Sedia Berkorban

Saturday, November 28, 2009

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Kesempatan beberapa jam kebenaran keluar dari lumut navy base digunakan sebaik-baik mungkin..saya terus menuju ke cyber cafe (internet la) untuk "check" email,update blog dan daftar subjek untuk sem depan,seslaikan beberapa urusan persatuan dan lain-lain

Alhamdulillah,Setelah satu minggu menjalani hidup sebagai seorang "askar air"..dapat juga cuti sehari..jadi la..hilangkan tension sambil menyirup udara segar tepi pantai bandar lumut yang telah di istiharkan sebagai Bnadar Tentera Laut baru-baru ini.

Walaupun terpaksa berhari raya Aidiladha di dalam navy base,namun kemeriahan menjalani ibadah korban tetap dapat dirasai..menyembelih lembu bersama warga TLDM.Ini merupakan kali kedua saya menyambut Aidiladha dalam pangkalan tentera laut ini.





Kerinduan pada kampung halaman tidak la rasa sangat,mungkin ini hari raya korban tapi kalau hari raya Aidilfitri tak balik kampung??..no komen..

Dikesempatan ini,saya nak wish skit..Selamat menyambut aidiladha dan selamat menjalani ibadat korban buat semua muslimim dan muslimat di Malaysia dan khususnya pada rakan-rakan di Universiti Malaya, adik beradik Permadah,sahabat-sahabat MPMUM dan PMIUM dan semua la sesiapa saja yang mengenali diri nie.

Selamat menjalani Ibadah korban..semoga mendapat rahmat dan keredaan Allah

Setakat nie dulu..jumpa lagi

Malaysia Perlu bangunan Sistem Persenjataan Tentera

Saturday, November 21, 2009

PT-91M Pendekar milik ATM yang di beli dari Poland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Post kali ini saya nak menulis sedikit pasal ketenteraan,(ambil semangat skit untuk jalani latihan) .Selesai solat subuh di pagi yang indah saya menerokai dan belayar dalam saluran media menerusi internet untuk mengikuti berita dan perkembangan baru.apa la yang dah berlaku kat negara aku neh!

Habis satu berita ke satu berita di baca,dari media milik kerajaan sehinggalah media-media alternatif dan laman politik diterokai.Saya tertarik dengan tajuk berita di media Bernama "RM600 Juta untuk baiki sembilan kem tentera seluruh negara"

Pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperuntukkan sejumlah wang bagi membaiki kem-kem tentera yang telah terlalu uzur dan perlu di naik taraf.Kem-kem tersebut kebanyakkan terletak di bahagian utara Sarawak dan bersempadan dengan Negara Indonesia.

Kereta Perisai buatan Indonesia

Bagi saya,langkah kerjaan untuk menaikkan taraf kem-kem tersebut perlu di teruskan dan dipercepatkan.Harapnya tiadalah berlaku penyelewengan atau rasuah dengan RM600 juta tersebut..banyak tu

Pada pandangan saya,Kerajaan perlu memberikan penekanan terhadap pembangunan alat dan sistem persenjataan sendiri(tempatan) bagi kegunaan angkatan tentera Malaysia.Sudah sekian lama kita menjadi penguna dan pembeli aset-aset dab persenjataan tentera dari negara lain barat mahupun negara timur sepeti Rusia dan Koera Selatan.

Model LPD Indonesia

Saya tertarik
dengan kerajaan Indonesia yang berbegitu bersunguh-sunguh memajukan sistem dan aset ketenteraan negarannya.Sejak kebelakangan ini,setelah tercetusnya beberapa kontoversi Indonesia dengan negara Jirannya seperti Kes Ambalat,Malaysia,krisis dengan Filipin
a dan terbaru krisis petindihan wilayah kedaulatan dengan Timur Leste.

