Jom solat Tarawikh di Dataran Merdeka!!

Sunday, August 29, 2010


Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua umat Islam yang membaca penulisan di blog ini. Ramadhan sudah menghampiri gelombang lailatul Qadar. Bersaing sama-sama dengan gelombang hari kemerdekaan yang akan di sambut 31 ogos nanti. Adakah sama dengan gelombang internet di Malaysia yang sentiasa lembab..ops! tapi itu adalah hakikat sebenarnya.

Tahun lepas, tarikh permulaan Puasa jatuh pada 22 Ogos 2009. Ia juga berlaku dalam bulan Ogos di mana rakyat Malaysia akan menyambung kemerdekaan. Masih ingat lagi, Malam 31 ogos 2009 aku keluar Kuala Lumpur mengunjungi Dataran Merdeka tempat wajib saban tahun dimana warga kota menyambut detik 12 tengah malam. (bukan p berfoya-foya2..ada misi untuk dilakukan). Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, ambang kemerdekaan tahun 2009 dan awal Ramadhan disambut dengan nyanyian lagu-lagu dan konsert daripada artis-artis tempatan. Anak-anak muda berpakaian feksyen pelik riang gembira dan bangga dengan kepelikan itu, mat rempit pula menghabiskan minyak mengukur jalan-jalan di sekitar kota KL, pasangan chenta berdua-duaan bermadu asmara merdeka, dan macam-macam lagi la jenis dan gelagak manusia menyambut detik ambang jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 2009.

itulah secubis keadaan yang berlaku pada tahun lepas, bagaimana pula keadaanyan pada tahun ini? apatah lagi ambang 31 ogos akan disambut pada bulan Ramadhan..nantikan..

Jika baru-baru ini, demam bola sepak piala dunia, Dataran Merdeka telah di pasangkan skrin gergasi (besar punye!) untuk warga kota bersama-sama santai menonton perlawanan bola sepak. Ramai juga warga KL yang mai tengok walaupun perlawanan pada jam 2.30 pagi..semangat!

Dan, pada Ramadhan tahun ini..aku cadangkan agar DBKL anjurkan malam kerohanian kat dataran merdeka. Kita buat majlis berbuka puasa di situ dan solat magrib berjamaah, pas tu buat solat Tarawikh berjamaah beramai-ramai. Kemudian kita tadarus Al-quran, berzikir or etc sampailah detik jam 12 tengah malam 31 Ogos 2010 tiba. Kita sambut dengan doa dan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat kemerdekaan yang dikurniakanNya.

P/s: agak-agak ramai ke warga kota akan datang jika buat majlis macam nie kat Dataran Merdeka??

0 comments: