Hiburan Altenatif Islam

Thursday, July 30, 2009


Tiket?? hubungan wan zahidah 0136280213

Mencegah H1N1 Mengikut Kaedah Islam

Wednesday, July 29, 2009



Penularan virus Influanza A H1N1 atau Selsema Babi kini semakin membimbangkan dan sehingga kini belum ada tanda-tanda reda atau menguncup.Selepas wabak JE dan SARS,kini dunia dikejutkan lagi dengan kehadiran virus yang mudah berjangkit hanya melalui udara ini.Virus yang mulanya dikesan di negara mexico pada awal Mac lalu kini menular hampir ke seluruh dunia dimana sebanyak 159 negara terlibat.

Malaysia tidak berkecuali daripada kes ini,walaupun langkah pencegahan telah diambil namun,virus ini tetap merebak.Sehingga kini,sebanyak 1219 kes dilaporkan dimana sebanyak 574 merupakan kes import manakala selebihnya merupakan jangkitan tempatan dan sebanyak 3 kes kematian dilaporkan akibat virus ini.Intistusi pengajian,Kem PLKN dan banyak sekolah serta beberapa Universiti juga telah di arahkan tutup untuk langkah pencegahan.setakat hari ini sahaja 4 kampus Uitm telah ditutup seminggu manakala UPM,UPSI,UM Nilam Puri turut mengikuti jejak yang sama apabila pelajarnya di dapati positif Influanza H1N1.Jika kita lihat peratusan kes semakin meningkat setiap hari dan virus tersebut seolah-olah bergerak
seiring dengan kepantasan kehidupan manusia itu sendiri.

Saya mencadangkan bahawa,selain mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang di keluarkan oleh WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mengamalkan etika ketika batuk,menjaga kebersihan diri,amalkan membasuh tangan,penggunaan topeng muka dan sebaginya elok sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah pencegahan mengikut kaedah Islam.

Umat Islam umumnya mengetahui bahawa berdoa merupakan senjata bagi Muslim,oleh itu saya mencadangkan agar Umat Islam di galakkan berdoa kepada meminta pertolongan dan perlindungan dari Allah S.W.T. Imam-imam masjid di seluruh negara di galakkan agar membaca doa Qunut Nazilah sewaktu solat berjamaah lima waktu terutamanya ketika solat Jumaat dan berdoa ketika berkhutbah bagi mencegah penularan wabak ini.Selain itu,Umat Islam juga disaran menggunakan dan meminum air bacaan Surah Yasin dan doa sebagai satu langkah pencegahan.

Bagi kaum bukan Islam,langkah pencegahan boleh dilakukan mengikut kepercayaan masing masing.Bagi kaum muslim pula mempercayai bahawa setiap apa yang berlaku merupakan ketentuan dan kehendak Ilahi dan hanya kepadanya tempat kita bergantung dan berserah.

Mansuh PPSMI: Mengapa Perlu 2012?

Friday, July 10, 2009


Keputusan kerajaan untuk memansuhkan pembelajaran pelajaran sains dan matematik dalam bahasa english (PPSMI) pada 2012 memdapat pelbagai respom positif dan negatif daripada rakyat.Bagi mereka yang setuju dengan PPSMI sudah pasti kecewa,namun bagi mereka yang berterusan memperjuangankan agar PPSMI dimansuhkan pastinya ada sedikit senyuman terukir di bibir.

Mengapa perlu 2012??

Bagi saya
,keptusan kerajaan untuk menghapuskan PPSMI adalah satu langkah yang bijik tetapi mengapa perlu menunggu lagi 3 tahun baru ia dimansuhkan??.Adakah ia bermotifkan politik di mana 13 julai nanti akan berlangsungnya pilihan raya kecil Dun Manik Urai.Maka untuk mengambil hati penduduk luar bandar PPSMI di umum akan di mansuhkan.Jika kita soroti kajian yang di lakukan,pelajar-pelajar luar bandar kebanyakkan mempunyai pencapaian yang merosot dalam pelajaran sains dan matematik setelah PPSMI di laksanakan.



Betulkan PPSMI akan di mansuhkan pada 2012??ia suatu yang belum pasti.Sepanjang 3 tahun macam-macam boleh berlaku.Mereka yang setuju dengan PPSMI pasti akan adakan bantah terutamanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir.Ia pasti tidak duduk senang apabila dasar yang beliau laksana di hapuskan!.Adakah kerajaan akan memungkiri janjinya untuk mansuhkan PPSMI?..

