Kabinet MPPUM diketahui Isnin depan(1 feb 09)

Thursday, January 29, 2009






Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan pro-Mahasiswa, Mohd Ridhuan Mohammad.

Penulis

Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali pro-Aspirasi) dan pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr Azarae Idris, Isnin depan.





penulis berbaju oren bersama rakan sekolah dahulu (hasbi fac sastera)




para penyokong pengerak mahasiswa(aspirasi)



Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi – menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera – dan calon bebas memenangi dua kerusi.Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkan hampir dua minggu. Dua perwakilan bebas - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San – dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa dalam pungutan suara dua hari selepas pilihanraya kampus, 19 Januari.Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.





wan mohd hasif(berbaju melayu)

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi. Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini."Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti," katanya.Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu."Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar."Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami," katanya.Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.




rakan-rakan aktivis pro mahasiswa



Mohd Ridhuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.Lagipun, katanya, calon pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.Mohd Ridhuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.

Pro Mahasiswa Kuasai Kampus UM

Wednesday, January 21, 2009




Kerusi yang dipertandingkan ; UMUM : 9
KerusiFAKULTI : 32

KerusiCalon Umum Pro Mahasiswa yang menang :

1) Mohamad Hafiz bin Ilyas : 5999 Undi
2) Ahmad Syazwan bin Muhammad Hasan : 5886 Undi
3) Mohd Ridzuan bin Mohammad : 5474 Undi
4) Nurul Fitrah binti Mohd Ariffin Marican : 5425 Undi
5) Chong Yah Huei : 5041 Undi
6) Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply : 5000 Undi
7) Low Yu Jie : 4847 Undi
8) Yap Zhen Jun : 4683 Undi

Fakulti yang dimenangi calon Pro Mahasiswa :

1) Akademi Pengajian Islam : 2 Calon
2) Fakulti Undang-undang : 2 Calon
3) Akademi Pengajian Melayu : 2 Calon
4) Fakulti Perubatan : 1 Calon
5) Fakulti Pergigian : 1 Calon
6) Fakulti Perakaunan dan Perniagaan : 1 Calon
7) Fakulti Pendidikan : 1 Calon
8) Fakulti Sains : 1 Calon
9) Fakulti Bahasa dan Linguistik : 1 Calon
10) Pusat Kebudayaan : 1 Calon

Keseluruhannya : Pro Mahasiswa menang 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Intifada Palestin,Hancurkan Israel

Sunday, December 28, 2008



Selepas tamatnya genjatan senjata selama enam bulan di antara Palestin dan Israel lapan hari yang lalu,bumi Palestin kini sekali lagi bermandi darah.Tentera Israel laknatullah menyerang lebih 250 sasaran penting Hamas di tebing Gaza mengunakan pesawat pejuang mereka.Ratusan bom dan peluru berpandu di lepaskan menyebabkan kemusnahan bangunan yang teruk serta mengorbankan lebih 292 orang dan lebih 700 penduduk gaza cedera.Satu angka korban yang besar selepas 2 hari serangan keatas bumi Gaza.



Jet pejuang Israel telah berjaya mengesan dan memusnahkan lebih 40 buah terowong disempadan Gaza-Mesir. Terowong berkenaan di gunakan oleh penduduk Palestin sebagai laluan untuk membawa masuk barangan keperluan dan sebagai ke Semenanjung Gaza. Serangan tersebut telah memusnahkan laluan altenatif penduduk Palestin dan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan dan barang keperluan harian yang lain.Pejuang Hamas bertindak balas melancarkan ratusan roket ke Israel manakala Pemimpin Hamas dalam buangan di Damsyik, Khaled Meshaal,mengesa supaya rakyat palestin melancarkan intifada ke atas Israel.



Sementara di Lubnan, Jeneral Hezbollah,Hassan Nasarullah mengutuk serangan Israel keatas Palestin dan menyeruh Negara Mesir agar membuka sempadan negaranya untuk kemudahan rakyat Palestin mendapatkan bantuan. Ulama tersebut juga menyeruh seluruh pejuang Hezbollah bersiap sedia berikut peningkatan penempatan tentera Israel di sempadan Lubnan-Israel setelah melancarkan serangan keatas Tebing Gaza. Manakala Presiden Palestin,Mahmoud Abbas menyalahkan pihak Hamas kerana tidak menyambung gencatan senjata dengan Negara Yahudi itu.(sumber al-jazeera.net)



