yang mulia ini,kita berdoa kepada Allah agar negara kita terus kekal dalam keamanan dan semoga aset pertahanan yang baru kita perolehi tersebut dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk melindungi negara dan agama!..Palapes Laut UM.."Sedia berkorban"

1 comments:

Anonymous

September 3, 2009 at 11:48 AM
Permalink this comment

1

said...

oooh..
sungguh menarik..
menarik amat.
:)