Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah..majlis berbuka puasa dan diskusi ilmiah atau nama sebenarnya Wacana Ramadan Al-Mubarak (Warak 09) anjuran Persatuan mahasiwa Kedah Universiti Malaya berjalan dengan baik dan lancar hari ini.majlis berbuka Puasa bersama-sama anak-anak kedah Universiti Malaya merupakan satu medan untuk mahasiswa kedah berhimpun dan bertemu merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim di samping penerapan nilai-nilai ilmu dan Islam di kalangan ahli-ahli Permadah.
Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Adik Naufal dan Ruqayyah selaku pengarah dan timb pengarah serta seluruh ajk pelaksana program yang telah bertungkus lumus melakukan gerak kerja bagi menjayakan majlis tersebut. Projek Warak 09 bermula daripada pengarah projek sehinggalah ajk-ajk pelaksana semuanya terdiri daripada adik-adik tahun satu (first year) Permadah UM, tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada adik-adik tahun satu untuk belajar dan mengutip pengalaman mengendalikan sesuatu program.Sedia maklum bahawa sistem HEP UM terlalu banyak birokrasi dan karenah untuk membenarkan Mahasiswa menjalankan aktiviti!!
Gerakan Perjuangan
Mengorak langkah Permadah sebagai sebuah gerakan perjuangan memerlukan satu sokongan dan dokongan yang padu daripada adik beradik Permadah semua.Kita tidak mahu jadikan Permadah hanya semata-mata sebuah persatuan, kita gunakan Ia sebaik mungkin sebagai sebuah gerakan perjuangan yang mendokong idealisme mahasiswa,memperjuangankan isu-isu berkaitan dengan mahasiswa dan masyarakat,menjadi check and balance kepada kerajaan.Mengkritik tidak semestinya "Pembangkang" dan menyokong tidak semestinya "Kerajaan".
Selaku mahasiswa,kita bebas mengutarakan dan mengemukakan pandangan dan pendapat kita sendiri.Kita melihat sesuatu yang berlaku disekeliling kita mengikut sisi seorang mahasiswa!..masa depan negara adalah tanggungjawab mahasiswa,dan sepatutnya bermula dari saat berada d kampuslah mahasiswa perlu merancang agenda apa yang akan terjadi pada negara 10,20 atau 50 tahun lagi!!
Mahasiswa agen perubahan,Idea kita didengari masyarakat,menjadi perhatian oleh ilmuan dan menjadi pantauan serta di cakna oleh pemimpin-pemimpin negara.Jangan sempitkannya dengan menjadi mahasiwa yang ulat buku hanya duduk di bilik menbaca buku dari kulit ke kulit,atau menjadi mahasiswa yang leka di depan komputer atau laptop bermain games,chating,download movie dan sebagainya, ataupun menjadi mahasiswa yang hanyut dan dalam keindahan cinta keluar berdating dengan pasangan sehingga melupakan hal orang lain...ataupun menjadi mahasiswa yang alert dengan isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara..bergerak mengislahkan masyarakat dalam penerapan nilai-nilai kefahaman Islam!..kita ada hak untuk memilih dan nak jadi apa!..Ingatlah dunia hanya sementara
Akhir kata,Terima kasih sekali lagi kepada Naufal dan Ruqayyah serta kepada semua ajk-ajk pelaksana Warak 09.Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat balasan daripada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini.Selamat berpuasa kepada semua
Labels: Mohd al-Hafiz Adnan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Anonymous
September 5, 2009 at 2:56 PM
Permalink this comment
1
yer betoi2..
zaman universiti, zaman kuliah n zaman sekolah nih la zaman nk teroka macam2 bende sebelum melangkah kaki ke zaman kerjaya..
selamat berpuasa juga..
:)
putera_mahsuri
September 5, 2009 at 8:53 PM
Permalink this comment
1
Selamat kembali ke malaysia DR zai..ngeh3..
Post a Comment