Tragedi Memali : Kenyataan Kosmo Adalah Fitnah

Wednesday, October 28, 2009


Saya mendapat sms dari fakrul sahabat seperjuangan di Darul Quran berkiatan dengan isu yang berlaku di Negeri kelahiran,katanya murabbi Ustaz Mad Ya di tahan polis,alasanya kerana membuat bantahan terhadap akhbar kosmo yang mengeluarkan kenyataan bahawa ustaz Ibrahim Mahmud atau Ibrahim libya dan anak muridnya sesat.

Jam 2.30 am,dalam keaadan mata yang sudah nak tertutup disebabkan badan yang sudah keletihan,saya gagahi membuka internet laman web kosmo untuk mengesahkan dakwaan sahabat saya tersebut.

Isnin 26 oktober 2009,akhbar Kosmo mendakwa bahawa ustaz Ibrahim libya dan pengikutnya yang terbunuh dalam tragedi Memali 1985 adalah sesat.Peristiwa tragis yang berlaku pada 19 november 1985 tersebut telah mengorbankan jiwa seramai 18 orang termasuk Ustaz Ibrahim Libya dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

Dalam operasi hapus yang dijalankan oleh pihak polis di zaman kepimpinan Tun Dr mahathir sebagai Perdana menteri telah berlaku pertempuran antara penduduk kampung yang hanya bersenjatakan parang,cangkul,kayu dan lain-lain berlawan dengan piha polis yag bersenjatakan M16 dan juga kereta perisai!

As-Syahid Ustaz Ibrahim Mahmud

Perkara tersebut sudah lama selesai dan tidak perlu di bangkitkan apatah lagi mengfitnahnya sebagai sesat.Majlis fatwa Negeri Kedah pernah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang meninggal dalam tragedi Memali adalah tidak sesat dan meninggal sebagai seorang syuhada atau mati syahid.

Malahan Sultan Kedah pernah mencemar duli melawat perkuburan Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terkorban,baginda turut berkenan menyiram air mawar ke pusara mereka.

Orang kampung bertempur dengan angota polis

Akhbar Kosmo perlu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan mengenai peristiwa Memali dan memohon maaf terhadap perkara tersebut.Ia memberi kesan yang sangat mendalam terhadap orang Islam dinegara ini terutamanya keluarga mangsa yang terlibat dengan peristiwa tersebut.

Sejak peristiwa itu berlaku,ahli keluarga mangsa yang terkorban telah membuat beberapa kali fail mahkamah untuk membicarakan kes tersebut,namun hampa yang di temui kerana kes tersebut tidak pernah dibicarakan langsung dan seperti dilupakan begitu saja.!

keadilan adalah fitrah manusia

Bajet 2010 : Menurut Pandangan Islam

Sunday, October 25, 2009


Ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu pembentangan bajet 2010. Ramai yang mengharapkan bonus bagi sektor awam dan pelbagai spekulasi yang berlegar sebelum ini terjawab. Datuk Seri Najib memulakan pembentangan bajet dengan memetik surah Az Zukhruf ayat 32 dengan menekankan bahawa bajet ini adalah amanah yang diberikan yang wajib beliau tunaikan.

Ketika artikel ini ditulis, masih terlalu awal bagi saya mengemukakan pandangan-pandangan tokoh mengenai bajet. Tetapi sebagaimana tahun-tahun yang sudah, samada pendangan yang memuji mahupun yang mengkritik masih dalam kerangka bajet dalam ideology kapitalisme.

SEJARAH BAJET

Bajet adalah pernyataan ekonomi dan kewangan utama yang dibuat setiap tahun. Di Britain, ia disedikan oleh Canselor dar Jabatan Exchequer untuk dibentangkan di Parlimen. Sejak 1698, menjadi satu amalan bagi Canselor untuk membentangkan bajet pada musim bunga atau kebiasaannya pada minggu keempat bulan Oktober. Sehingga hari ini menjadi budaya bagi mereka yang dididik sebagai pengamal ekonomi kapitalisme untuk menyusun bajet sedemikian rupa dan Menteri membentangkannya untuk 2/3 kelulusan di Parlimen.

PANDANGAN ISLAM TENTANG BAJET

1) Amalan membentangkan bajet untuk kelulusan cabinet adalah tatacara penggubalan hukum dalam system demokrasi. Sedangkan dalam system khilafah Islamiah, khalifah boleh meminta input dan pandangan majlis ummat (majlis syura) tetapi tidak perlu mendapat kelulusan. Majlis ummat sekadar bertanggungjawab memuhasabah jika khalifah tidak mengamalkan perbendaharaan yang selari dengan hukum Islam.

