“Eh, awai lagi ni..jom kita p ronda-ronda KL mau?” ajak Aiman selepas selesai satu “meeting”. Lantas aku melihat jam tangan aku yang bertali putih..A’ah baru pukul 11.57 malam,awal lagi.Bagi seorang student pukul 12 malam masih dianggap awal dan rata-rata student yang aku temui akan tidur pukul 2,3 pagi,ada juga yang tak tidur sampai cerah!. “ hah, boleh juga..dah lama aku tak ambil angin malam kuala lumpur ni…lagi pun esok cuti..” sampuk Syazwan. Amin dan Naim menganguk setuju.
Malam minggu yang lalu,aku bekesempatan keluar jalan-jalan sekitar kuala lumpur bersama rakan-rakanku . Saja nak tengok keadaan Kuala Lumpur pada waktu malam bulan Ramadhan ini. Kami bergerak ke Ibu kota melalui jalan bangsar seterusnya masuk ke jalan Ipoh. Destinasi kami yang pertama ialah jalan Chow kit..Meriah betul,ramai peniaga sibuk dengan jualan masing di samping pelangan yang tak putus-putus.Oleh kerana masing-masing poket dah kering,kami tak bercadang nak shopping pada malam itu. Kami teruskan lagi tungangan motosikal kami ke Jalan Bukit Bintang. Peghh! Lagi meriah..Keadaannya sama saja macam bulan-bulan yang lain.Pelacur-pelacur yang barpakaian seksi bertengek di bahu-bahu jalan dan sekitar bangunan mencari “rezeki” masing-masing.Cantik!,tapi muka macam sebangsa dengan aku ja.Aku terlihat pula satu sudut meja di dalam sebuah restoran,kelihatan beberapa lelaki melayu begitu asyik meneguk air kencing syaitan.3 botol arak pelbagai jenis jenama tersusun atas meja. ‘’ eh,itu macam melayu ..depa minum arak selamba ja no”. seloroh Aiman. ” KL,macam-macam ade”. Tambah Naim.
Jam di tangan aku menunjukkan pukul 2 pagi,pengunjung masih lagi ramai bertandang datang masuk ke Pub dan Kelab-kelab malam di sekitar.Jalan menjadi sesak dek ramainya pengunjung yang datang.Ramai yang datang adalah melayu,beragama Islam?.Perempuan berpakaian seksi bejalan berkepit dengan dengan jantan menuju ke destinasi yang tak di ketahui.Lampu-lampu hiasan yang berkelipan di bangunan-bangunan mencantik dan memeriahkan lagi suasana.Bagi aku, sama saja tidak ada bezanya KL di bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Sama saja Kuala Lumpur Ibu Negara umat Islam dengan Texas,Hong kong, Tokyo dan lain-lain pada bulan ramdhan ini. Maksiat berleluasa, jenayah juga meningkat. Keesokan harinya,orang ramai akan berpusa keadaan kembali tenang.Namun,tatkala malam menjelma,ai akan bertukar wajah..benarlah..Siang Ramadhan,Malam September.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Anonymous
October 21, 2008 at 6:06 AM
Permalink this comment
1
salam,
apik...
nih zainab the amateur blogger..
cerita nih macam syok jugak baca..tapi memandangkan kami nih malas nak baca2..jadik, komennya pun ikut sesuki hati ja la..
well, keep up the good work ustaz!!!
hehehee..sejak bila org panggil hampa ustaz nih?
wah2...bagus2..hampa nih mesti glamer n ramai peminat sampe ader desas desus kata hampa nak @ dah bertunang..hahahhaa..kalu dah nak bertunang ker kawen ker, jgn la buat senyap2..nanti mana kami semua nak tau..pastu berkurang la hadiah org nk bagi...hehhehee..ok ustaz..jgn lupa lawat blog kami yg cikai dan tader karya2 yg membuka fikiran..kiter buat blog utk self satisfaction jer..hehehhehehe
Post a Comment