Festival konvokesyen UM (feskum 09) berlabuh tirai..walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan akhirnya program setahun sekali ini dapat berjalan dengan baik.Bagi saya,tarikh penganjuran feskum kali ini kurang sesuai kerana berlangsung seminggu sebelum cuti mid sem,bermula pada hari khamis (6hb Ogos 09) dan berakhir pada hari sabtu (15hb ogos 09) suatu tarikh yang kurang baik kerana kebanyakkan Mahasiswa UM akan pulang ke kampung untuk cuti semester pada hari rabu dan khamis menyebabkan feskum dan gerai-gerai jualan kurang mendapat sambutan dan hambar.Mahasiswa lebih utamakan balik kampung daripada feskum!!.saya yang banyak menghabiskan masa di gerai dan tapak utama pameran dan jualan dapat merasai kekurangan pengunjung terutamanya mahasiswa ke tapak jualan Feskum apatah lagi pergi ke forum dan diskusi ilmiah yang dianjurkan!!
Harapannya,untuk penganjuran feskum tahun depan,wajarlah dielakkan untuk mengadakannya seminggu sebelum cuti semester kerana akan mengurangkan kemeriahan feskum itu sendiri dan memberi kesan terhadap pengerai,penganjur pameran dan sambutan terhadap aktiviti feskum itu sendiri.walaubagaimanapun,Tahniah di ucapkan kepada penganjur MPMUM terutama kepada akhi Syazwan selaku pengarah Feskum 09 dan semua crew yang berjaya menganjurkan Feskum dengan baik.
Bersama mantan pimpinan Permadah di gerai citarasa Jelapang Padi milik Permadah
Terima kasih dan tahniah juga saya ingin tujukan kepada pengarah gerai konvo Permadah Engku Afizi dan Syakilaisma serta seluruh ajk-ajk pelaksana gerai konvo Permadah,tidak di lupakan juga kepada semua pimpinan Permadah dan senior-senior serta mantan-mantan pimpinan Permadah atas kerjasama dan sokongan kalian terhadap Permadah.Jasa dan sumbangan kalian hanya Allah dapat membalasnya.Semoga ukhuwah,semangat dan kerjasama yang terjalin dapat di kekalkan selamanya.
Gambar-gambar sekitar feskum o9 :
Istiadat kawad konvokesyen oleh Palapes UM (kawalan diraja Sultan Perak selaku canselor UM)
Tahniah kepada mereka yang berjaya menamatkan pembelajaran!!
Team Paintball..ala-ala counter strike gitu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment