Kajian Kesan Pelaksanaa GST Secara Mendalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah,,sudah lama kiranya saya tidak meng"update" blog ini..mood untuk menulis blog di matikan dengan kesibukkan menulis tesis yang hampir separuh sudah siap ini..lambakkan tugasan dan aktiviti harian membuatkan blog nie terus di lingkari sawang labah-labah maya.
saya nak respon sikit pasai isu GST, PM Najib nak umum baru2 nie..tapi ditanguhkan sebab berlaku banyak kontroversi...isu nie isu ekonomi,biasanya ramai orang x berapa minat nak amik tau, lain la kalau isu Datuk chong wei menang all england, bolasepak MU kalahkan Liverpool atau isu lompatan jarak jauh ahli-ahli politik yang tidak ada pendirian dan jati diri...Sebaenarnya banyak nak di tulis dalam blog ini..tapi...ok2
Padia tu GST?
Sebelum kita p jauh,,nak gtau la sikit apa itu GST?..GST atau nama penuh dia Good and Service Tax atau dalam bahasa ibunda berbunyi cukai dalam barangan dan perkhidmatan. Untuk senang faham, setiap barangan dan perkhidmatan yang ada dalam negara kita nie akan di kenakan cukai dan pengguna (kita la) terpaksa membayarnya. GST nie dah lama dah diperkenalkan kat luar negara nu..negara mcm england,korea,ausralia n lain..kat Malaysia baru nak bt experimen!!
Berapa peratus nak dikenakan cukai tu?..setakat nie xdapat nk dipastikan lagi sebab kerajaan masih tanguh lagi pembentangan kedua pasai benda nie.
Pasai apa kerajaan nak laksanakan GST nie?..kalau ahli ekonomi dia akan faham bahawa ekonomi negara kita la nie berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Jika mengikut bajet yang PM umum baru2 nie..bajet kita defisit (perbelanjaan kerajaan lebih dari hasil yang ada)..so, bermakna kerajaan sedang mengalami kekurangan bajet yang sangat mendesak.
Bagi menambahkan pendapatan negara yang sebelum nie hanya bergantung kepada cukai langsung dari koprat dan individi serta sumber dari cukai x langsung (contoh : makan KFC,Pizza..bayaq harga makanan tu skali bayaq cukai secara tak langsung). Bagi menambahkan pendapatan negara..kerajaan nak tarik duit dari orang ramai melalui nama GST.
Pasai pa kerajaan xdak duit?...sejak ingatan saya la..dok ikuti pembentangan bajet negara sejak tahun 2000 sampai la nie..bajet negara kita defisit *. So kerajaan terpaksa membuat pelbagai pinjaman untuk tampung perbelanjaan...tapi malang sunguh,,bila audit negara check penyata kewangan..timbui isu perbelanjaan kerajaan disalah gunakan..pen harga sebatang seringgit, diclaim RM10.00. kalau beli 100 batang mcm na? = harga RM1000.00..erm,,banyak tu..kalau cara perbelanjaan adapt di "hemah"kan..kan bagus tu..
Kesan GST?
Kesan GST secara mudah kita nampak,,bila dah setiap firma,barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai, maka akan berlaku kenaikan kos situ..so harga barang pun akan naik. Contoh mudah kalau la nie harga gula RM1.60, so bila GST dilaksanakan harga gula tersebut akan naik sedikit..mgkn jadi RM2.00 atau lebih bergantung pada berapa peratus yang kerajaan tetapkan la.
Zaman la nie semua naik dan melompat..minyak naik..harga naik,tapi bila harga minyak turun..harga barangan x turun2 jg..yang melompat pula..pemimpin2 politik tanah airku..mcm ada pendirian yang betui..saya sangat xsuka pemimpin mcm nie..agaknay bila tubuh satu lagi parti nie PLM (Parti lompat Negara0..hehe..(apa yg aku merapu nie)..ok2
Berbalik pada GST, cadangan kerajaan nk laksanakan GST perlu dikaji kesannya lebih mendalam, kesan kepada inflasi negara dan juga kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Orang kaya mungkin tidak ada masalah,tp bagaimana orang-orang miskin,orang-orang asli,orang-orang yang masih ramai hidup dalam keadaan serba cukup untuk makan sekali sahaja!.
