Hukum Bunuh Untuk Pembuang Bayi..Setuju?

Friday, August 13, 2010


Kebalakangan nie..sibuk dok bincang pasai hukuman lebih berat patut dikenakan terhadap mereka-mereka yang pandai melahirkan bayi kemudian membuang merata tempat. Jemaah menteri pun dok bergebang dalam Parlimen, dan bayak la lagi tokoh-tokoh kat Malaysia nie dok bagi pendapat masing2. Dah lama aku pikir hukuman yang berat yang sesuai dengan jenayah buang bayi ialah MATI. Ya mati, sebab dia juga seorang pembunuh.pembunuh juga perlu mati!!

Bayi yang lahir kedunia nie tak tahu apa2, nak makan pun xtahu,nak bercakap tak tahu, apatah lagi nak bangun berjalan sepertimana "bayi" lembu yang dilahirkan. Bila dah dibuang bayi tersebut ia seperti kita membunuhnya, dia tinggalkan dan biarkan "berdikari" keseorangan. Kalau tinggalkan sepingan nasi ayam + air Radix Ais disebelah dia pun dia tidak akan reti untuk makan!.

Bayi yang comel2 dibuang dalam longkang,di Pam dalam tandas, dalam semak..semua itu adalah untuk membunuhnya! kalu buang bayi "besar" xpa la..dia tahu juga nak makan bila lapar,berteduh kalau hujan atau panas. tetapi si kecil comel tu..boleh buat ke macam tu?

Hukuman yang berat perlu diambil untuk membendung jenayah begini, mungkin masih ramai belum sedar,buang bayi tidak ada salahnya kerana ia tidak mengetahui apa2 lagi..Persoalannya, setiap bayi yang dilahirkan di dunia ini mempunyai hak dan jiwa tersebut perlu diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup didunia yang sementara ini...So, hukuman untuk pembuang bayi adalah hukum bunuh mandatori! setuju ngn aku?..sekadar berpandangan

1 comments:

Anonymous

August 27, 2010 at 5:00 PM
Permalink this comment

1

said...

napa plak letak nsi ayam+aiQ RADIX ais:p
bayi besaq?sapakah e2..kikiki;p
SETUJU....pandai ja uat anak..nk bela xreti2..isk..geram aku..nk je sebat..pastu boh dlm lokap lelama..bia dia sedaq cket