Indonesia terus memaju dan menbangunkan industri pembuatan aset ketenteraan.Hasil kerjasama dengan Universitas tempatan dan industri ketenteraan,negara sang saka merah tersebut berjaya membangunkan sistem peluru berpandu sendiri,pembinaan kereta perisai pnser pindat yang dikatakan kerajaan malaysia berminat untuk membelinya dengan jumlah yang banyak bagi kegunaan ATM.Begitu juga dengan kapal seang laju keluaran PT Lundin Industry Invest dikatakan menarik minat Malaysia untuk memilikinya.

Kapal LPD buatan Indonesia

Selain itu
,Republik tersebut juga berjaya mencipta kapal pera
ng sendiri jenis Landing Platform Dock (LPD),Kapal pengankut serbaguna tersebut(lihat LPD buatan Pindad) berjaya dibina oleh indusri pertahanan negara tersebut.sebenarnya banyak la lagi asetaset yang dibangunkan kerajaan Indonesia bagi kegunaan tentera sang saka merah.Kalau pe,baca nak tahu lebih lanjut boleh la terokai laman-laman ketenteraan negara jiran tu.

Saya bukan lah nak buat analisis ketenteraan tentang Indonesia,namun,kita ambil dari sudut positif di mana republik tersebut bersunguh-sunguh dalam aspek keselamatan negara.Sepatutnya negara kita juga perlu bangunkan industri pertahanan sendiri dan menjadi salah satu negara pengekspot industri tersebut.

Jet Pejuang buatan Iran-Azaraksh

Bukanlah tidak ada langsung industri pertahanan dibangunkan di Malaysia,kita juga pernah mencipta perluru berpandu sendiri tetapi masih diperingkat permulaan dan lemah.Kita juga pernah membuat kapal perang sendiri,(lihat kapal NGPV TLDM kelas Kedah).Namun,Industri tersebut kurang di beri penekanan dan lemah sedang keperluan pertahanan negara sangat penting bagi melindungi kedaulatan negara.Malahan bajet tahunan yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana menteri memperuntukan 1.9 billion untuk pertahanan negara.Ia satu bajet yang tidak mencukupi.

Kapal Peronda generasi baru-KD Kedah milik TLDM

Harapannya,Kerajaan perlu juga memberi penekanan dan bangunkan industri pertahanan tempatan,buat kerjasama dan penyelidikan dengan universiti-universiti tempatan,melahirkan seramai mungkin pakar (lihat negar Iran selepas revolusi) dan tenaga mahir untuk bangunkan alutsista pertahanan negara.Pengaliran wang keluar dan pembelian "aset secondhand" dari negara luar dapat dikurangkan sekaligus memajukan dan mengangkat kedaulatan dan kekeuatan Angkatan Tentera Malaysia.

KOTA BHARU: Gelombang kedua banjir mula melanda Kelantan dan Terengganu yang menyaksikan 562 mangsa dari kedua-dua negeri dipindahkan.

Di KELANTAN, 224 mangsa banjir dari jajahan Kuala Krai dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Telekong, semalam.

Jurucakap bilik gerakan banjir negeri, berkata mangsa merangkumi 151 dewasa, termasuk 84 wanita serta 73 kanak-kanak daripada 34 keluarga dari Mengkebang yang penempatan mereka dilimpahi air Sungai Kelantan dan dipindahkan kira-kira jam 4 petang semalam.


Banjir kilat di Rantau Panjang pula membabitkan 14 mangsa dari tiga keluarga yang dipindahkan ke rumah saudara mara atau jiran di kawasan selamat dengan punca bencana kerana penempatan mereka terletak di kawasan rendah dan mudah ditakungi air apabila hujan lebat, bukan kerana limpahan air sungai.


Bagaimanapun, semua jalan utama di daerah berkenaan masih boleh dilalui oleh kenderaan dan tiada kejadian tanah runtuh atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Sehingga lewat petang semalam, Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob mencatatkan bacaan melebihi paras bahaya dengan masing-masing 9.33 meter dan 23.77 meter berbanding paras bahaya 9 meter dan 23.50 meter.

