Jemputan ke Rumah Terbuka Permadah

Wednesday, September 30, 2009


Himpuan aidilfitri Mahasiswa Kedah Meriah

Monday, September 28, 2009


Alhamdulillah, Majlis himpunan Aidilfitri mahasiswa Kedah Bersama Menteri Besar berlajan lancar dan meriah....
untuk bacaan lanjut sila layari Persadakini.blogspot.com

Berlalu Ramadan..Selamat datang Syawal

Saturday, September 19, 2009


Assalamualaikum dan Salam 1 Syawal kepada semua,Ramadan sudah berlalu,,Kini Syawal menjelma.Mudah mudahan segala amalan yang kita lakukan sepanjang ramadan di terima di sisi Allah S.W.T.

Di kesempatan ini,Saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri ,Terutama kepada adik beradik Permadah UM dan PMIUM,sahabat2 JSE dan Apium,rakan-rakan Palapes laut dan darat serta kepada semua la yang mengenali diri ini.maaf ku pinta seandainya ada tersalah silap,terkasar bahasa dan sebagainya. Selamat hari raya..jemput la mai rumah saya di pulau lagenda mahsuri.
langkawi
20.9.09
1.50 am

Himpunan Mahasiswa Kedah Bersama MB

Wednesday, September 16, 2009

Jemputan ke majlis himpunan aidilfitri mahasiswa kedah bersama Menteri besar Dato' seri Azizan Abd Razak di seri Mentaloon,Alor Star.

Hari Raya Ketiga,jam 9 pagi sampai 1 ptg.

pakat mai ramai-ramai..tak kira la mahasiswa ka,bekas mahasiswa ka ataupun bakal mahasiswa..bleh mai belaka..makanan di sediakkan..jom


Provokasi Malaysia Indonesia : Perlu Penyelesaian Segera

Friday, September 11, 2009



Walayah Ambalat yang menjadi rebutan

Sentimen kebenciaan segelintir rakyat Indonesia terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi.Hampir setiap hari demontrasi jalanan anti Malaysia di lakukan di hadapan kedutaan besar Malaysia di Indonesia dan di jalan-jalan raya sekitar Jakarta.Disamping itu,ujudnya beberapa kumpulan-kumpulan anti Malaysia seperti Kumpulan Anti Malaysia(KAM), kumpulan Laskarmerahputih,Kumpulan Buluh runcing dan sebagainya melancarkan gerakkan “ganyang Malaysia”.

Kumpulan-kumpulan tersebut bertindak mencari rakyat Malaysia mengugut dan memberi ancaman sehingga menimbulkan rasa takut dikalangan rakyat Malaysia di negara garuda tersebut.Pelajar-pelajar kita di sana di maki hamun di dalam kuliah dan di ejek serta di pandang sinis oleh rakan-rakan dari Indonesia.Pensyarah-pensyarah universitas di sana juga engan mengajar pelajar kita di sana dengan alasan pelajar Malaysia akan “mencuri” ilmu untuk di bawa balik ke negara meraka(Malaysia)

Tindakan segelintir rakyat Indonesia yang melancarkan gerakan anti Malaysia perlu di tangani dengan segera.Sejarah lampau telah membuktikan provokasi sebegini boleh mencetuskan ketengangan anatara kedua-dua negara seperti peristiwa konfrantasi ganyang Malaysia pada tahun 70 an yang lalu.



Cadangan pembinaan jambatan antara Malaysia dan Indonesia

Adakah kita terlalu berlembut dengan Indonesia?adakah kita terlalu menghormati negara majoriti umat Islam itu?? Namun,adakah mereka berperasaan baik sangka dan menghormati kita? kita tidak marah lambakan pekerja dan buruh dari Indonesia masuk berkerja mencari rezeki di sini.Filem-filem dan lagu-lagu negara jiran tersebut tersebar luas dan di terima oleh masyarakat Malaysia.Malahan ulama-ulama terkenal nusantara kebanyakkannya berasal dari Indonesia sangat di hormati oleh masyarakat kita di samping ramai pelajar-pelajar kita berhijrah ke sana menuntut ilmu agama di pasentren-pasentren dan di madrasah pengajian agama.