Kedah berjaya kurangkan kadar kemiskinan sepanjang 2009
ALOR SETAR, 2 Jan: Kerajaan Negeri Kedah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar di negeri ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Razak.
"Kita juga telah berjaya mencapai beberapa sasaran penting tahun 2009 seperti pengurangan kadar kemiskinan kepada 3 peratus.
"Begitu juga dengan kadar kemiskinan tegar telah berjaya dikurangkan kepada 0.3 peratus dan kadar pengangguran kepada 3.3 peratus," katanya.
Untuk tahun 2010 ini, kerajaan negeri katanya akan terus memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan keadilan semua pihak di negeri ini dengan mengotakan janji sebagai asas perjuangan kerajaan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat.
Menurut Azizan, azam tahun baru tidak akan memberi apa jua pengertian sekiranya ia tersasar daripada membawa keadilan dalam mencapai keredaan Allah.
"Sehingga Oktober 2009 yang lalu daripada anggaran hasil sebanyak RM480 juta, Kerajaan Negeri telah berjaya mengutip sebanyak RM211.6 juta.
"Dalam tahun 2010 ini aspek yang akan diberi keutamaan ialah kebajikan rakyat, pertanian, kemudahan ICT, agama dan juga sosial, pembangunan infrastruktur dan pentadbiran.
"Kerajaan Negeri juga akan memperbanyakkan lagi program baru yang mampu membantu usahawan tempatan untuk memasuki pasaran tempatan dan juga antarabangsa,"katanya lagi.
Menurut beliau lagi setiap masyarakat tanpa mengira kaum dan agama adalah bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan negeri Kedah supaya kehidupan yang aman, selesa dan diberkati dapat dinikmati bersama.
Apakah nasib KD Sri Inderapura Selepas Terbakar
Kd Sri Inderapura
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Sudah lama tidak menulis di laman sesawang ini..kekangan masa dan jadual hidup yang padat ( busy macam Perdana Menteri plak) membantutkan minat untuk menulis.Kali ini penulis ingin berkongsi sikit artikel tentang ketenteraan
Kapal Diraja Sri Inderapura kapal perang jenis pendarat atau pengangkut serbaguna milik Tentera Laut Diraja Malaysia musnah akibat satu kebakaran pada 8 Oktober yang lalu.Kapal tersebut pernah terbakar pada tahun 2002 kemudian dibaiki semula dan Oktober 2009 ia sekali lagi terbakar..kebakaran yang sangat teruk
Punca kebakaran dikatakan akibat litar pintas,namun kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu dan biasanya ia akan dirahsiakan daripada umum.Takziah pada sahabat saya Midshipmen Redza menjadi salah seorang mangsa kebakaran kapal tersebut.Ketika itu,beliau dan rakan -rakan Navy yang lain ada latihan dikapal tersebut.Beliau ada menghubungi saya menceritakan peristiwa yang berlaku..katanya habis semua uniform dan pakaian Navy dia terbakar..tingal sehelai sepingang..huhu takziah di ucapkan.
Okey,berbalik kepada kapal LST terbesar yang telah banyak berjasa pada TLDM ini,ketika saya berlayar keluar dari lumut baru-baru ini sempat saya "capture" gmbar Kd Sri Inderapura yang terdapar di Selat Dinding,perairan Pulau Pangkor.Keadaannya sangat teruk,bahagian belakangnya ditengelami air,bridge atau anjungan kapal tersebut sudah runtuh,Sukar untuk diselamatkan lagi.
Kd Sri Inderapura semasa terbakar di pangkalan
Jika ia boleh dibaiki sekalipun,saya rasa ia tidak berbaloi..ia terlalu mahal dan" beyond economic expectation".Kerajaan perlu mencari atau membeli kapal baru yang sama jenis fungsi untuk mengantikannya.Banyak firma pengeluaran dari Perancis,Indonesia dan korea Selatan menawarkan kepada Kerajaan Malaysia bagi mengantikan Inderapura
Kd Sri Inderapura (1505) atau nama ringkasnya Kd SIP hanyalah kapal pengangkut biasa,Ia tidak dilengkapi sistem persenjataan peluru berpandu atau torpedo,malah meriam atau Y-Gun juga tidak ada di kapal tersebut.Bagaimana ia hendak mempertahankan diri sekirannya diserang?Hanya senjata api kecil seperti GPMG,LMG,raifal digunakan jika keluar berlayar dalam satu-satu operasi.Kd Sip masih lagi terbakar setelah ditarik keluar
Jika kerajaan ingin mencari pengantinya,kapal tersebut mestilah terkini dan moden serta dilengkapi sistem persenjatan yang cangih.Walaupun ia bukanlah kapal yang perlu berada di barisan hadapan jika berlaku peperangan,namun sistem persenjataan perlu bagi mempertahankan diri sekiranya berlaku ancaman.Jika dilihat kepada kapal-kapal pengangkut negara barat seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis dan lain-lain,Semua kapal pengangkut mereka dilengkapi sistem peluru berpandu dan torpedo bagi mempertahankan diri.
kapal pengangkut US(75) dan Itali (551)
Kapal pengangkut US- USS Nimitz
TLDM hanya memiliki 3 kapal pengangkut serbaguna KD Sri Inderapura,KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa.Setelah KD SIP terbakar hanya tingal dua buah sahaja kapal sokongan serbaguna dalam iventori TLDM,Ia tidak mengcukupi bagi menampung operasi tentera Laut yang perlu menjaga perairan negara yang sangat luas.
Api kecil menjadi kawan,api besar menjadi lawan,setelah lapan hari terbakar..api sukar dipadam sepenuhnya akibat kebakaran merebak kebahagian simpanan minyak,akhirnya ia di tunda keluar dari pangkalan dan dibiar terdampar di selat Dinding dan akhirnya api berjaya dipadamkan setelah beberapa hari terbakar.Kd SIP selepas terbakar
Ia tidak dapat diselamatkan lagi..apatah lagi untuk dibaiki,Kd SIP mungkin akan dilucutkan tauliah dan ditengelamkan dalam laut untuk dijadikan tukun tiruan,jika nak buat muzium pun susah juga,ia memerlukan kos yang tinggi untuk mengangkatnya ke darat dan membaiki serba sedikit bentuk badan kapal yang terbakar.Namun yang pasti ia tidak dapat digunakan lagi
Selamat tingal Kd Sri inderapura..jasa dan pengorbanan di kenang jua.
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Kesempatan beberapa jam kebenaran keluar dari lumut navy base digunakan sebaik-baik mungkin..saya terus menuju ke cyber cafe (internet la) untuk "check" email,update blog dan daftar subjek untuk sem depan,seslaikan beberapa urusan persatuan dan lain-lain
Alhamdulillah,Setelah satu minggu menjalani hidup sebagai seorang "askar air"..dapat juga cuti sehari..jadi la..hilangkan tension sambil menyirup udara segar tepi pantai bandar lumut yang telah di istiharkan sebagai Bnadar Tentera Laut baru-baru ini.
Walaupun terpaksa berhari raya Aidiladha di dalam navy base,namun kemeriahan menjalani ibadah korban tetap dapat dirasai..menyembelih lembu bersama warga TLDM.Ini merupakan kali kedua saya menyambut Aidiladha dalam pangkalan tentera laut ini.
Kerinduan pada kampung halaman tidak la rasa sangat,mungkin ini hari raya korban tapi kalau hari raya Aidilfitri tak balik kampung??..no komen..
Dikesempatan ini,saya nak wish skit..Selamat menyambut aidiladha dan selamat menjalani ibadat korban buat semua muslimim dan muslimat di Malaysia dan khususnya pada rakan-rakan di Universiti Malaya, adik beradik Permadah,sahabat-sahabat MPMUM dan PMIUM dan semua la sesiapa saja yang mengenali diri nie.
Selamat menjalani Ibadah korban..semoga mendapat rahmat dan keredaan Allah
Setakat nie dulu..jumpa lagi