2) Segala bentuk sumber pendapatan, hak pemilikan dan pengagihan dalam bajet 2010 adalah sama sekali bertentangan dengan fiqh amwal fil Islam. Bentuk bajet yang dibentangkan adalah dirangka berdasarkan system ekonomi kapitalisme dan sama sekali tiada persamaan dengan sumber pendapatan dan kewangan dalam Islam. Kapitalisme mencipta sendiri hukum pendaatan Negara dan perbelanjaan, sesuai dengan aqidah sekular.

Ini bercanggah dengan Firman Allah swrt:“Maka demi Tuhan mu, mereka sekali-kali tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang kamu perselisihkan antara mereka.” (An Nisa’ 65)Sabda Rasullulah saw:“Sesiapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak menepati urusan kami maka ianya pasti tertolak” (Hadith Riwayat Muslim dan Ahmad)Dalam Shahih Muslim dari Jabir bin Abdullah berkata:“Saya sedang sakit, kemudian saya dijenguk oleh Rasulullah saw bersama Abu Bakar. Mereka dating untuk menjenguk ketika saya dalam keadaan saya tidak sedarkan diri. Pada masa itu, baginda berwudhu dan mengalirkan air wudhunya kepada saya, kemudian saya tersedar. Saya bertanya, “ Wahai Rasulullah, bagaimanakaha caranya saya mengambil keputusan tentang harta saya?” Baginda tidak meberikan jawapan sehingga turunlah ayat tentang harta waris.

Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa segala bentuk hukum wajib diambil secara rinci berdasarkan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dan bukannya mengambil sumber hukum dari ideologi kufur seperti kapitalisme hari ini.

3) Secara purata, 70 peratus sumber pendapatan yang dibentang dalam bajet adalah bersumber dari cukai langsung mahupun cukai tidak langsung. Walhal cukai tersebut adalah jelas haram di sisi Islam. Rasulullah saw bersabda:“Orang yang memungut cukai tidak akan masuk syurga” (Hadith riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Al Hakim)“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (Hadith Riwayat Ahmad)“Sekiranya kami menjumpai pemungut cukai sempadan, maka bunuhlah dia” ( Hadith Riwayat Ahmad)

4) Tindakan mengenakan cukai akan menyebabkan kenaikan harga barang. Ini adalah sangat jelas haram berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar:“ Sesiapa sahaja yang mencampuri urusan harga kaum Muslimin untuk menaikkannya, maka sesungguhnya Allah swt berhak untuk menempatkannya dalam api neraka pada hari kiamat kelak

5) Bajet ini tidak membezakan antara bentuk kepemilikan individu, umum dan Negara sebagai mana yang dijelaskan Islam. Akibatnya, Negara merampas harta yang secara syar’inya adalah kepemilikan umum mahupun kepemilikan individu. Rasulullah saw bersabda:“Harta seorang Muslim tidak dihalalkan (bagi orang lain), selain mengikut kerelaan hatinya” “Harta setiap Muslim, kehormatannya dan darahnya diharamnkan bagi Muslim yang lain” (Hadith riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)Antara contohnya, hak milik umum seperti petroleum menjadi hak milik konsesi Petronas, wang rakyat digunakan bailout syarikat berkepentingan dan cukai dari pendapatan kita.


6) Penafian pendapatan negara yang yang tunjukkan oleh A Quran dan Sunnah seperti jizyah, anfal, ghanimah, kharaj, usyur, fa’I dan rikaz. Inilah pendapatan yang wajib diambil dan diusahakan oleh negara tetapi telah dinafikan dalam system sekular demokrasi hari ini.7) Pendapatan negara yang bersumberkan riba’ dan menyuburkan riba. Riba’atau nama lainnya faedah/interest merupakan antara sumber pendapatan utama dalam bajet.

Pakej-pakej raangsangan untuk memastikan sector perbankan yang berasaskan riba’ terus anjal.لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّباَ وَمُوْكِلَهُ وَكَاتِبَهُ وَشَاهِدَيْهِ, وَقَالَ: هُمْ سَوَاءٌ “Rasulullah saw melaknat orang memakan riba, yang memberi makan riba, penulisnya, dan dua orang saksinya. Beliau bersabda; Mereka semua sama”. (HR Muslim)

JIKA CUKAI DAN RIBA HARAM, JADI APAKAH SUMBER PENDAPATAN NEGARA ISLAM?

Islam menjelaskan hak kepemilikan kepada 3 bahagian, iaitu:
a. Harta milik negara
b. Harta milik umum
c. Harta milik inidvidua.