Tiga sungai mencatat bacaan melebihi paras waspada iaitu Sungai Kelantan di Kusial dengan 14.84 meter (waspada 12 meter), Sungai Lebir di Tualang, 29.76 meter (waspada 27 meter), Sungai Kelantan di Kuala Krai, 22.37 meter (waspada 20 meter), Sungai Galas di Dabong 28.26 meter (waspada 32 meter) dan Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, 2.25 meter (waspada 3 meter).

Di TERENGGANU, hujan lebat berterusan sejak tiga hari lalu meningkatkan paras sungai, menenggelamkan kawasan rendah sejak awal pagi semalam hingga memaksa 338 mangsa daripada 83 keluarga dipindahkan ke 12 pusat pemindahan di empat daerah negeri ini setakat jam 6 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir, Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata Hulu Terengganu paling teruk terjejas dengan 165 orang daripada 36 keluarga dipindahkan ke lima pusat pemindahan dengan kawasan terjejas, termasuk Kampung Cheting, Penih, Chenerung Lebam dan Pengkalan Ajal.

Di Kemaman, tiga pusat pemindahan dibuka untuk menempatkan 124 orang daripada 34 keluarga yang sebahagian besarnya dari Kampung Padang Kemunting, Ibok dan Kampung Sarang Lang, Kemasek yang dipindahkan sejak jam 8 pagi.

Sebatang jalan di Kampung Batu Puteh, Kertih sepanjang kira-kira 50 meter ditutup kepada kenderaan ringan selepas dinaiki air sedalam 0.4 meter.

Di Dungun, 31 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Tok Kah dan Kampung Paya Balai Besar dipindahkan ke dua pusat pemindahan, manakala di Marang, dua pusat pemindahan dibuka di Kampung Temala dan Durian Parit untuk menempatkan 18 orang daripada empat keluarga.

Sebanyak 327 pusat pemindahan sudah dikenal pasti di negeri ini yang mampu menempatkan keseluruhan 48,039 mangsa, merangkumi sekolah, balai raya, masjid dan dewan orang ramai.

Pusat berkenaan membabitkan 87 di Besut, Hulu Terengganu (73), Dungun (52), Kemaman (33), Setiu (31), Kuala Terengganu (27) dan Marang (24). Sejumlah 386 bot penyelamat bersedia untuk membawa mangsa banjir ke pusat pemindahan.

Sebanyak 10 laluan ditutup hingga petang semalam termasuk Jalan Sungai Tong-Kuala Berang di Kilometer (Km) 11.5, Jalan Sungai Tong/Pelong Km 9 hingga 10, Jalan Hulu Seladang-Kampung Che Long, Jalan Pengkalan Berangan-Pulau Kerengga di Kampung Alor Wan Said dan di Km 14 Jalan Jerteh-Keruak di Kampung Terubong.

Banjir turut menyebabkan sekumpulan 137 pelajar Politeknik Kota Bharu bersama 20 tenaga pengajar terkandas sejak awal pagi semalam di kawasan rekreasi Lata Belatan berhampiran kaki Gunung Tebu di Besut sebelum berjaya keluar kira-kira jam 4 petang.

Mereka berkhemah di kawasan itu sejak tiga hari lalu tidak dapat keluar dari kawasan itu selepas laluan ke jalan utama di Kampung Kuala Kubang dinaiki air sedalam 0.5 hingga 1 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Roslan Hassan, berkata pasukan keselamatan termasuk polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) masuk ke kawasan itu jam 10 pagi bagi memantau keadaan dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Di KEDAH, banjir melanda negeri ini sejak dua minggu lalu pulih sepenuhnya apabila kumpulan terakhir 239 mangsa membabitkan 58 keluarga di daerah Bandar Baharu dibenarkan pulang. ke rumah mulai 1 tengah hari semalam, sekali gus operasi bilik gerakan banjir juga dihentikan.
sumber: berita harian

Sekadar Coretan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..alhamdulillah,peperiksaan akhir semester sudah berlalu dan hampir kebanyakkan mahasiswa di bumi Malaya nie pulang bercuti di kampung halaman masing-masing.

banjir melanda kedah

hujan lebat berlaku perubahan monsun hujung tahun ini mengakibatkan beberapa kawasan di kedah di naiki air.Beberapa pusat pemindahan telah dibuka bagi penempatan sementara mangsa-mangsa banjir.Masa banjir teruk melanda,saya dan rakan-rakan masih lagi berperang dengan buku bagi menghadapi peperiksaan.Namun sekarang alhamdulillah banjir semakin surut dan sudah banyak pusat pemindahan ditutup.

saya masih ingat lagi,seusai habis menjawab kertas peperiksaan ke empat subjek ekonomi pembangunan,tiba-tiba henset saya bergetar...one message received "apis,nanti balik kedah kita tulun cuci qumah mangsa banjir mau?"-Sms Shafie atau Pie rakan seperjuangan aktivis mahasiswa di bumi Malaya ini.

"hah,elok sgt tu..buat qeja amal, tapi exam x hbs lg"-balas saya

"xpa la,nanti hbs exam kita balik kdh..tulun apa yg patut"-saya menerima mesej balasan dari pie

Bagus juga cadangan tu,sebelum ini saya pun terpikiaq juga nak bantu mangsa-mangsa banjir terutama kat negeri jati diri sana,kalau nak hulur duit,mana ada banyak duit..nak bagi beras..kena beli pakai duit juga..pergi tolong cuci rumah mangsa banjir idea yang baik,namun pelaksanaannya?

Ada sukarelawan yang nak membantu?..boleh kita turun reramai bantu mangsa banjir..kalau seorang diri pun boleh juga..bagi mengisi masa cuti semester..lakukan kerja yang berfaedah huh.

Selamat bercuti pada semua..panjang umur berjumpa lagi semester hadapan

Alangkah nikmatnya masa lapang jika..

Tuesday, November 10, 2009

“Adui...esok ada exam dua paper..lusa pun dua paper jugak..kita kena balik awai malam nie.” Ujar fauzan
“ Dah banyak ka hang baca ”? Tanya Mizi seraya masuk dalam kereta
“ Baru skit ja aku baca..banyak lagi nak kena kaver ” balas Fuazan

Selepas kuliah perubatan Islam di Darussyifa,Bangi kami terus memecut kereta pulang ke UM Kuala Lumpur.Tidak seperti kebiasan sebelum ini kami akan singah makan malam dulu di medan selera “Satay kajang” Bangi untuk mengisi perut.Jam menunjukkan 10.45 malam,perut saya sudah berasa lapar, oleh sebab esok ada exam, nak balik awal untuk ulangkaji,lapar kami tidak di endahkan…makan nota lagi kenyang dari makan nasi.Mungkin!!

Dalam pejalanan pulang,topik perbualan kami lebih kepada peperiksaan..

"alangkah baguihnya kalau study awai no..tak dak la kalut sangat”-sampuk fahmi yang duduk di bahagian belakang
“Bukan tak mau nak study awai..tapi tekanan time tu tak mai lagi” saya menambah
“Hah,betui2..esok nak exam,malam nie baru pulun..satu buku leh masuk dalam kepala” sampuk Mizi sambil ketawa

Ya,betul..Bila saya fikirkan balik,hasil dari pengalaman dan pemerhatian..kebanyakkan fenomena study atau belajar last minit ini menjaddi amalan kebanyakkan student.Ia akan menjadi tekanan dan bersemangat bila dah hampir nak exam,misalnya esok nak exam..malam ini baru pulun membaca dan buat ulangkaji.