Arab masih tidak mahu bersatu



Kenyataan Presiden Plaestin yang menyalahkan pihak Hamas telah membuktikan bahawa dunia arab masih tidak bersatu,saling tuduh menuduh dan salah menyalahi memburukkan lagi keadaan serta membuntukan penyelesaian.Lebih 10 ribu rakyat Yamen mengadakan demontrasi membantah serangan Israel.Malaysia??..belum ada lagi bantahan!!!.
Bangkitlah dan sedarlah wahai kaum muslim,saudara-saudara kita di Palestin kini bermandi darah dek kerakusan dan kekejaman Yahudi laknatullah yang di dokong kuat oleh kafir amrikin(Amerika Syarikat).Sekiranya umat Islam bersatu yakin dan pastilah Negara Yahudi yang sebesar biji sagu itu akan hancur.



Bagaimana hendak bersatu?



Realitinya sekarang,umat Islam sukar untuk bersatu.Zaman kegemilangan empayar Islam dahulu perlu di kembalikan.Negara-negara Islam berpecah kerana perbezaan politik.Siapa yang memperkenalkan politik ini?.Penjajah barat memperkenalkan system ini kononnya sebagai satu sistem demokrasi sambil menanam fahaman sekular kedalam sel otak pemikiran rakyat Negara jajahannya.Pemikiran secular seperti ini perlu di polish dan di buang jauh dari semua pemikiran umat Islam sama ada di Malaysia,Indonesia,Iraq,Mesir dan seluruhnya. Bagaimana caranya??..pejamkan mata,cari ketenangan,kritiskan pemikiran.Yakinlah..Islam pasti jua akan mencapai kemenangan.Refresh our mind!

Keputusan Peperiksaan : Kejayaan VS Kegagalan

Tuesday, December 23, 2008



Keputusan peperiksaan akhir semester bagi Universiti Malaya dan juga universiti-universiti lain telah keluar..ada yang gembira,ada yang kecewa dan ada juga yang tidak rasa apa-apa(no feeling).Masing-masing sibuk menghantar message kepada rakan-rakan bertanyakan "result" masing-masing.

"Result" yang di perolehi memperanguhi pembelajaran di semester hadapan,sekiranya terdapat subjek atau "paper" yang terpaksa di "repeat",maka pelajar tersebut terpaksa mengulangi subjek berkenaanSecara automatiknya ia akan memberikan tekanan mentel kepada pelajar tersebut kerana terpaksa mengambil atau belajar semula subjek yang sudah dimambil sebelum ini.

Ini adalah sistem yang telah ditetapkan,mahu tdak kita terpaksa mengikutinya.Sekiranya kita telah berusaha bersungguh,membuat ulangkaji,nota dan sebagainya namun masih belum lulus dalam peperiksaan,kita terimanya sebagai satu ujian dari Ilahi dan redha dengan keputusan tersebut,tetapi sekiranya gagal dalam peperiksaan disebabkan sikap kita yang malas dan tidak berusaha untuk mencapai kejayaan,ia perlulah muhasabah kembali.

Tegasnya disini,setinggi mana pun pointer atau banyak mana pun bilangan "A" yang diperolehi tidak bermakna sekiranya ilmu-ilmu yang dipelajari hanya sekadar di dewan peperiksaan,selepas keluar dari dewan hilang segalanya.Menimba ilmu hanya sekadar untuk mendapatkan segulung ijazah,maka ia tidak memberi erti apa-apa.Ilmu yang berguna adalah ilmu yang dipraktikkan dalam kehidupan seharian.Namun harus di ingat kejayaan dan kegagalan tersebut semuanya Allah yang menentukan.

Akhir kalam,saya ucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan yang berjaya dalam peperiksaan,dengar khabar ada yang dapat 4.0,pointer 3.7 keatas pun ramai..bleh la dapat anugerah dekan kali nie..saya sendiri pun hampir-hampir saja nak dapat keputusan 4.0,tapi nasib kurang baik hehehe..syabas dan tahniah..bagi yang kurang berjaya,jangan bersedih hati..tingkatkan usaha dan banyakkan berdoa kepada Allah..sekian

KEMBALI SEMULA...

Sunday, December 14, 2008


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloger yang sudi menyingah di teratak maya ku ini..maaf di pinta kerana sudah lama tidak meng"update' blog ini..dah naik sarang sesawang dah..lepas habis final exam 17hb nov yang lepas..aku terus tersibuk dengan pelbagai program2 persatuan dan di susuri latihan tahunan palapes selama hampir 3 minggu (fomdex n ACT)...tak sempat aku nak memegang laptop apatah lagi nak menulis..