Bagaimana perasaan rakyat Indonesia di sini jika terdapatnya kumpulan-kumpulan tertentu melancarkan gerakan anti Indonesia,menyekat dan mengugut rakyat Indonesia serta menghalang rakyat Indonesia bekerja mencari rezeki di sini,pensyarah-pensyarah IPTA/IPTS melakukan diskriminasi dan engan mengajar pelajar Indonesia yang menuntut ilmu di negara kita.Semuanya di lakukan dengan tujuan untuk membalas dendam?? Saya menyeru dan berharap tiada rakyat Malaysia akan melakukan sedemikan rupa kerana kita hidup saling berbudi bahasa dan saling hormat menghormati

Justeru,saya menyeru agar kerajaan Malaysia dapat berkerjasama dengan kerajaan Indonesia dalam menangani isu tersebut agar ia tidak merebak dan menjadi barah. Titik-titik atau isu-isu yang mencetuskan sentimen dan provokasi seperti isu pertindihan tuntutan perairan Ambalat serta beberapa isu yang lain lagi perlulah diselesaikan dengan secepat mungkin.Malaysia dan Indonesia negara serumpun melayu dan ujudnya persamaan dari segi budaya dan agama kepercayaan.Berfikiran terbuka dan teloransi serta dasar perpaduan dan ukhuwah Islamiah antara kedua-dua negara perlu di perkukuhkan agar hubungan baik yang terbina dapat di kekalkan.


Mengapa Rakyat Indonesia berang dengan Malaysia??

Wednesday, September 9, 2009




Kebelakangan ini media melaporkan banyak peristiwa atau kejadian yang menunjukan perasaan marah dan tidak berpuas hati rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Mereka melakukan demontrasi di kedutaan Malaysia sehingga sanggup menurunkan bendera malaysia dan membakarnya!.Kediamaan pelajar-pelajar Malaysia di baling dengan telur busuk di samping menerima beberapa ugutan.Selain itu,laporan terbaru mengatakan bahawa rakyat Malaysia di Indonesia takut untuk keluar rumah kerana terdapat kumpulan-kumpulan tertentu mengancam keselamatan mereka.

Saya suka menerokai akhbar-akhbar digital milik Indonesia untuk mengetahui perkembangan berita di sana.Namun,saya tidak nafikan ujudnya sentimen dan provokasi serta fitnah yang dilakukan oleh media Indonesia sekaligus mencetuskan api kemarahan rakyat Indonesia terhadap Malaysia.Isu terbaru berkaitan dengan tarian tradisi bali dimana Indonesia menuduh Malaysia "menciplak" tarian tersebut untuk tujuan promosi perlancongan Malaysia.


"Apabila hukuman cambuk itu tetap dilakukan, Laskar menuntut Pemerintah Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. "Jika pemerintah Malaysia tidak menghentikan sikap arogannya terhadap TKI, kami bersama seluruh komponen bangsa siap membuka kembali front ‘Ganyang Malysia' seperti yang pernah terjadi di era Sukarno," tandas Eddy"- di petik daripada laskarmerahputih.com

Isu berkaitan dengan Malaysia dan Indonesia sudah lama berlarutan.Sejak
peristiwa ganyang Malaysia pada tahun 70 an dulu,bisa dan barah tersebut bagaikan tidak pernah sembuh dan melarat sehingga kini.Mengapa Indonesia terlalu marah dengan Malaysia??. Isu berkaitan dengan penderaan amah(pembantu rumah) Indonesia,Malaysia menggunakan lagu terang bulan yang di katakan milik Indonesia sebagai lagu kebangsaan,rakyat Malaysia memanggil mereka dengan perkataan "Indon",Kes Monahara,Pertikaian pulau Sipadan yang akhirnya menjaya menjadi milik malaysia,kes berkaitan dengan pengeboman 2 buah hotel di Jakarta baru-baru ini dikatakan dalangnya dilakukan oleh rakyat Malaysia(Nordin mat Top) kemudiannya Manchester United terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan bersama Indonesia menyebabkan kemarahan oleh peminat-peminat MU di Indonesia dan banyak lagi serta yang terbaru berkaitan dengan malaysia "mencuri" tarian tradisi Bali dari Indonesia.

Banyak faktor yang mempengaruhi isu antara kedua-dua negara.Kepesatan pembanganunan dan kemajuan Malaysia dari segi ekonomi berbanding Indonesia juga menimbulkan rasa iri hati.Penghijrahan rakyat Indonesia untuk mencari rezeki di terima baik oleh masyarakat Malaysia.Namun,sering kali kita dengari di dada-dada akhbar laporan mengenai kes-kes rompakan,ragut,kecurian dan "geng-geng" perompak berbahaya seperti geng kebanyakkannya berasal dari Indonesia.Mereka ini masuk ke negara kita mencuri dan menganggu kesejahteraan rakyat di negara ini!.Adakah rakyat Malaysia tidak boleh marah kepada indonesia??Melakukan demontrasi atau menghalang rakyat Indonesia daripada berkerja disini?