Harta Milik Negara


Allah telah menjelaskan kepemilikan milik negara adalah

i. Ghanimah dan Anfal (Rampasan harta dari perang)Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang anfal. Katakanlah bahawa anfal itu untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal :1)Dan ketahuilah bahawa sesunggunya dari ghanimah yang kamu sekalian peroleh, maka seperlimanya untuk Allah dan Rasulnya. (Al Anfal : 41)

ii. Fa’I (Harta Rampasan tanpa berperang)Dan apa saja fa’I yang diberikan Allah dan Rasulnya (dari harta benda)mereka, maka untuk mendapatkan itu kamu tidak mengerahkan seekor kuda pun dan tidak pula seekor unta pun, tetapi Allah yang member kekuasaan kepada RasulNya terhadap siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al Hasyr :6)

iii. Kharaj – hak kaum Muslim ke atas tanah kharajiah (seluruh wilayah yang Islam masuk dengan jalanj jihad kecuali Makkah). Ia adalah berdasarkan ijma’ suquti para sahabat terhadap tindakan Umar ketika menjadi khalifah yang tidak membahagi-bahagikan wilayah khaibar.a. Kharaj Unwah (Kharaj Paksa)b. Kharaj Sulhi (Kharaj damai)

iv. Usyur – hak kaum muslimin terhadap tanaman di tanah usyuriah (wilayah ummat Islam yang tersebar dengan jalan selain jihad seperti Malaysia).

v. Jizyah – cukai ke atas kaum kafir dzimmi yang tinggal dalam Khilafah Islam. “ Sehingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedangkan mereka dalam keadaan tunduk” (At Taubah : 29)

vi. Khumus dari Rikaz – galian yang yang terhad

vii. Harta kelolaan negara (marafiq) – harta-harta dan apa-apa yang dikelolakan oleh negara seperti perkhidmatan bas, pos dan sebagainya.viii. Dharibah – harta yang diambil dari orang Islam dan mampu sahaja sekiranya seluruh dana yang ada habis atau tidak mencukup.“keluarlah kalian dalam keadaan ringan mahupun berat. Dan berjihadlah dengan harta dan diri kalian di jalan Allah. Itulah yang lebih baik bagi kalian jika kalian mengetahui” (At Taubah : 9)

ix. Zakat

x. Harta ahlu riddah (orang murtad) dan harta tanpa tuan.

B. Harta Milik Umum

Harta milik umum adalah harta yang ditetapkan oleh Syar’ (Allah) sebagai milik bersama kaum Muslim. Ia tidak boleh dijadikan milik negara dan tiada ada mana-mana individu atau syarikat yang berhak memonopolinya.Harta jenis ini boleh dikategorikan kepada 3 jenis, iaitu:-

i. Keperluan yang diperlukan oleh ummat dalam kehidupan seharian. Sabda Nabi“ Ummat Islam berkongsi tiga perkara iaitu air, oasis dan bahan api”

ii. Harta yang keadaan asalnya terlarang bagi mana-mana individu memilikinya seperti kaabah, mina, masjid, jalan raya dll. Sabda rasulullah saw:“Mina adalah milik orang-orang yang lebih dahulu sampai”“Kalian dilarang duduk di jalan-jalan umum”

iii. Seluruh bahan galian yang bersifat tidak terbatas atau istilaf fiqihnya ma’al idd (air yang mengalir) seperti besi, timah, petroleum, gas dan bahan-bahan sumber alam yang bersifat sedemikian.

Diriwayatkan oleh Abidh bin Hamal al MazaniySesungguhnya dia bermaksud meminta lombong gram dari Rasulullah. Maka baginda member kepadanya. Semasa baginda memberikannya, berkata seorang lelaki yang ada pada majlis tersebut, “ Apakah engkai mengetahui apa yang telah engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya apa yang telah engkai berikan itu adalah laksana air yang mengali (ma’al idd)”. Lantas baginda bersabda, “ (kalau begitu) tarik kembali darinya”.

C. Harta hak individu

Ia Adalah harta yang dimiliki oleh individu yang diperolehi secara sah. Adalah haram bagi mana-mana pihak merampasnya.Inilah penjelas ringkas sumber pendapatan negara Islam, yang telah ditunjukkan oleh Al Quran, ditunjukkan oleh Rasulullah dan diamalkan oleh khulafaur rasyidin. Ia sama sekali berbeza dengan mana-mana budget negara kapitalisme hari ini termasuk budget 2010 yang dibentang siang tadi. Ia merupakan suatu kewajipan yang wajib kita lakukan. Tanpa wujudnya khilafah, hukum amwal ini akan hanya jadi hukum yang bersawang tanpa perlaksanaan.





