Sudah 4 tahun saya bergelar mahasiswa ( 2 tahun di asasi Universiti Malaya Nilam Puri,Kelantan dan 2 tahun di Universiti Malaya,Kuala Lumpur untuk Pengajian peringkat Ijazah). 6 jun nanti bermulanya semester baru sesi 2009/2010 menjadikan cukup 5 tahun saya bergelar mahasiswa!. Cepat sungguh masa berlalu.Masih terasa lagi gurau senda rakan-rakan di bangku sekolah dulu,sama-sama lari menyusup ikut longkang dek kerana nak ponteng sekolah,kena kejar dengan guru displin, dan macam-macam lagi.Rakan-rakan yang satu sekolah dengan saya mesti ingat lagi jika membaca penulisan ini.Nakal juga waktu sekolah dulu,tapi Alhamdulillah..berjaya juga saya melanjutkan pelajaran di menara gading.
Hari ini,mahasiswa baru mendaftarkan diri di kampus IPTA seluruh Malaysia dan tidak berkecuali kampus tertua di Malaysia bumi Uni Malaya.Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana Berjaya menlanjutkan pelajaran di Universiti.Penat lelah Ibu bapa yang mendidik dan membesarkan kita terasa berbaloi!!.Maka,di ajaknya satu kampung datang dengan 2,3 buah kereta hanya untuk mendaftarkan seorang mahasiswa.
Saya sempat menyapa seorang Pak cik sewaktu bertugas sebagai sukarelawan pagi tadi “tahniah pak cik,anak pak cik Berjaya masuk sini (um)”.tegur saya sambil hulurkan tangan untuk bersalaman
“sama-sama,anak pak cik nie dok kat kolej kedua,tang mana tak tau kolej tu ntah?”Tanya pak cik tersebut dalam loghat kedah yang pekat.
“Oh, dari kedah ka pak cik,,tak pa..mai saya tolong tunjukkan”. Pelawa saya sambil mengangkat barang-barang anak lelakinya yang berjaya mengikuti kursus seni bina di Fakulti Alam Bina.
"dua orang saja ka pak cik"tanya saya
"dak aih,mai 2 biji reta.. mak menakan dia sama ngan tok,tok wan dia pun mai sama,depa turun tepi jalan tadi,tak larat jalan parking jauh sangat''.ujar pak ck tersebut panjang lebar
Memang diakui,ibu bapa terpaksa memakirkan kereta agak jauh dari kolej kediaman disebabkan tempat parking yang terhad untuk menampung jumlah kenderaan yang terlalu banyak.Ramai ibu bapa yang merungut tetapi demi anak kesayangan yang berjaya ke menara gading,penat dan letih hilang begitu saja.Bayangkan,seramai tiga ribu tujuh ratus lebih pelajar berjaya untuk melanjutkan pelajaan ke UM sesi kali ini,kalau seorang datang bersama 2 buah kenderaan,jadi jumlahnya akan menyesakkan kampus yang kiri dan kanannya terhimpit dengan bangunan yang mencakar langit bandaraya Kuala Lumpur
Macam-macam ragam manusia saya dapat lihat,ada yang gembira,ceria,suka dan ada juga yang sedih dek kerana terpaksa berpisah dan berjauhan dengan mak ayah,terpaksa berdikari di perantauan.Ia mengingatkan saya sewaktu hari pertama saya masuk UM 2 tahun lalu,terasa ia baru saja berlalu dan tidak sedar sudah 2 tahun saya di UM.Perjalanan masih jauh,perjuangan belum selesai.Apa pun terjadi dan halangan yang mendatang akan tetap ditempuhi dengan tabah.
Setakat ini dulu penulisan saya,sebagai seorang angota palapes,saya terpaksa melaporkan diri di markas Palapes untuk menjadi petugas sepanjang minggu suai kenal mahasiswa baru berlangsung.Sepanjang minggu ini saya agak sibuk dan mungkin tidak sempat nak meng “update”kan blog ini.Sekali lagi tahniah dan syabas kepada seluruh mahasiswa yang berjaya melanjutkan pelajaran di seluruh kampus IPTA terutamanya kepada 3712 mahasisawa yang berjaya memasuki Universiti Malaya.Semoga kita bertemu lagi.
3 comments:
Anonymous
June 28, 2009 at 12:28 PM
Permalink this comment
1
salam..
ooo..bagus2..tahniah utk semua bakal pelajar yg baru(mahasiswa/wi)..
if we looking back at time that we had left behind, pondering of all the things that we had been through, things that we should always remember to do are: praise to ALLAH swt and never forget to say ALHAMDULILLAH for what is and what was..
sometimes, things like this make our tears falling down(to certain extend that we realise there were lots of beautiful things that had happened in our journey of life)
hohohoho..
aper2 pon, dalam hidup ini, kita kena la sedar yg sebenarnya dunia itu sederhana besar jer..hikhihkhihk(aper kaitan di sini? hurm ,,dunno too, three four..hahaha)
have a nice day!!
:)
Anonymous
June 28, 2009 at 3:12 PM
Permalink this comment
1
kejap2..kejap2..kejap2...
best tuh dapat freshies(junior baru..betui ka term ni?)
wawawawawawawawawawawawawa...!!
nanti leh la update pasai minggu orientasi..buhsan laa..sampai tua pon ader lagi orientasi..paling menyampah kalu jumpa akak2, abg2 yg budget2 best tuh..(kalu yg baik2 suka arr..hahaha)..hahaha..
isk2..isk2..siler berinsaf n menjadik kurang loqlaq sedikit..(pesanan utk diri sendiri yg amat sgt suka keloqlaqan...hahaha)
:)
have a nice day!!
fatin nasibah
July 5, 2009 at 1:15 PM
Permalink this comment
1
urm..
ana baru je baca blog permadah..
ritu buka blog tu..x kluaq2 pun ~
Post a Comment