Cuti Semester : Manfaatkannya?

Monday, June 1, 2009




Manfaatkan cuti sebaik mungkin!! cuti semester yang hampir 3 bulan (2 bulan lebih skit) boleh dikatakan sangat panjang dan masa rehat bagi mahasiswa setelah berhempas pulas selama satu semester ke kuliah,tutorial,makmal,menyiapkan tugasan dan sebagainya.Macam macam boleh buat masa cuti nie,ada yang melakukan RTM je dirumah, Rehat,Tidur dan Makan(membesarkan badan),ada juga yang sibuk bekerja mencari wang saku,ada yang tidak pulang ke kampung dan masih stay di universiti disebabkan sem khas dan kajian lapangan, bagi yang aktif berpersatuan pula,masa cuti macam nie akan digunakan untuk berbincang,mesyuarat,program,aktiviti dan lain-lain,bagi yang suka mencari ilmu cutinya akan di habiskan dengan mengikuti program2 ilmiah,ceramah,kuliah,seminar,bengkel dan ada juga yang pergi ke "Pondok'' untuk mendalami ilmu agama.Pendek kata,macam-macam aktiviti boleh dilakukan masa cuti ini.

Bagi saya,cuti semester adalah cuti universiti,tak payah ke kuliah dan tutorial atau memasuki makmal kajian,tetapi gerak kerja dan agenda perjuangan tetap diteruskan,aktiviti dakwah,ilmu sampingan perlu juga di cari dan di gali.Sudah sebulan cuti semester berlalu,banyak saya habiskan masa cuti nie di Kuala Lumpur.Balik kampung 5 hari je..tak sempat nak puas lagi enjoy kat kampung terpaksa balik kuala Lumpur semula.Pengajian saya Kuliah perubatan Islam di Darussyifa' perlu diteruskan di samping program-program dakwah dan motivasi untuk adik-adik sekolah serta lain-lain hal yang perlu di bereskan.




adik-adik bakal pimpinan masa hadapan

Nadwah kepimpinan,Alhamdulillah sempat saya pulang Kedah untuk uruskan satu program Nadwah kepimpinan atau kem untuk pimpinan sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Kedah.Sebanyak 21 buah sekolah terlibat dalam menjayakan program ini,setiap sekolah menghantar 10 orang pimpinan sekolah masing2(5 muslimin,5 muslimat).Program anjuran Persatuan Mahasiswa Darul Aman (Persada) dengan kerjasama MPM Kolej universiti Insaniah bertujuan untuk mencungkil dan mengilap bakat kepimpinan adik-adik sekolah dalam usaha melahirkan kepimpinan untuk masa depan.

Persada merupakan sebuah badan bukan kerajaan(NGO) yang menghimpunkan anak-anak kedah di seluruh Malaysia dan luar negara.Ia menjadi wadah perjuangan bagi anak-anak kedah dalam usaha memartabatkan Islam dan keadilan di bumi Allah ini.

Cuti semester masih lagi panjang,ada sebulan lebih lagi sebelum bermulanya semester baru dan kemasukkan adik2 baru ke Universiti,,kepada sahabat2 dan member2 selamat bercuti rehat dan jangan lupa lakukan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat.Semoga kita semua mendapat keredaan dari Allah dan berada dalam naunganNya.

2 comments:

Unknown

June 1, 2009 at 2:57 PM
Permalink this comment

1

said...

salam..
ooo.ini ropa2nya kereje luar key el..
bagus2..mmg buzy arh..
bagus2..
keep it up good work!!
may ALLAH with all of you always!!
:)

Life is so short

August 1, 2009 at 6:48 AM
Permalink this comment

1

said...

rasa rugi xjoin haritu...tak bape sihat..