Betulkan Niatmu Menuntut Ilmu
Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah
bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan
beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang- orang yang
sabar. Al Qashas 28:80
Rata-rata di kalangan
mahasiswa Universiti Malaya
akan menempuh peperiksaan akhir
pada minggu hadapan. Bermulanya
pada saat ini, penumpuan terhadap
subjek yang diambil diberi perhatian
yang begitu mendalam. Semangat yang
berkobar-kobar mula membuak untuk
mendapatkan target pointer yang lebih
baik di samping usaha bagi mengatasi
pesaing-pesaing supaya berada di
tempat yang paling tinggi.
Ketika ini juga, terdapat
segelintir daripada
mahasiswa yang sibuk menyiapkan
kerja kursus yang telah diamanahkan.
Metod mengulang kaji juga berbeza
mengikut kepada individu tertentu.
Ada yang selesa dengan ‘Study Group’
kerana ia dapat membuka ruang
pembincangan terhadap sesuatu topik
yang tidak dapat difahami. Namun ada
juga yang suka dan selesa mengulang
kaji berseorangan kerana suasana yang
tenang dan lebih fokus terhadap apa
yang dibaca.
Para pensyarah juga tidak
renggang dari kunjungan
pelajar-pelajarnya yang ingin
bertanyakan tentang sesuatu yang tidak
difahami dan untuk mendapatkan tajuktajuk
yang perlu ditekankan. Namun
jangan dilupa supaya mengambil
peluang meminta maaf dan memohon
agar di halalkan segala ilmu yang telah
dicurah sepanjang sesi pembelajaran.
Mudah-mudahan keberkatan ilmu
tersebut membantu dan memudahkan
ingatan dan kefahaman ketika proses
mengulang kaji.
Peperiksaan bukanlah
merupakan satu sukatan
terhadap nilai tingginya ilmu yang
dimiliki oleh seseorang. Ini kerana ilmu
mencakupi bidang yang sangat luas.
Ilmu bukan sahaja dapat dimiliki dan
diperolehi di dalam kelas dan dewan
kuliah semata, tetapi ilmu sangat luas
pengertiannya dan kerana itu ilmu
berada di mana-mana. Sesunggunnya
ilmu itu boleh diperolehi dengan jalan
membaca, memikirkan tanda-tanda
kebesaran Allah terhadap bahan-bahan
ciptaan-Nya, memerhatikan kebesaran
kerajaan Allah dalam mentadbir bumi
dengan segala kebenaran daripada-Nya.
Namun tidak dinafikan
kepentingan sistem
peperiksaan yang diamalkan didalam
kerangka pendidikan ini. Ia seolaholah
satu medan pertarungan yang
mendebarkan bagi mengukur tahap
kekuatan dan ketajaman akal pemikiran
seseorang. Kemenangan dan kekalahan
bergantung kepada usaha yang gigih,
strategi pembelajaran yang baik, di
samping pengharapan sepenuhnya
kepada Allah SWT dalam konsep
tawakal.
Islam mengajar umatnya supaya
sentiasa mencintai ilmu. Islam
juga telah meletakkan asas dakwah buat
pertama kali kepada baginda Rasulullah
s.a.w kepada menggarap ilmu
pengetahuan menerusi ayat pertama
turun daripada Allah melalui perantaraan
Malaikat Jibril a.s. yang bermaksud
Bacalah dengan nama tuhanmu yang
menciptakan. (Al Alaq : 1)
Mana mungkin baginda
nabi mampu menyeru
manusia dengan pelbagai ragam cita
rasa peribadatan pada masa itu tanpa
dibekalkan Allah dengan ilmu.
Malah Islam telah menyediakan
satu dasar dalam konsepUsul Fiqh, bahawa semua amal ibadat seseorang itu yang
tidak disandarkan dengan kefahaman ilmu dan makrifat,
maka ia akan terbatal dengan sendirinya.
Ia memberi maksud, jika seorang muslim yang
rajin beramal ibadat, tetapi amalan-amalan yang
dilakukannya bukanlah kerana atas kefahaman yang
dipelajarinya, malah lebih kepada warisan secara tradisi,
maka adalah dibimbangi, amalannya itu tidak diterima
di sisi Allah s.w.t.