Adam Smith dikatakan bapa ekonomi kapitalis

Kesimpulan

Dunia hari ini diatur menggunakan ideology kapitalisme. Sekularisme adalah aqidah bagi ideology, demokrasi adalah system pemerintahannya dan kapitalisme adalah system ekonominya. Bajet yang dibentangkan hari ini adalah sebahagian dari apa yang diajar oleh ideology kapitalisme. Ia bertentangan sama sekali dengan fiqh amwal dalam system ekonomi Islam. Akibat dari kehancuran system khilafah Islamiah , system pemerintahan Islam dan juga ekonomi sama-sekali tidak terlaksana dalam kehidupan hari ini.

Maka, sumber pendapatan dan perbelanjaan yang jelaskan oleh Islam sama sekali dipraktikkan. Inilah yang membawa kesengsaraan kepada ummat dunia hari ini. Marilah sama-sama kita berdakwah untuk mengembalikan system khilafah Islam agar hukum seluruh hukum syara’ dapat dilaksanakan. وَأَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْبَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللهُ إِلَيْكَ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللهُ أَنْ يُصِيبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَDan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada kamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasiq. (Al Maidah :49-50)

Kredit to jemaah-Islam.blogspot.com

Tahniah Kak Fiza & Abg Faizul

Monday, October 12, 2009


Alhamdulillah majlis kenduri kawen kakak sulung berjalan lancar dan meriah.Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu namun syukur kehadrat Ilahi sepanjang majlis berlangsung malam dan siang cuaca agak baik dan tidak hujan walaupun awan keliahtan mendung. Tahniah di ucapkan kepada kak long telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati dari negeri Pahang. “lawan orang jauh no”..kata pak cik Din semilu

Suasana kenduri di waktu siang

Saya terpaksa pulang ke kampung walaupun cuti hanya 2 hari Sabtu Ahad untuk membantu apa yang patut dan merasai kemeriahan kenduri kawen..bukan selalu ada kenduri di rumah sendiri.Kemeriahan dapat di rasai kerana majlis kenduri diadakan secara “pakat” atau gotong royong oleh penduduk kampung.Kampung saya masih lagi mengamalkan majlis kenduri secara “pakat” dan kebanyakkan penduduk langkawi akan saling bantu membantu jika ada majlis kenduri kecuali mereka yang tinggal di bahagian Bandar dan taman perumahan.Semangat berkerjasama dan ukhuwah dapat dirasai dengan gurauan senda dan sakat menyakat antara satu sama lain sambil memasak dan melakukan kerja.



Orang kampung gotong royong meruntuhkan Khemah

Lain
tempat lain adat, tentatif majlis perkahwinnan berbeza mengikut negeri dan keturunan bangsa masing-masing.Namun adat yang di amalkan haruslah menepati kehendak syariat.Jika di Bandar mungkin masing-masing sibuk dengan kerjaya dan urusan harian biasanya majlis perkahwinan akan dibuat secara “buffet” atau layan diri yang tempah khas dari syarikat catering.Kemeriahannya tetap dirasai namun tiada semangat kerjasama dan tolong menolong sesama masyarakat untuk di nikmati.Umat Islam seharusnya mengamalkan sikap bertegur sapa dan kerjasama dalam kehidupan harian.Jika mengamalkan sikap tertutup dan memencilkan diri mudahlah musuh mengambil peluang.bak kata pepatah arab..kambing yang berjauhan dari kelompoknya mudah di baham oleh serigala.


tuan rumah(Ayah) , saya dan tuan Guru

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tok guru perubatan Islam saya Tuan Guru Dato’ Dr Harun Din Al-hafiz ke majlis kenduri kawen kakak saya.Walaupun beliau sibuk dengan urusan dan jadual harian yang padat sempat juga dia bertandang ke kenduri di rumah anak muridnya.Ayah saya juga merupakan anak murid kanan dan selalu mengdampingi beliau sekiranya beliau datang ke Langkawi untuk berceramah atau memberi kuliah agama.Ribuan terima kasih diucapkan kepada pengasas perubatan Islam Darussyifa’ tersebut semoga dengan kehadiran beliau memberkatikan lagi majlis perkahawinan tersebut.



Suasana kenduri waktu malam

Akhirnya,
tahniah sekali lagi diucapakan pada kak long semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

Jemputan Walimaturus

Wednesday, October 7, 2009

Assalamualaikum,,Jemput semua rakan-rakan yang mengenali diri ini ke rumah saya hari sabtu nie..ada majlis kenduri Kawen kakak saya.Jemput mai no..

