Pelajar Uitm Berdemontrasi!

Wednesday, August 13, 2008




“Pelajar Uitm berarak protes “ tajuk utama tersebut telah menarik minat saya untuk membaca lebih lanjut akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.Perarakan aman tersebut dilakukan bagi memprotes kenyataan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengesorkan agar Universiti Teknologi Mara (Uitm) membuka kuota sebanyak 10% kepada pelajar bukan bumiputra.Maka berduyun-duyun lebih 5000 pelajar Uitm turun ke jalan raya mengadakan demontrasi bantahan ke atas kenyataan tersebut.Universiti yang sebelum ini dianggap “senyap” dengan aktiviti demontrasi kini bertukar wajah.Pelbagai pihak memberi respon membantah pembukaan kuota 10% tersebut kerana mencabar dan menghina serta merugikan bangsa melayu.



UITM yang unik



Apabila melanjutkan pelajaran dari Pusat Asasi Universiti Malaya Nilam Puri Kelantan ke kampus utama Uni Malaya kuala Lumpur,saya berkesempatan hadir ke satu forum anjuran Uitm Shah Alam .Saya begitu berbangga melihat ramainya pelajar sebangsa dan seagama dengan saya berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ia amat berbeza dengan kampus-kampus university lain yang terdiri dari pelbagai bangsa.Hampir di seluruh negeri di Malaysia mempunyai kampus cawangan Uitm yang memberi peluang kepada para pelajar bumiputra yang berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.



Teropong di sebalik daun



Kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar merupakan seorang ahli politik tentunya mempunyai agenda lain.Dengan kehangatan bahang pilihan raya kecil permatang pauh di mana Dato’ Sri Anuar Ibrahim akan bertanding sedikit sebanyak dapat menarik hati pengundi yang bukan berbangsa Melayu.Selain itu,kenyataan tersebut juga dapat mengalihkan perhatian rakyat dari isu muzakarah antara Pas dan umno kepada isu Uitm tersebut.Jika sebelum ini dilihat umno lebih berminat kepada isu berkaitan agama Islam kini terpaksa berubah mempertahankan Uitm.Dahulunya,bekas perdana Menteri kita Tun Dr Mahatdir membuka kuota 10% MRSM kepada pelajar bukan bumiputra tiada bantahan dilakukan,semuanya semacam setuju sahaja?. Pembukaan kuota tersebut ada pro dan kontranya,Jika pelajar bukan bumiputra dibenarkan masuk ke Uitm,perpaduan antara kaum dapat di pertingkatkan lagi disamping memberikan saingan yang positif.Sekiranya kuota 10% tersebut tidak di berikan kepada bukan bumiputra,Uitm akan terus kekal sebagai benteng terakhir pelajar bumiputra ke menara gading.so,refresh our mind!

0 comments: