Qunut Nazilah Untuk Selsema Babi

Monday, July 6, 2009

Isnin malam selasa,seperti biasa saya ke Bandar Baru Bangi untuk mengikuti siri kuliah Perubatan Islam oleh Ustaz Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz di Darussyifa.Setelah selesai bacaan Yasin dan majlis zikir bersama dengan solat Insya’ siri kuliah bermula.Biasanya ustaz Harun Din akan terus mengajar kami mengikut tajuk yang terdapat dalam buku rujukan kami tetapi malam tadi hampir setengah jam beliau mengatakan tentang wabak influenza A H1N1 atau nama manjanya selsema babi.

“Bacalah Qunut Nazilah untuk mencegah selsema babi”-ujar Ustaz

Beliau menyarankan agar seluruh masjid di malaysia membaca doa Qunut Nazilah semasa solat berjamaah sebagai satu langkah mencegah penyakit selsema babi yang melanda dunia sekarang.Seingat saya sudah 2 kali beliau berpesan sebegitu,kali pertama beberapa minggu lepas tatkala virus H1N1 tersebut baru saja menular.

Semakin serius Selsema babi semakin serius,belum ada tanda-tanda bahawa penyakit ini semakin menguncup dan berkurangan.setakat hari ini(6 Julai 09),34 kes baru dikesan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 468 di seluruh negara.Alhamdulillah,setakat ini belum ada kematian di catatkan di negara kita tetapi ia merebak dengan begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jumlah terkumpul kes H1N1 seluruh dunia meningkat kepada 91,457 kes termasuk 387 kematian di 126 negara.


Gelombang ketiga?

Seketika dahulu awal tahun 1999 dunia di kejutkan oleh penyakit yang juga berkaitan dengan babi iaitu Japanese encephalitis (JE) yang menyerang hampir ke seluruh dunia.Penyakit ini cepat tersebar dan berjangkit pada manusia melalui nyamuk Culex.Maka.ramai yang terkorban akibat penyakit JE ini dan ratusan ribu ekor babi telah di bunuh bagi menghalang dan mencegah penyakit ini dari berjangkit.

Sekarang,gelombang kedua penyakit berpunca daripada babi muncul,selsema babi begitu cepat tersebut.Ia berbeza dengan JE kerana cara jangkitannya begitu mudah,virus daripada babi terus berjangkit kepada manusia tanpa perantaraan nyamuk seperti JE!!!.Sebegitu mudah.Jika gelombang ketiga datang..bagaimana pula?

Jika kita perhalusi,penyakit ini menyerang di kebanyakkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,negara-negara Eropah dan negara-negara maju di Asia seperti Jepun,Singapura,Malaysia dan lain-lain.Negara yang miskin seperti di benua Afrika belum ada kes yang kita dengari,begitu juga di negara-negara Arab-Islam di timur tengah seperti Arab Saudi,Iran,Iraq dan lain-lain juga belum ada kes yang di kesan.Adakah penyakit ini menyerang dengan memilih bulu?

Hidup di dalam kemurkaan Allah?

Sebagai Umat Islam,kita percaya bahawa apa yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah.Penyakit yang melanda sekarang juga berlaku di sebabkan ketentuan Allah.Adakah penyakit selsema babi yang melanda sekarang adalah bala daripada Allah??..anda mesti ada jawapannya bukan.Masyarakat dunia khasnya Malaysia sekarang hidup di dalam kemurkaan Allah??. Jika kita lihat di sekeliling,jenayah berlaku hari-hari,bunuh berbunuhan, “letupkan orang”,merompak,ragut,rogol,amalan rasuah,penindasan terhadap golongan yang lemah dan lain-lain lagi.Masjid dan surau lengang,hiburan berleluasa,majlis agama di pingirkan,majlis hiburan di sambut meriah.Oleh itu,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diselamat daripada bala yang mendatang dan sejahtera di dunia dan di akhirat.So,Refresh Our Mind!

1 comments:

Unknown

July 7, 2009 at 12:53 AM
Permalink this comment

1

said...

salam n gud day..
as i read this through, i ponder a bit about the reality that sometimes we tend to forget..kadang2, ujian allah itu dtg dr pelbagai arah..ujian penyakit, ujian kekayaan, ujian kesusahan etc..
so, refresh our mind and be thank ful for what is and what was..
(kena komen baik2 sket..takleh komen loqlaq2..hahaha)