Sesampai saje aku di kampung tercinta hari ini 14hb Dec..terusku membuka blog dan membaca email yang begitu banyak dan sarat sehingga tak sempat nak dibalas..huhu..ok, setakat ini dulu..nanti ku sambung lagi penulisan di blog ini..wasalam..

Selamat Mengahadapi Peperiksaan (part 2)

Wednesday, November 12, 2008



Khamis bersamaan 13 nov 2008, tamat sudah fasa kedua peperiksaan aku..sudah habis 5 paper dan ada satu lagi paper “killer” menunggu 17hb nanti..selang masa beberapa hari yang ada akan aku gunakan sehabis baik untuk mengulangkaji dan memantapkan lagi pelajaran aku..paper yang last ni tak perlu banyak membaca dan juga mengingat..banyak kira-kira dan selalu buat latihan..paper accounting in economic..

Sedar atau tidak,sudah dua minggu lepas peperiksaan berlalu..ramai juga di kalangan rakan-rakanku yang sudah habis paper..apa lagi..enjoy sakan la dan merancang untuk pergi rehlah dan sebagainya, tak kurang juga ada yang sudah balik rumah..rindu kat mak katanya..ish2..dah besau pun manja lagi..aku pula yang jadi ‘mental’ dengan rakan-rakanku yang dah habis exam nie..aku yang belum habis exam lagi ni diajaknya keluar lepak-lepak kat mapler..sambil tengok bola nak belanja aku plak tuu..siap nasihatkan aku tak payah la rajin-rajin study..aduusss..semua perlu ditepis demi peperiksaan yang menunggu..ini semua dugaan yang perlu aku tempuhi..

Mood study perlu di kekalkan agar semangat untuk mengulangkaji pelajaraan masih menebal..usah di perdulikan mereka yang dah habis exam enjoy dan sebagainya..peksa hanya sekali ..tak lulus kena repeat..huhuhu..minta simpang dari ketidaklulusan dalam peperiksaan semester ini..kepada bloger yang membaca artikel ini..doakan kejayaanku dalam peperiksaan..ku sentiasa berdoakan untuk kejayaan kalian..tinggalkan komen anda untuk menjadikan diri anda pengomen dan pengkritik yang hebat..salam peperiksaan

Selamat Mengahadapi Peperiksaan (part 1)

Saturday, November 8, 2008







Alhamdulillah..hari ni sabtu bersamaan 8nb nov telah habis fasa pertama peperiksaan aku, mula pada 5hb hari rabu lepas sampai la hari ni..subjek theory of insurance and takaful , mikro ekonomi perbandingan n subjek arab fiqh al usrah ari ni..exam yang direct..meletihkan otakkn aku..dah abeh 3 paper ada 3 paper lg..




Selang masa 3 hari lagi sebelum fasa kedua exam bermula pula hari rabu ni..aku curi masa skit untuk update blog nie..dah lama tidak menulis dah naik sarang labah-labah..maklum la sibuk study..hehehe. Di waktu minggu exam ni..aku cuba kurangkan skit melayari Internet, selalunya aku akan habiskan masa yang lama menerokai dan membaca blog-blog sahabat2 n blog2 ilmiah..disamping chating YM dengan kawan-kawan aku yang belajar di luar Negara..mesir , republic Czech,England, usa n lain-lain telah mengurangkan masa aku untuk study..banyak lagi yang tidak di ulangkaji..kalau kerap online internet..bila la nak study..nanti exam gelabah!!

Minggu exam ni..semua pelajar kampus aku sibuk..ke hulu hilir bersama buku dan nota,macam-macam bentuk nota n peta minda dibuat bagi memudahkan untuk mengingati pembelajaran yang di belajar sebelum ni.,tetapi tidak kurang juga yang masih leka bergembira,tiap-tiap malam keluar lepak kat Mapler n waryng sambil tengok bola. Minggu exam ke apa ke..sama je..mungkin depa ni dah study awal-awal kot..time minggu exam rilex je..tenangkan fikiran..baru tak tensen..




Apa-apa pun, setelah berusaha n belajar bersungguh..kita kembali kepada yang Maha Esa, bertawakal kepadaNYa..Allah jua lah yang menentukan kejayaan kita di masa hadapan..banyakkan berdoa kepada Allah..Semoga aku dan rakan-rakan seperjuangan aku yang lain di kurniakan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan..Ameen.