Penularan virus Influanza A H1N1 atau Selsema Babi kini semakin membimbangkan dan sehingga kini belum ada tanda-tanda reda atau menguncup.Selepas wabak JE dan SARS,kini dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran virus yang mudah berjangkit hanya melalui udara ini.Virus yang mulanya dikesan di negara mexico pada awal Mac lalu kini menular hampir ke seluruh dunia dimana sebanyak 159 negara terlibat.
Malaysia tidak berkecuali daripada kes ini,walaupun langkah pencegahan telah diambil namun,virus ini tetap merebak.Sehingga kini,sebanyak 1219 kes dilaporkan dimana sebanyak 574 merupakan kes import manakala selebihnya merupakan jangkitan tempatan dan sebanyak 3 kes kematian dilaporkan akibat virus ini.Intistusi pengajian,Kem PLKN dan banyak sekolah serta beberapa Universiti juga telah di arahkan tutup untuk langkah pencegahan.setakat hari ini sahaja 4 kampus Uitm telah ditutup seminggu manakala UPM,UPSI,UM Nilam Puri turut mengikuti jejak yang sama apabila pelajarnya di dapati positif Influanza H1N1.Jika kita lihat peratusan kes semakin meningkat setiap hari dan virus tersebut seolah-olah bergerak seiring dengan kepantasan kehidupan manusia itu sendiri.
Saya mencadangkan bahawa,selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang di keluarkan oleh WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mengamalkan etika ketika batuk,menjaga kebersihan diri,amalkan membasuh tangan,penggunaan topeng muka dan sebaginya elok sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan mengikut kaedah Islam.
Umat Islam umumnya mengetahui bahawa berdoa merupakan senjata bagi Muslim,oleh itu saya mencadangkan agar Umat Islam di galakkan berdoa kepada meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah S.W.T. Imam-imam masjid di seluruh negara di galakkan agar membaca doa Qunut Nazilah sewaktu solat berjamaah lima waktu terutamanya ketika solat Jumaat dan berdoa ketika berkhutbah bagi mencegah penularan wabak ini.Selain itu,Umat Islam juga disaran menggunakan dan meminum air bacaan Surah Yasin dan doa sebagai satu langkah pencegahan.
Bagi kaum bukan Islam,langkah pencegahan boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing masing.Bagi kaum muslim pula mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku merupakan ketentuan dan kehendak Ilahi dan hanya kepadanya tempat kita bergantung dan berserah.

1 comments:
Anonymous
July 29, 2009 at 9:00 AM
Permalink this comment
1
salam..
sungguh dahsyat wabak ini menular kat msia..
yer betoi, ini merupakan ujian dan jugak mungkin bala dr allah yg ditimpakan kpd umat manusia kat msia..
semuga keadaan terkawal n tak berlarutan ngat..
huhuhuhu
Post a Comment