Ilmu yang diperoleh juga janganlah dibiarkan
ia sebagai teori semata-mata. Tetapi setiap
daripada ilmu yang kita miliki perlu diterjemahkan
dan diaplikasi dalam kehidupan yang sebenar. Pepatah
Arab ada mengatakan ‘Ilmu tanpa amal ibarat sepohon
pokok tanpa buah’. Allah SWT telah berfirman yang
bermaksud
“ Dan bacakanlah kepada mereka berita orang
yang telah Kami berikan kepadanya ayat-ayat Kami
(pengetahuan tentang isi Al Kitab), kemudian dia
melepaskan diri dari pada ayat-ayat itu, lalu dia diikuti
oleh syaitan (sampai dia tergoda), maka jadilah dia
termasuk orang-orang yang sesat.” (Al A’raaf : 7)
tanggungjawab kita selaku mahasiswa bagi
memastikan penghayatan terhadap kepentingan ilmu
yang dipelajari. Ilmu bukan sekadar teori yang perlu
difahami dan diingati tetapi perlu diaplikasi kepada
praktikal dalam kehidupan seharian. Ilmu merupakan
penyuluh kepada sebuah kegelapan. Tanpa ilmu maka
sesatlah manusia.
Keberadaan kita di Universiti Malaya atau mana-mana universiti sekalipun bukanlah
sekadar mengejar segulung ijazah, tetapi
pokok utamanya ialah pengalaman kehidupan yang
ditimba dan ketinggian nilai ilmu yang disemat dan
dijadikan bekal dalam menempuh kehidupan yang
mendatang.
Ingatlah menuntut ilmu bukan kerana peperiksaan
tetapi menuntut ilmu untuk menambahkan
pengetahuan. Sekiranya kita sekadar mengejar pointer,
maka terabailah ilmu tersebut dan seterusnya luput di dalam
ingatan. Tetapi sekiranya kita benar-benar mengejar ilmu
kerana cintakannya, nescaya kejayaan dan kebahagiaan
sentiasa digenggaman.
Imam Syafie bersyair dalam “Diwan Imam Syafie”
(koleksi syair beliau yang masyhur) :
“Bersabarlah atas apa sahaja yang keluar dari mulut
guru. Sesungguhnya gagalnya ilmu dengan mengabaikan
mereka, Barangsiapa yang tidak merasai pahitnya menuntut
ilmu walau sesaat, Maka Telanlah hinanya kebodohan
sepanjang hayatnya... Dan Barangsiapa yang luput waktu
mudanya dari menuntut ilmu, Takbirlah 4 kali (solat
jenazah) ke atasnya tanda kematiannya...”
3 comments:
Shafie Hashim
November 4, 2008 at 2:56 PM
Permalink this comment
1
sebenarnya, pointer dan keberjayaan dan akademi di universiti adalah "prasyarat" untuk untuk memberi nafas panjang kepada survival gerakan islam yang lebih jauh dan mencabar. Ilmu yang sebenarnya adalah, sejauh mana air yang lekat kat jari kita bila di celup dalam air ..hmm itulah ilmu kerana Allah.
Anonymous
November 5, 2008 at 3:29 AM
Permalink this comment
1
nak komen aper tah?
ader ker perkataan keberjayaan?
adakah wujud dalam kamus dewan??
hehhehee
just curious...
hhehhehehe
apa2 pon..baguih la tulih2 cenggini..nampak skema dan matang sikit penulisannya..
Aizat Salleh
November 7, 2008 at 1:11 PM
Permalink this comment
1
Salam. Apa yg sebenar dalam menuntut ilmu ini adalah keberkatan. Keberkatan ilmu hasil daripada usaha dan kesungguhan kita mencari dan menimba. Saya mencadangkan kita merujuk Imam Besar kita iaitu Imam As-Syafie dalam pedoman mencari ilmu, beliau menekankan 6 pra-syarat menuntut ilmu dlm syairnya. Apa pun exam hanyalah nilaian dunia yg sekejap cuma, nilaian ilmu itu adalah sepanjang zaman..-Aizat
Post a Comment