“Aikk,tinggal dua saf je”.seloroh seorang sahabatku ketika hendak memulakan solat tarawih.Ya,semakain hari semakin kurang jumlah jemaah yang datang solat taraweh. Surau kolej kediaman aku semakin nampak luas dek kerana kurangnya jemaah yang datang solat..”ermm,mungkin depa p solat kat tempat lain kot”gumam aku sendirian bersangka baik.Fenomena ini terjadi hampir di semua masjid atau surau pada akhir ramadhan.Mungkin mereka sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya ataupun sudah rasa bosan untuk melakukan solat sunat di bulan ramadhan ini!.Nauzubillahi min za lik.
Sedar atau tidak,ramadhan pada tahun ini semakin menghampiri penghujungnya.Sebagai seorang muslim kita bersyukur kepada Allah kerana masih memanjangkan umur kita.Di akhir Ramadhan ini,marilah sama-sama kita meningkatkan amalan kita kerana terdapat satu malam kurnia Allah yang mana lebih baik dari seribu bulan,yakni malam Lailatul Qodar. Pada malam ini, pahala amalan kita akan dilipat kali ganda dan diperkenankan doa-doa kita. Satu malam yang hanya datang setahun sekali dengan penuh rahmat dan keberkatan.
TANDA-TANDA MALAM LAILATUL QODAR.
a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.
BILA?
Daridapa hadis-hadis rasulullah,jelas menunjukkan malam lailatul qodar berlaku di sepuluh malam terakhir Ramadhan.
Terdapat juga hadis rasulullah mengatakan lailatul qodar berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir ramadhan. Malam ke-21,23,25,27,29.
So,marilah sama-sama kita meningkatkan lagi amalan kita di akhir-akhir bulan ramadhan ini.wallahualam..
“Eh, awai lagi ni..jom kita p ronda-ronda KL mau?” ajak Aiman selepas selesai satu “meeting”. Lantas aku melihat jam tangan aku yang bertali putih..A’ah baru pukul 11.57 malam,awal lagi.Bagi seorang student pukul 12 malam masih dianggap awal dan rata-rata student yang aku temui akan tidur pukul 2,3 pagi,ada juga yang tak tidur sampai cerah!. “ hah, boleh juga..dah lama aku tak ambil angin malam kuala lumpur ni…lagi pun esok cuti..” sampuk Syazwan. Amin dan Naim menganguk setuju.
Malam minggu yang lalu,aku bekesempatan keluar jalan-jalan sekitar kuala lumpur bersama rakan-rakanku . Saja nak tengok keadaan Kuala Lumpur pada waktu malam bulan Ramadhan ini. Kami bergerak ke Ibu kota melalui jalan bangsar seterusnya masuk ke jalan Ipoh. Destinasi kami yang pertama ialah jalan Chow kit..Meriah betul,ramai peniaga sibuk dengan jualan masing di samping pelangan yang tak putus-putus.Oleh kerana masing-masing poket dah kering,kami tak bercadang nak shopping pada malam itu. Kami teruskan lagi tungangan motosikal kami ke Jalan Bukit Bintang. Peghh! Lagi meriah..Keadaannya sama saja macam bulan-bulan yang lain.Pelacur-pelacur yang barpakaian seksi bertengek di bahu-bahu jalan dan sekitar bangunan mencari “rezeki” masing-masing.Cantik!,tapi muka macam sebangsa dengan aku ja.Aku terlihat pula satu sudut meja di dalam sebuah restoran,kelihatan beberapa lelaki melayu begitu asyik meneguk air kencing syaitan.3 botol arak pelbagai jenis jenama tersusun atas meja. ‘’ eh,itu macam melayu ..depa minum arak selamba ja no”. seloroh Aiman. ” KL,macam-macam ade”. Tambah Naim.
Jam di tangan aku menunjukkan pukul 2 pagi,pengunjung masih lagi ramai bertandang datang masuk ke Pub dan Kelab-kelab malam di sekitar.Jalan menjadi sesak dek ramainya pengunjung yang datang.Ramai yang datang adalah melayu,beragama Islam?.Perempuan berpakaian seksi bejalan berkepit dengan dengan jantan menuju ke destinasi yang tak di ketahui.Lampu-lampu hiasan yang berkelipan di bangunan-bangunan mencantik dan memeriahkan lagi suasana.Bagi aku, sama saja tidak ada bezanya KL di bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Sama saja Kuala Lumpur Ibu Negara umat Islam dengan Texas,Hong kong, Tokyo dan lain-lain pada bulan ramdhan ini. Maksiat berleluasa, jenayah juga meningkat. Keesokan harinya,orang ramai akan berpusa keadaan kembali tenang.Namun,tatkala malam menjelma,ai akan bertukar wajah..benarlah..Siang Ramadhan,Malam September.
