“Nama encik dah dikeluarkan dari senarai blacklist Imigresen..dah boleh ke luar Negara”, senyum pegawai PTPTN sambil memandang kearah aku.
Setelah mengucapkan terima kasih..aku terus berlalu meninggalkan pejabat PTPTN KL Sentral.
Ini kali ke 3 aku ke pejabat PTPTN tersebut bagi melangsaikan hutang PTPTN..pas nie tak mau datang lagi. Pinjam skit..bayar banyak..ish3..story dia mcm nie…
Masuk U..2007
Julai 2007 dahulu, aku dapat tawaran untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah sarjana Muda di Universiti tertua Malaysia (UM). Oleh sebab keluarga aku bukanlah kaya sangat..jadi terpaksalah aku meminjam wang dari PTPTN.
Setelah hampir menghabiskan pembelajaran di semester pertama ..hujung sem 1 macam tu..aku dapat tawaran biasiswa utk pembiayaan ijazah sarjana muda aku..jadi, dengan segera aku membatalkan pinjaman PTPTN.
Pinjaman PTPTN untuk sem 1 hanya RM3250.00 sahaja.
Setelah berhempas pulas belajar selama 3 tahun..buat assignment, presentation, thesis, ponteng kuliah dan macam2 lagi la..akhirnya aku berjaya menamatkan pembelajaran di UM.
Ogos 2010..konvensyen di adakan..alhamdulillah berjaya mendapatkan ijazah pertama.
Sistem al Ujrah
Ketika ramai rakan2 dok heboh pasal penukaran faedah pinjaman PTPTN dari 3% ke 1%..aku teringat kembali yang aku juga pernah pinjam PTPTNm dulu..awal Febuari 2011 aku ke pejabat PTPTN KL Sentral untuk meng”check” hutang pinjaman PTPTN yang di pinjam tahun 2007 dahulu.
Selepas di semak..baki pinjaman aku berjumlah RM3600.00..wow..tahun 2007 dulu pinjam RM3250.00 ja..tahun 2011 dah jadi RM3600.00..
RM350.00 adalah bunga @ RIBA..
Minggu berikutnya aku sekali lagi ke pejabat PTPTN..bayar sekaligus RM3600.00..kemudian, pegawai PTPTN tersebut bersuara..
“adik dah kena blacklist nie.. kena tunggu dalam masa sebulan lagi..untuk pihak PTPTN sahkan baki sebenarnya pinjaman adik..nanti pihak kami hantar jumlah baki pinjaman terakhir dan kos guaman kat email adik ye”
La.. ingat dah setel..rupanya kena saman plak..kena tunggu sebulan lagi..
Sebulan berlalu..awal april 2011..aku dapat email dari PTPTN..( baki terakhir pinjaman dan kos guaman anda adalah sebanyak RM219.00. Anda dikehendaki membayar jumlah baki tersebut sebelum 30 April 2011 )
15 April 2011..aku ke pejabat PTPTN buat kali ke-3 untuk membayar baki pinjaman dan kos guaman tersebut. ..tahun 2007 pinjam RM3250.00..tahun 2011 jumlah pinjaman membiak menjadi sebanyak RM3600.00..Tambah kos guaman Balacklist RM219.00..jumlah keseluruh RM3819.00.
RM3819.00 - RM3250.00 = RM569..jumlah di sepatutnya aku tak perlu bayar.
Rasanya, bukan aku seorang saja kes macam nie..mesti ramai lagi peminjan2 PTPTN dengan kisah tersendiri..cepat p semak baki pinjam anda!
P/S : x kan pinjam PTPTN lagi..forever.
Subscribe to:
Posts (Atom)