Fiestival konvokesyen UM 08

Wednesday, August 6, 2008







Fiestival konvokesyen University Malaya (Feskum 08) kembali lagi,perasaan gembira jelas tergambar di setiap wajah para graduan yang telah lama bertungkus lumus menghadiri kuliah,menyiapkan tugasan,tesis dan sebagainya terbalas dan berhasil.Istiadat pembukaan Konvokesyen dimulai dengan pembarisan kawad kawalan diraja.Sebagai salah seorang angota palapes,saya berpeluang menyertai perbarisan tersebut.Dengan kehadiran Canselor Uni Malaya Sultan Azlan Shah iaitu Sultan bagi Negeri Perak, maka secara rasminya pembukaan Majlis konvokesyen UM pada tahun ini.Rakan-rakan saya yang lain sibuk dengan aktiviti masing,ramai juga yang terlibat dengan gerai jualan,menjadi ajk pelaksanaan Feskum 08, dan sebagainya sibuk dengan tugasan masing-masing.




Citarasa Jelapang Padi dan Bonda soup Conner




Pada Feskum yang lepas tahun 2007,saya terlibat secara langsung dengan gerai milik Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) namun pada Feskum kali ini saya ditaklifkan sebagai timb pengarah keselamatan untuk gerai persatuan mahasiswa kedah UM( Permadah) .Citarasa Jelapang Padi merupakan nama gerai PERMADAH yang diguna pakai sejak sekian lama.Pelbagai menu dari utara di sajikan untuk santapan warga kota yang merindui masakan kg halaman.Namum matlamat utama penubuhan gerai ialah untuk merapatkam ukhuwah sesama ahli Permadah dan juga ingin menaikkan nama Permadah itu sendiri antara persatuan yang teraktif di bumi Uni Malaya ini.




Kuliah dan Feskum




Setelah sibuk dengan pelbagai aktiviti sepanjang berlangsungnya feskum maka ramai pelajar tidak menghadiri kuliah secara sengaja ataupun tidak sengaja.Jika datang ke kuliah sekalipun tumpuan terhadap pelajaran terganggu kerana mengantuk akibat keletihan dan sebagainya.Walaubagaimana pun seorang pelajar yang masih muda segar kesibukkan dalam aktiviti persatuan atau ko-ku tidak patut di jadikan alasan kerana kesibukkan dengan aktiviti persatuan dan sebagainya akan menjadikan kita lebih matang dan berpengalaman.Seorang pemimpin bukan lahir dari celahan buku yang bertimbun,tetapi lahir dari pengalaman dan soft skill yang terkumpul.Universiti Malaya producing leaders since 1905.

0 comments: