Provokasi Malaysia Indonesia : Perlu Penyelesaian Segera

Friday, September 11, 2009



Walayah Ambalat yang menjadi rebutan

Sentimen kebenciaan segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi.Hampir setiap hari demontrasi jalanan anti Malaysia di lakukan di hadapan kedutaan besar Malaysia di Indonesia dan di jalan-jalan raya sekitar Jakarta.Disamping itu,ujudnya beberapa kumpulan-kumpulan anti Malaysia seperti Kumpulan Anti Malaysia(KAM), kumpulan Laskarmerahputih,Kumpulan Buluh runcing dan sebagainya melancarkan gerakkan “ganyang Malaysia”.

Kumpulan-kumpulan tersebut bertindak mencari rakyat Malaysia mengugut dan memberi ancaman sehingga menimbulkan rasa takut dikalangan rakyat Malaysia di negara garuda tersebut.Pelajar-pelajar kita di sana di maki hamun di dalam kuliah dan di ejek serta di pandang sinis oleh rakan-rakan dari Indonesia.Pensyarah-pensyarah universitas di sana juga engan mengajar pelajar kita di sana dengan alasan pelajar Malaysia akan “mencuri” ilmu untuk di bawa balik ke negara meraka(Malaysia)

Tindakan segelintir rakyat Indonesia yang melancarkan gerakan anti Malaysia perlu di tangani dengan segera.Sejarah lampau telah membuktikan provokasi sebegini boleh mencetuskan ketengangan anatara kedua-dua negara seperti peristiwa konfrantasi ganyang Malaysia pada tahun 70 an yang lalu.



Cadangan pembinaan jambatan antara Malaysia dan Indonesia

Adakah kita terlalu berlembut dengan Indonesia?adakah kita terlalu menghormati negara majoriti umat Islam itu?? Namun,adakah mereka berperasaan baik sangka dan menghormati kita? kita tidak marah lambakan pekerja dan buruh dari Indonesia masuk berkerja mencari rezeki di sini.Filem-filem dan lagu-lagu negara jiran tersebut tersebar luas dan di terima oleh masyarakat Malaysia.Malahan ulama-ulama terkenal nusantara kebanyakkannya berasal dari Indonesia sangat di hormati oleh masyarakat kita di samping ramai pelajar-pelajar kita berhijrah ke sana menuntut ilmu agama di pasentren-pasentren dan di madrasah pengajian agama.

Bagaimana perasaan rakyat Indonesia di sini jika terdapatnya kumpulan-kumpulan tertentu melancarkan gerakan anti Indonesia,menyekat dan mengugut rakyat Indonesia serta menghalang rakyat Indonesia bekerja mencari rezeki di sini,pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS melakukan diskriminasi dan engan mengajar pelajar Indonesia yang menuntut ilmu di negara kita.Semuanya di lakukan dengan tujuan untuk membalas dendam?? Saya menyeru dan berharap tiada rakyat Malaysia akan melakukan sedemikan rupa kerana kita hidup saling berbudi bahasa dan saling hormat menghormati

Justeru,saya menyeru agar kerajaan Malaysia dapat berkerjasama dengan kerajaan Indonesia dalam menangani isu tersebut agar ia tidak merebak dan menjadi barah. Titik-titik atau isu-isu yang mencetuskan sentimen dan provokasi seperti isu pertindihan tuntutan perairan Ambalat serta beberapa isu yang lain lagi perlulah diselesaikan dengan secepat mungkin.Malaysia dan Indonesia negara serumpun melayu dan ujudnya persamaan dari segi budaya dan agama kepercayaan.Berfikiran terbuka dan teloransi serta dasar perpaduan dan ukhuwah Islamiah antara kedua-dua negara perlu di perkukuhkan agar hubungan baik yang terbina dapat di kekalkan.


0 comments: