Jet pejuang Israel telah berjaya mengesan dan memusnahkan lebih 40 buah terowong disempadan Gaza-Mesir. Terowong berkenaan di gunakan oleh penduduk Palestin sebagai laluan untuk membawa masuk barangan keperluan dan sebagai ke Semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah memusnahkan laluan altenatif penduduk Palestin dan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan barang keperluan harian yang lain.Pejuang Hamas bertindak balas melancarkan ratusan roket ke Israel manakala Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Khaled Meshaal,mengesa supaya rakyat palestin melancarkan intifada ke atas Israel.
Sementara di Lubnan, Jeneral Hezbollah,Hassan Nasarullah mengutuk serangan Israel keatas Palestin dan menyeruh Negara Mesir agar membuka sempadan negaranya untuk kemudahan rakyat Palestin mendapatkan bantuan. Ulama tersebut juga menyeruh seluruh pejuang Hezbollah bersiap sedia berikut peningkatan penempatan tentera Israel di sempadan Lubnan-Israel setelah melancarkan serangan keatas Tebing Gaza. Manakala Presiden Palestin,Mahmoud Abbas menyalahkan pihak Hamas kerana tidak menyambung gencatan senjata dengan Negara Yahudi itu.(sumber al-jazeera.net)
Arab masih tidak mahu bersatu
Kenyataan Presiden Plaestin yang menyalahkan pihak Hamas telah membuktikan bahawa dunia arab masih tidak bersatu,saling tuduh menuduh dan salah menyalahi memburukkan lagi keadaan serta membuntukan penyelesaian.Lebih 10 ribu rakyat Yamen mengadakan demontrasi membantah serangan Israel.Malaysia??..belum ada lagi bantahan!!!.
Bangkitlah dan sedarlah wahai kaum muslim,saudara-saudara kita di Palestin kini bermandi darah dek kerakusan dan kekejaman Yahudi laknatullah yang di dokong kuat oleh kafir amrikin(Amerika Syarikat).Sekiranya umat Islam bersatu yakin dan pastilah Negara Yahudi yang sebesar biji sagu itu akan hancur.
Bagaimana hendak bersatu?
Realitinya sekarang,umat Islam sukar untuk bersatu.Zaman kegemilangan empayar Islam dahulu perlu di kembalikan.Negara-negara Islam berpecah kerana perbezaan politik.Siapa yang memperkenalkan politik ini?.Penjajah barat memperkenalkan system ini kononnya sebagai satu sistem demokrasi sambil menanam fahaman sekular kedalam sel otak pemikiran rakyat Negara jajahannya.Pemikiran secular seperti ini perlu di polish dan di buang jauh dari semua pemikiran umat Islam sama ada di Malaysia,Indonesia,Iraq,Mesir dan seluruhnya. Bagaimana caranya??..pejamkan mata,cari ketenangan,kritiskan pemikiran.Yakinlah..Islam pasti jua akan mencapai kemenangan.Refresh our mind!