Aturcara majlis

9 Oktober 2009 (jumaat) 8 mlm hingga 10.30mlm

10 Oktober 2009 (sabtu) 12 tghari hingga 4 ptg


Alamat rumah


Plan ke lokasi rumah pengantin

Rakan-rakan yang ada kat kedah sana jemput mai ke rumah,,dekat ja..rakan-rakan yang ada di lembah Klang kalau rasa nak pergi boleh contex saya..tambang pengankutan sendiri ('',)

ya Allah ya Tuhan kami..satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Nabi Muhammad S.A.W dengan Siti Khatijah.Semoga Allah memberkati keduanya di dunia dan akhirat

Rumah Terbuka Permadah : Terima Kasih Semua

Sunday, October 4, 2009


Pimpinan Permadah UM segak berbaju raya

Alhamdulillah,majlis rumah terbuka Persatuan mahasiswa Kedah Universiti Malaya ( Permadah UM) berjalan lancar seperti yang dirancangkan.Kehadiran adik beradik Permadah dan dif-dif jemputan memeriahkan lagi suasana dan Majlis.

Tahniah dan syabas kepada jawatankuasa pelaksana Majlis Rumah terbuka kali ini berjaya menguruskan majlis dengan jayanya.Daripada menyusun aktiviti,tempat,iklan sehingga la memasak makanan semua di lakukan sendiri oleh adik beraddik Permadah.Terima kasih kepada chef masakan Zaher,Syakila,Fatin,abdullah,husni,faridah,amri,Rusdy, n lain-lain.masakan hampa memang sedap..boleh buka syarikat catering permadah lepas nie hehe.

Kepada penasihat Permadah Prof Dr Pazim Othman terima kasih atas kesudian menghadiri majlis kali.tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan tutor UM yang masih setia bersama Permadah,rakan-rakan pimpinan persatuan,abg we (ydp PmkUM),amin,Syam (ydp Pewaris)yusuf (ydp Permata) terima kasih yusuf jemputBold saya ke majlis adilfitri Permata,wakil MPMUM,fahmi wakil PMIUM dan semua yang menghadirkan diri ke majlis Aidilfitri Permadah kali ini.

Bersama abg we (ydp PMK baju biru),syam (ydp Pewaris bebaju merah) saudara amin (mantan Pres Permadah)


Penasihat baru

Prof Dr Pazim dah nak bersara daripada Pensyarah ekonomi fakulti ekonomi UM bulan januari 2010,secara automatik beliau akan bersara juga daripada menjawat jawatan Penasihat permadah.hanya tingal 2 bulan saja lagi beliau dapat bersama adik beradik Permadah.Dalam ucapan beliau time rumah terbuka semalam,beliau ada memberitahu hasrat tersebut.So,lepas ini Permadah akan dapat penasihat baru katanya.Siapa ye??..

Bersama Adik beradik Permadah UM

Ahli ekonomi tersebut sangat mudah di dekati dan sangat mesra pelajar.tak susah nak jumpa beliau..selalunya,jika saya mahu berjumpanya dengannya untuk berbincang,meminta nasihat dan sebagainya,saya akan pergi ke Masjid ar-Rahman (UM) waktu solat subuh dan asar.Biasanya beliau mesti ada..lepas solat berjamaah boleh jumpa dia..Oleh sebab jurusan pengajian saya di UM juga bidang ekonomi,selain berbincang pasal persatuan kadang-kadang saya tanya juga hal-hal berkaitan pelajaran dn ekonomi itu sendiri.sambil selam minum ayeq ('',)

Sudah lama beliau menjadi penasihat persatuan ini,dah banyak kali bertukar Presiden..saya tak pasti sejak bila beliau jadi penasihat.Sudah banyak pemikiran dan idea serta nasihat yang telah di berikan dalam memajukan lagi Permadah.Jutaan terima kasih di kalungkan dan jasamu tidak dilupakan.Harapnya.Penasihat baru permadah nanti juga seperti beliau.


Prof Dr Pazim Othman Bersama Isteri beliau

Akhirnya.sekali lagi saya ucapakan terima Kasih kepada adik beradik Permadah dan jawatankuasa Pelaksana Projek yang sudi hadir dn mengendalikan majlistersebut dengan jayanya.kepada SU agong Permadah saudara Solahuddin,terima kasih jemput datang rumah.jauh betul nak p rumah hang,,tapi makan best.hehe ok,that all for this entry..wasalam