“Manusia juga sedang isra’ sekarang,perjalanan bertemu Tuhan pencipta sekelian alam, maka lengkapkanlah diri dengan iman dan hikmah serta ilmu dan keyakinan disamping amalan yang soleh” begitulah kata-kata seorang penceramah terkenal tanah air kita pada satu kuliah magrib yang saya ikuti di salah sebuah masjid berhampiran kampus tempat saya menimba ilmu sekarang. Sedar ataupun tidak kita sekarang sudah berada di penghujung bulan Rejab dimana telah berlaku satu peristiwa agong iaitu isra’ dan mikraj keatas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Peristiwa agong ini telah dicatatkan berlaku pada 27 rejab tahun ke sepuluh selepas nubuwah.Namun begitu,para ulama berselisih pendapat tentang tarikh berlakunya isra’ dan mikraj ini.Ada sebahagian ulama berpendapat peristiwa isra’ dan mikraj berlaku pada enam belas bulan sebelum Hijrah iaitu pada bulan Ramadhan tahun kedua belas selepas nubuwah.Wallahu a’lamu bis-Sawab.
Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat
(maksud surah al-isra’:ayat 1)
Dalam peristiwa isra’ dan mikraj,Rasulullah S.A.W di isra’kan dari masjidil-Haram ke Masjidil Al-aqsa menaiki Buraq sejenis binatang kenderaan yang sangat laju dengan di iringi oleh malaikat Jibril. Apabila Rasulullah sampai di masjidil Aqsa,baginda bersembahyang dengan para Nabi ‘alaihis salam. Setelah itu, baginda di bawa 2 minuman iaitu arak dan susu.Baginda memilih susu mengambarkan bahawa Islam adalah agama yang fitrah dan bersih serta melambangkan ketenangan dan juga kesejahteraan.
Kemudiannya, berlakunya mikraj di mana baginda di bawa ke langit satu demi satu di sambut oleh para Malaikat Allah. Baginda di pertemukan dengan rasul-rasul terdahulu sehinggalah baginda bertemu Allah dan di fardu solat lima waktu. Baginda selamat pulang di waktu paginya dan apabila perkara ini di beritahu kepada orabg ramai, maka orang-orang musyrikin berlonjak lonjak mendustakan dan mempersendakan Rasulullah. Begitulah secara ringkas berlakunya peristiwa Isra’ dan Mikraj di mana peristiwa ini berlaku hanya dalam satu malam sahaja. Ini membuktikan kebesaran Allah yang Maha Agong. Rasulullah di Mikraj kan ke langit dan di fardukan solat Lima waktu mengambarkan bahawa solat adalah perkara yang sangat penting dan merupakan tiang agama Islam. Jesteru itu, perkara yang berkaitan dengan solat janganlah di pandang remah kerana barang siapa yang meninggalkan solat seumpama meruntuhkan agama itu sendiri.Wallahu a’lam

0 comments:
Post a Comment