Mansuhkan segera

Lakukan bantahan lagi.mansuhkan segera PPSMI.Kajian memdapati banyak kesan negatif terhadap pelaksaan PPSMI.Semasa mengumumkan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012,kerajaan tidak menyatakan sebab mengapa ia tidak di mansuhkan segera dan perlu lagi 3 tahun untuk di mansuhkan.Mahasiswa menuntut penjelasan!!.

Qunut Nazilah Untuk Selsema Babi

Monday, July 6, 2009

Isnin malam selasa,seperti biasa saya ke Bandar Baru Bangi untuk mengikuti siri kuliah Perubatan Islam oleh Ustaz Dato’ Dr Harun Din Al-Hafiz di Darussyifa.Setelah selesai bacaan Yasin dan majlis zikir bersama dengan solat Insya’ siri kuliah bermula.Biasanya ustaz Harun Din akan terus mengajar kami mengikut tajuk yang terdapat dalam buku rujukan kami tetapi malam tadi hampir setengah jam beliau mengatakan tentang wabak influenza A H1N1 atau nama manjanya selsema babi.

“Bacalah Qunut Nazilah untuk mencegah selsema babi”-ujar Ustaz

Beliau menyarankan agar seluruh masjid di malaysia membaca doa Qunut Nazilah semasa solat berjamaah sebagai satu langkah mencegah penyakit selsema babi yang melanda dunia sekarang.Seingat saya sudah 2 kali beliau berpesan sebegitu,kali pertama beberapa minggu lepas tatkala virus H1N1 tersebut baru saja menular.

Semakin serius Selsema babi semakin serius,belum ada tanda-tanda bahawa penyakit ini semakin menguncup dan berkurangan.setakat hari ini(6 Julai 09),34 kes baru dikesan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 468 di seluruh negara.Alhamdulillah,setakat ini belum ada kematian di catatkan di negara kita tetapi ia merebak dengan begitu cepat. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan jumlah terkumpul kes H1N1 seluruh dunia meningkat kepada 91,457 kes termasuk 387 kematian di 126 negara.


Gelombang ketiga?

Seketika dahulu awal tahun 1999 dunia di kejutkan oleh penyakit yang juga berkaitan dengan babi iaitu Japanese encephalitis (JE) yang menyerang hampir ke seluruh dunia.Penyakit ini cepat tersebar dan berjangkit pada manusia melalui nyamuk Culex.Maka.ramai yang terkorban akibat penyakit JE ini dan ratusan ribu ekor babi telah di bunuh bagi menghalang dan mencegah penyakit ini dari berjangkit.

Sekarang,gelombang kedua penyakit berpunca daripada babi muncul,selsema babi begitu cepat tersebut.Ia berbeza dengan JE kerana cara jangkitannya begitu mudah,virus daripada babi terus berjangkit kepada manusia tanpa perantaraan nyamuk seperti JE!!!.Sebegitu mudah.Jika gelombang ketiga datang..bagaimana pula?

Jika kita perhalusi,penyakit ini menyerang di kebanyakkan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat,negara-negara Eropah dan negara-negara maju di Asia seperti Jepun,Singapura,Malaysia dan lain-lain.Negara yang miskin seperti di benua Afrika belum ada kes yang kita dengari,begitu juga di negara-negara Arab-Islam di timur tengah seperti Arab Saudi,Iran,Iraq dan lain-lain juga belum ada kes yang di kesan.Adakah penyakit ini menyerang dengan memilih bulu?

Hidup di dalam kemurkaan Allah?

Sebagai Umat Islam,kita percaya bahawa apa yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah.Penyakit yang melanda sekarang juga berlaku di sebabkan ketentuan Allah.Adakah penyakit selsema babi yang melanda sekarang adalah bala daripada Allah??..anda mesti ada jawapannya bukan.Masyarakat dunia khasnya Malaysia sekarang hidup di dalam kemurkaan Allah??. Jika kita lihat di sekeliling,jenayah berlaku hari-hari,bunuh berbunuhan, “letupkan orang”,merompak,ragut,rogol,amalan rasuah,penindasan terhadap golongan yang lemah dan lain-lain lagi.Masjid dan surau lengang,hiburan berleluasa,majlis agama di pingirkan,majlis hiburan di sambut meriah.Oleh itu,marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar diselamat daripada bala yang mendatang dan sejahtera di dunia dan di akhirat.So,Refresh Our Mind!