Malaysia Perlu bangunan Sistem Persenjataan Tentera

Saturday, November 21, 2009

PT-91M Pendekar milik ATM yang di beli dari Poland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Post kali ini saya nak menulis sedikit pasal ketenteraan,(ambil semangat skit untuk jalani latihan) .Selesai solat subuh di pagi yang indah saya menerokai dan belayar dalam saluran media menerusi internet untuk mengikuti berita dan perkembangan baru.apa la yang dah berlaku kat negara aku neh!

Habis satu berita ke satu berita di baca,dari media milik kerajaan sehinggalah media-media alternatif dan laman politik diterokai.Saya tertarik dengan tajuk berita di media Bernama "RM600 Juta untuk baiki sembilan kem tentera seluruh negara"

Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperuntukkan sejumlah wang bagi membaiki kem-kem tentera yang telah terlalu uzur dan perlu di naik taraf.Kem-kem tersebut kebanyakkan terletak di bahagian utara Sarawak dan bersempadan dengan Negara Indonesia.

Kereta Perisai buatan Indonesia

Bagi saya,langkah kerjaan untuk menaikkan taraf kem-kem tersebut perlu di teruskan dan dipercepatkan.Harapnya tiadalah berlaku penyelewengan atau rasuah dengan RM600 juta tersebut..banyak tu

Pada pandangan saya,Kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap pembangunan alat dan sistem persenjataan sendiri(tempatan) bagi kegunaan angkatan tentera Malaysia.Sudah sekian lama kita menjadi penguna dan pembeli aset-aset dab persenjataan tentera dari negara lain barat mahupun negara timur sepeti Rusia dan Koera Selatan.

Model LPD Indonesia

Saya tertarik
dengan kerajaan Indonesia yang berbegitu bersunguh-sunguh memajukan sistem dan aset ketenteraan negarannya.Sejak kebelakangan ini,setelah tercetusnya beberapa kontoversi Indonesia dengan negara Jirannya seperti Kes Ambalat,Malaysia,krisis dengan Filipin
a dan terbaru krisis petindihan wilayah kedaulatan dengan Timur Leste.

Indonesia terus memaju dan menbangunkan industri pembuatan aset ketenteraan.Hasil kerjasama dengan Universitas tempatan dan industri ketenteraan,negara sang saka merah tersebut berjaya membangunkan sistem peluru berpandu sendiri,pembinaan kereta perisai pnser pindat yang dikatakan kerajaan malaysia berminat untuk membelinya dengan jumlah yang banyak bagi kegunaan ATM.Begitu juga dengan kapal seang laju keluaran PT Lundin Industry Invest dikatakan menarik minat Malaysia untuk memilikinya.

Kapal LPD buatan Indonesia

Selain itu
,Republik tersebut juga berjaya mencipta kapal pera
ng sendiri jenis Landing Platform Dock (LPD),Kapal pengankut serbaguna tersebut(lihat LPD buatan Pindad) berjaya dibina oleh indusri pertahanan negara tersebut.sebenarnya banyak la lagi asetaset yang dibangunkan kerajaan Indonesia bagi kegunaan tentera sang saka merah.Kalau pe,baca nak tahu lebih lanjut boleh la terokai laman-laman ketenteraan negara jiran tu.

Saya bukan lah nak buat analisis ketenteraan tentang Indonesia,namun,kita ambil dari sudut positif di mana republik tersebut bersunguh-sunguh dalam aspek keselamatan negara.Sepatutnya negara kita juga perlu bangunkan industri pertahanan sendiri dan menjadi salah satu negara pengekspot industri tersebut.

Jet Pejuang buatan Iran-Azaraksh

Bukanlah tidak ada langsung industri pertahanan dibangunkan di Malaysia,kita juga pernah mencipta perluru berpandu sendiri tetapi masih diperingkat permulaan dan lemah.Kita juga pernah membuat kapal perang sendiri,(lihat kapal NGPV TLDM kelas Kedah).Namun,Industri tersebut kurang di beri penekanan dan lemah sedang keperluan pertahanan negara sangat penting bagi melindungi kedaulatan negara.Malahan bajet tahunan yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana menteri memperuntukan 1.9 billion untuk pertahanan negara.Ia satu bajet yang tidak mencukupi.

Kapal Peronda generasi baru-KD Kedah milik TLDM

Harapannya,Kerajaan perlu juga memberi penekanan dan bangunkan industri pertahanan tempatan,buat kerjasama dan penyelidikan dengan universiti-universiti tempatan,melahirkan seramai mungkin pakar (lihat negar Iran selepas revolusi) dan tenaga mahir untuk bangunkan alutsista pertahanan negara.Pengaliran wang keluar dan pembelian "aset secondhand" dari negara luar dapat dikurangkan sekaligus memajukan dan mengangkat kedaulatan dan kekeuatan Angkatan Tentera Malaysia.

2 comments:

sya_ais

November 22, 2009 at 4:25 PM
Permalink this comment

1

said...

salam..
semangatnya nk p training

Unknown

December 8, 2009 at 2:07 AM
Permalink this comment

1

said...

jgn dok malais2 pi training..muahahaha..pada hai dah abih dah pong trainingnya..slmt balik ke kampung okes..muahahaha