Sebagai negara yang berjiranan berada dalam rumpun melayu serrta mengamalkan adat dan budaya yang lebih kurang sama,Seharusnya perasaan toleransi dan bertolak ansur ujud antara kedua-dua negara.jika kita selusuri sejarah,orang-orang melayu keturunan jawa yang mendiami kebanyakannya di selangor dan johor berasal dari Indonesia,orang banjar di perak juga berasal dari Indonesia.Dahulunya sebelum merdeka,rakyat bebas bergerak dan berhijrah tanpa memerlukan pasport perjalanan,budaya dan adat resam telah bercampur gaul dan sebati antara kedua-dua negara.

Kesimpulannya,kerjasama dan kesefahaman serta toleransi perlu ujud antara kedua-dua negara agar hubungan baik dapat dikekalkan.Musuh sentiasa mengintai peluang dan mengapikan sentemen agar kedua-dua negara saling bermusahan dan bercakaran akhirnya merugikan kedua-dua pihak.Malaysia dan Indonesia negara yang mempunyai majoriti umat Islam,Besatulah atas nama ukhuwah sesama Islam.

Terima Kasih Naufal dan Ruqayyah!!

Saturday, September 5, 2009




Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah..majlis berbuka puasa dan diskusi ilmiah atau nama sebenarnya Wacana Ramadan Al-Mubarak (Warak 09) anjuran Persatuan mahasiwa Kedah Universiti Malaya berjalan dengan baik dan lancar hari ini.majlis berbuka Puasa bersama-sama anak-anak kedah Universiti Malaya merupakan satu medan untuk mahasiswa kedah berhimpun dan bertemu merapatkan ukhuwah dan hubungan silaturahim di samping penerapan nilai-nilai ilmu dan Islam di kalangan ahli-ahli Permadah.

Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Adik Naufal dan Ruqayyah selaku pengarah dan timb pengarah serta seluruh ajk pelaksana program yang telah bertungkus lumus melakukan gerak kerja bagi menjayakan majlis tersebut. Projek Warak 09 bermula daripada pengarah projek sehinggalah ajk-ajk pelaksana semuanya terdiri daripada adik-adik tahun satu (first year) Permadah UM, tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada adik-adik tahun satu untuk belajar dan mengutip pengalaman mengendalikan sesuatu program.Sedia ma
klum bahawa sistem HEP UM terlalu banyak birokrasi dan karenah untuk membenarkan Mahasiswa menjalankan aktiviti!!

Gerakan Perjuangan

Mengorak langkah Permadah sebagai sebuah gerakan perjuangan memerlukan satu sokongan dan dokongan yang padu daripada adik beradik Permadah semua.Kita tidak mahu jadikan Permadah hanya semata-mata sebuah persatuan, kita gunakan Ia sebaik mungkin sebagai sebuah gerakan perjuangan yang mendokong idealisme mahasiswa,memperjuangankan isu-isu berkaitan dengan mahasiswa dan masyarakat,menjadi check and balance kepada kerajaan.Mengkritik tidak semestinya "Pembangkang" dan menyokong tidak semestinya "Kerajaan".




Selaku mahasiswa,kita bebas mengutarakan dan mengemukakan pandangan dan pendapat kita sendiri.Kita melihat sesuatu yang berlaku disekeliling kita mengikut sisi seorang mahasiswa!..masa depan negara adalah tanggungjawab mahasiswa,dan sepatutnya bermula dari saat berada d kampuslah mahasiswa perlu merancang agenda apa yang akan terjadi pada negara 10,20 atau 50 tahun lagi!!




Mahasiswa agen perubahan,Idea kita didengari masyarakat,menjadi perhatian oleh ilmuan dan menjadi pantauan serta di cakna oleh pemimpin-pemimpin negara.Jangan sempitkannya dengan menjadi mahasiwa yang ulat buku hanya duduk di bilik menbaca buku dari kulit ke kulit,atau menjadi mahasiswa yang leka di depan komputer atau laptop bermain games,chating,download movie dan sebagainya, ataupun menjadi mahasiswa yang hanyut dan dalam keindahan cinta keluar berdating dengan pasangan sehingga melupakan hal orang lain...ataupun menjadi mahasiswa yang alert dengan isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara..bergerak mengislahkan masyarakat dalam penerapan nilai-nilai kefahaman Islam!..kita ada hak untuk memilih dan nak jadi apa!..Ingatlah dunia hanya sementara




Akhir kata,Terima kasih sekali lagi kepada Naufal dan Ruqayyah serta kepada semua ajk-ajk pelaksana Warak 09.Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat balasan daripada Allah S.W.T di bulan yang mulia ini.Selamat berpuasa kepada semua

Sub Marine : Kini Ujud di Malaysia!!

