Selamat Mengahadapi Peperiksaan (part 2)

Wednesday, November 12, 2008



Khamis bersamaan 13 nov 2008, tamat sudah fasa kedua peperiksaan aku..sudah habis 5 paper dan ada satu lagi paper “killer” menunggu 17hb nanti..selang masa beberapa hari yang ada akan aku gunakan sehabis baik untuk mengulangkaji dan memantapkan lagi pelajaran aku..paper yang last ni tak perlu banyak membaca dan juga mengingat..banyak kira-kira dan selalu buat latihan..paper accounting in economic..

Sedar atau tidak,sudah dua minggu lepas peperiksaan berlalu..ramai juga di kalangan rakan-rakanku yang sudah habis paper..apa lagi..enjoy sakan la dan merancang untuk pergi rehlah dan sebagainya, tak kurang juga ada yang sudah balik rumah..rindu kat mak katanya..ish2..dah besau pun manja lagi..aku pula yang jadi ‘mental’ dengan rakan-rakanku yang dah habis exam nie..aku yang belum habis exam lagi ni diajaknya keluar lepak-lepak kat mapler..sambil tengok bola nak belanja aku plak tuu..siap nasihatkan aku tak payah la rajin-rajin study..aduusss..semua perlu ditepis demi peperiksaan yang menunggu..ini semua dugaan yang perlu aku tempuhi..

Mood study perlu di kekalkan agar semangat untuk mengulangkaji pelajaraan masih menebal..usah di perdulikan mereka yang dah habis exam enjoy dan sebagainya..peksa hanya sekali ..tak lulus kena repeat..huhuhu..minta simpang dari ketidaklulusan dalam peperiksaan semester ini..kepada bloger yang membaca artikel ini..doakan kejayaanku dalam peperiksaan..ku sentiasa berdoakan untuk kejayaan kalian..tinggalkan komen anda untuk menjadikan diri anda pengomen dan pengkritik yang hebat..salam peperiksaan

Selamat Mengahadapi Peperiksaan (part 1)

Saturday, November 8, 2008







Alhamdulillah..hari ni sabtu bersamaan 8nb nov telah habis fasa pertama peperiksaan aku, mula pada 5hb hari rabu lepas sampai la hari ni..subjek theory of insurance and takaful , mikro ekonomi perbandingan n subjek arab fiqh al usrah ari ni..exam yang direct..meletihkan otakkn aku..dah abeh 3 paper ada 3 paper lg..




Selang masa 3 hari lagi sebelum fasa kedua exam bermula pula hari rabu ni..aku curi masa skit untuk update blog nie..dah lama tidak menulis dah naik sarang labah-labah..maklum la sibuk study..hehehe. Di waktu minggu exam ni..aku cuba kurangkan skit melayari Internet, selalunya aku akan habiskan masa yang lama menerokai dan membaca blog-blog sahabat2 n blog2 ilmiah..disamping chating YM dengan kawan-kawan aku yang belajar di luar Negara..mesir , republic Czech,England, usa n lain-lain telah mengurangkan masa aku untuk study..banyak lagi yang tidak di ulangkaji..kalau kerap online internet..bila la nak study..nanti exam gelabah!!

Minggu exam ni..semua pelajar kampus aku sibuk..ke hulu hilir bersama buku dan nota,macam-macam bentuk nota n peta minda dibuat bagi memudahkan untuk mengingati pembelajaran yang di belajar sebelum ni.,tetapi tidak kurang juga yang masih leka bergembira,tiap-tiap malam keluar lepak kat Mapler n waryng sambil tengok bola. Minggu exam ke apa ke..sama je..mungkin depa ni dah study awal-awal kot..time minggu exam rilex je..tenangkan fikiran..baru tak tensen..




Apa-apa pun, setelah berusaha n belajar bersungguh..kita kembali kepada yang Maha Esa, bertawakal kepadaNYa..Allah jua lah yang menentukan kejayaan kita di masa hadapan..banyakkan berdoa kepada Allah..Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain di kurniakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan..Ameen.