Sesi pembelajaran untuk sem 1 sesi 2009/10 sudah habis,Alhamdulillah,jadual peperiksaan saya sem ini tidak la terlalu “derect”seperti mana sahabat seperguruan saya,ada selang juga beberapa hari.Ia memberikan peluang untuk saya mengulangkaji dengan lebih lama!.First paper saya bermula pada 5hn Nov yang lalu..setakat ini baru 2 paper telah dijawaban.Kawan-kawan saya yang lain masih ada yang belum mula peperiksaan lagi,ada yang mula 13hb,ada yang 16hb dan ada yang 18hb Nov baru mula exam!!..sedangkan semua tarikh peperiksaan pelajar UM akan tamat pada 20hb nov dan boleh balik kampung lepas tu..
Pulau,ciptaan Allah yang unik

Kadang-kadang,kita lupa dan leka dengan masa yang lama.. “ala lambat lagi exam..bleh rilex dulu”..kita biasa mendengar ayat-ayat seumpama itu,Sepatutnya,nikmat masa lapang yang ada boleh diisikan dengan mengulangkaji pelajaran lebih awai,membuat latihan,focus pada bab-bab yang susah dan sebagainya.Kadang-kala,saya juga mengalami situasi sebegini..apabila mood malas datang,ditambah dengan kerja-kerja samping dan segala macam dugaan..masa yang berlalu terabai begitu saja.

Dalam hadis yang mashyur,Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara,masa muda Sebelum masa tua,masa sihat sebelum sakit,masa lapang sebelum sempit,masa kaya sebelum masa miskin dan masa masa hidup sebelum mati”

Gambar hiasan

Ya,Masa lapang sebelum sempit,Ia perlu di manfaatkan sebelum terbang pergi bersama debu sia-sia.Tulisan ini untuk muhasabah diri ini dan pembaca yang terbaca agar dapat menikmati masa lapang dengan sebaiknya.Mood exam perlu diteruskan..Gud luck pada semua yang menghadapi peperiksaan dunia..ma’a taufik wa najah.

Mood Peperiksaan Cuba Di Aktifkan?

Tuesday, November 3, 2009

Assalaualaikum buat semua pembaca blog ini...

Alhamdulillah,,pertamanya saya melafazkan syukur kehadrat Ilahi masih panjangkan umur saya sehingga saat artikel ini ditulis.Secara tidak sedari sudah menghapiri satu semester saya harungi pengajian di semester pertama tahun yang ketiga!.Setelah selesai tugasan dan assignment di hantar pada pensyarah,maka tumpuan harus diberikan kepada pengulangan kaji sujek-subjek yang telah dipelajari untuk menghadapi peperiksaan.

Namun,mood saya sedikit terganggu dek kerana masih ada urusan-urusan yang perlu dibereskan.Ia masih lag tergendala walaupun sudah beberapa kali cuba saya selesaikan sehingga memungkinkan menimbulkan rasa putus asa dalam diri ini.Kuatkan jua semangat diri untuk meneruskannya..tetapi ia sedikit sebanyak menganggu penumpuan dan semangat diri untuk menghadapi peperiksaan..mungkin fikiran bercelaru dan berserakan.

Apa pun yang pasti,hari tetap akan berlalu sehingga ia di tentukan oleh sang pencipta untuk berhenti.Ia pasti akan berlaku! dan ia perlu di tempuhi..

Keadaan kampus tua ini sudah mulai sunyi..rakan seperjuangan dalam kampus ini mulai sibuk menelaah buku dan mengumpul nota..mereka yang sebelum ini tidak pernah memasuki perpustakaan mulai berkunjung tandang dan terus mengfokuskan diri.mengfotokopi nota-nota,ada yang berkumpulan kecil sambil menghadap buku dan nota.Masing-masing sibuk dengan urusan penyedian diri untuk menghadapi peperiksaan.Alhamdulillah..suka dilihat sebegini..

Dikesempatan ini,saya mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir semester buat semua rakan-rakan,terutama kepada pimpinan-pimpinan dan adik beradik permadah um,sahabat-sahabatku REAL dan lain-lain,rakan-rakan ROTU, dan semualah yang sewaktu dengannya.Berdoalah semoga beroleh kejayaan

Ya Allah,engkau kuatkanlah diriku ini,tabahkanlah hati ini untukku teruskan hidup di alam ini,,Berikanlah kejayaan kepadaku dan semua rakan-rakanku yang bakal menghadapi peperiksaan ini,lapangkan hati kami,permudahkan segala urusan kami, Ya rabb tuhan yang menguasai alam


gambar hiasan