Thursday, September 3, 2009


KD tunku Abdul Rahman

Sejarah tercipta buat Tentera Laut Di-raja Malaysia apabila berjaya memperolehi aset pertahanan yang baru Kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman.Kapal selam jenis scorpene tersebut di bina sejak kerajaan menempahnya pada tahun 2002 di Toulon,Perancis berharga RM3.4 billion.Hari ini,Kapal selam pertama negara telah berjaya pulang ke malaysia berlabuh di KD Sultan Abdul Aziz Shah,Pulau Indah klang iaitu pangkalan TLDM yang sering saya dan rakan-rakan dalam Palapes laut UM ke sana pada hujung minggu untuk mengadakan latihan.

KD TAR di lengkapi dengan teknologi cangih dan terkini dengan pelbagai sistem persenjataan moden mampu berfungsi dan berperanan untuk melaksanakan pelbagai tugas dan misi lain seperti pengumpulan data perisikan, menyekat jalur perhubungan laut (sea lines of communications (SLOC)), melancar serangan torpedo dan misil, memasang dan mengaktifkan periuk api serta operasi khas membabitkan penyusupan Pasukan Khas Laut (Paskal).



Kapal selam ini adalah antara reka bentuk kapal selam terkini dalam kelasnya yang dibina berdasarkan reka bentuk Kapal Selam Penyerang Nuklear (SSN) Tentera Laut Perancis. Ia dilengkapi sistem persenjataan terkini, termasuk sistem pelancar torpedo, misil dan periuk api. Sistem persenjataan kapal selam ini, iaitu 'Submarine Tactical Integrated Combat System' (Subtics) berfungsi untuk memproses segala maklumat daripada pengesan akustik dan bukan akustik dari permukaan, bawah permukaan dan udara. Kapal selam sepanjang 67 meter ini dikendalikan oleh 32 krew berupaya beroperasi di laut melebihi 45 hari. Menyingkap sejarah perolehannya, TLDM khususnya dan ATM amnya menyedari kapal selam mampu meningkatkan kemampuan pasukan laut itu secara keseluruhannya.

Rancangan Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan aset kapal selam telah di mertai pada rancangan malaysia ke-5 (RMK-5) lagi awal 80an.Namun,di sebabkan beberapa faktor impian tersebut baru terlaksana setelah sekian lama tertangguh.Ramai orang kata,"alah setakat "dua biji" saja kapal selam nak boleh buat apa" "nak perang pun xlepas" !!.Namun,bagi saya biarlah ada "dua biji" daripada tiada langsung!.Ia dapat menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya dan bilangan kapal selam 2 buah tersebut boleh dipertingkatkan lagi dari semasa kesemasa.Scorpene hanya dikendalikan oleh krew seramai 32 orang termasuk pegawai dan angota lain-lain pangkat setelah mereka berjaya menjalani kursus untuk pengendalian kapal selam selama setahun telah berjaya membawa KD TAR pulang ke tanah air setelah berlayar selama 54 hari dari Perancis tempat kelahirannya.


Anak-anak kapal KD Tunku Abdul Rahman

Menjadi krew kapal selam adalah seuatu yang agak mencabar bayangkan berada di dalam air berhari-hari lamanya untuk menjalankan operasi.Perasaan bosan dan jemu pasti di rasai hanya berada di dalam air yang tiada pemandangan.Kapal selam mana ada tingkap kalu teringin nak lihat ikan dalam dasar laut sekalipun.Saya masih ingat lagi apabila mengikuti latihan pelayaran selama seminggu Bersama kapal TLDM di selat melaka.Pada awalnya perasaan saya dan rakan-rakan palapes laut UM yang lain amat teruja dan gembira dapat naik kapal perang.Ya la,bukan semua Mahasiswa UM dapat naik kapal perang dan berlayar di lautan,tetapi setelah 5 hari beradda di tengah laut,perasaan jemu mulai terasa..pandang kiri,kanan,depan dan belakang semuanya laut..tak ada lembu,kambing,sawah padi yang menghijau,bukit bukau yang dapat di lihat.ditambah lagi dengan gelombang laut yang agak kuat menyebabkan kepala terasa pening dan pusing.Namun begitu,pengalaman dan ilmu yang diperolehi cukup baik dan berguna bagi angota tentera seperti kami.

Penulis ketika pelayaran-latihan menembak di atas kapal

Walauapapun,di bulan ramadan yang mulia ini,kita berdoa kepada Allah agar negara kita terus kekal dalam keamanan dan semoga aset pertahanan yang baru kita perolehi tersebut dapat di manfaatkan sepenuhnya untuk melindungi negara dan agama!..Palapes Laut UM.."Sedia berkorban"