Salam Ramadhan,, 29 ogos 08 bersamaan 3 hari sebelum rakyat Malaysia menyambut genapnya kemerdekaan tanah air yang ke 51, Perdana Menteri Dato' Sri Abdullah hj Ahmad Badawi mengumumkan bajet 2009 di Parlimen.Bajet kali ini bertemakan demi kesejahteraan rakyat telah mengambarkan komited kerajaan dalam menjaga kenbajikan rakyat. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi setengah tahun pertama telah mencatatkan 6.7%.
Namum begitu kadar inflasi Negara terus menlonjak tinggi sebanyak 8.5%.Ini di sebabkan kenaikkan harga bahan api atau minyak menyebabakan harga keperluan harian yang lain dan perkhidmatan awam juga meningkat.Kesannya,kuasa beli rakyat akan menurun dan bajet bulanan rakyat juga menjadi kecil dan berkurang.kerajaan mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan bebanan rakyat tersebut seperti peruntukkan sebanyak 35 billion untuk pengangkutan awam,mengurangkan kadar kemiskinan,meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat,mengurangkan cukai dan sebagainya.Sejauh mana langkah-langkah tersebut dapat membantu rakyat,kesannya akan dirasai apabila tahun 2009 menjelang tiba!
1) Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2) Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk
seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan sedekah.
7) Beriktikaf siang hari dalam masjid.
8) Jangan bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya matahari kerana boleh
memakruhkan puasa.
Bulan ramadhan sudah pun tiba - bulan yang mulia bagi umat Islam.
Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa bagi
memenuhi rukun Islam yang ketiga. Di sebalik ibadah
puasa itu terselit di dalamnya satu proses melatih diri,
bukan sahaja yang berkaitan dengan ibadah puasa, tetapi
juga perkara-perkara lain dalam hidup kita, dengan
syarat ia dilakukan bersungguh-sungguh sehingga sebati
dengan hidup kita.
Dengan memenuhi syarat-syarat sah berpuasa, umat
Islam terlatih dengan kesedaran tentang waktu.
Misalnya, memasang niat untuk berpuasa pada setiap
malam. Ini melatih kita untuk lebih sedar tentang waktu
agar tidak lupa untuk berniat sebelum luput waktu.
Begitu juga kita perlu menjaga waktu masuknya Subuh
agar tidak lagi makan dan minum pada waktu tersebut
dan menjaga waktu masuknya Maghrib agar dapat segera
berbuka kerana makruh hukumnya kalau kita melambatlambatkan
berbuka.
Ketika berpuasa, umat Islam juga dituntut untuk
berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa, baik ketika bersama orang lain,
mahupun ketika bersendirian. Kita maklum bahawa
sama ada kita benar-benar berpuasa atau tidak, hanya
kita dan Allah sahaja yang tahu. Bagi mereka yang tidak
takutkan Tuhan, mereka hanya berpuasa di hadapan
orang tetapi makan dan minum bila bersendirian.
Tetapi, melalui ibadah ini, kita meneguhkan kembali
prinsip ``Tuhan melihat segala apa yang kita lakukan.’’
Sekiranya prinsip ini tertanam kukuh dalam diri kita,
kita akan takut untuk berbuat jahat dan maksiat baik di
hadapan orang, mahupun ketika bersendirian selepas
bulan Ramadan ini.
Ramadhan medan latihan
Dalam bulan ini juga, umat Islam dilatih untuk
memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan yang
dituntut oleh Islam seperti membaca al-Quran dan
bersedekah. Pada masa yang sama, ketika berpuasa
kita dilatih untuk meninggalkan perkara-perkara
yang makruh dan dilarang seperti mengumpat atau
meninggalkan sembahyang.
Sekiranya kita benar-benar menjaga diri dalam proses
latihan ini, tabiat-tabiat baru yang baik ini akan terus
melekat dalam diri kita manakala perbuatan-perbuatan
terlarang yang kita tinggalkan sepanjang Ramadan pula,
akan terus meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Oleh itu, hayatilah Ramadan ini dengan sebaik-baiknya
agar kita menjadi `orang baru’ menjelang Syawal kelak.