Apa Pun Tak Tulis

Monday, June 27, 2011

1. Sunyi betul blog nie.. dah lama x tulis Something kat sini..

2. Sejak terlibat dengan penulisan Thesis nie..malas rasanya nk menulis kat blog nie..lebih baik aku tulis Thesis dari tulis blog..

3. Blog Vs Thesis..haish, x leh jadikan ia sebagai alasan

4. rugi kalau dibiarkan bersarang labah2..

5. mesti digunakan sebaik mungkin..

6. ....

terima atau tolak

Sunday, May 22, 2011

boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kamu..

dan boleh jadi kamu amat mencintai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu..

Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui

Al-Baqorah: Ayat 216.

PTPTN, Bunga dan Balcklist vs Aku

Friday, April 15, 2011



“Nama encik dah dikeluarkan dari senarai blacklist Imigresen..dah boleh ke luar Negara”, senyum pegawai PTPTN sambil memandang kearah aku.

Setelah mengucapkan terima kasih..aku terus berlalu meninggalkan pejabat PTPTN KL Sentral.

Ini kali ke 3 aku ke pejabat PTPTN tersebut bagi melangsaikan hutang PTPTN..pas nie tak mau datang lagi. Pinjam skit..bayar banyak..ish3..story dia mcm nie…

Masuk U..2007

Julai 2007 dahulu, aku dapat tawaran untuk menyambung pelajaran peringkat ijazah sarjana Muda di Universiti tertua Malaysia (UM). Oleh sebab keluarga aku bukanlah kaya sangat..jadi terpaksalah aku meminjam wang dari PTPTN.

Setelah hampir menghabiskan pembelajaran di semester pertama ..hujung sem 1 macam tu..aku dapat tawaran biasiswa utk pembiayaan ijazah sarjana muda aku..jadi, dengan segera aku membatalkan pinjaman PTPTN.

Pinjaman PTPTN untuk sem 1 hanya RM3250.00 sahaja.

Setelah berhempas pulas belajar selama 3 tahun..buat assignment, presentation, thesis, ponteng kuliah dan macam2 lagi la..akhirnya aku be
rjaya menamatkan pembelajaran di UM.

Ogos 2010..konvensyen di adakan..alhamdulillah berjaya mendapatkan ijazah pertama.

Sistem al Ujrah

Ketika ramai rakan2 dok heboh pasal penukaran fa
edah pinjaman PTPTN dari 3% ke 1%..aku teringat kembali yang aku juga pernah pinjam PTPTNm dulu..awal Febuari 2011 aku ke pejabat PTPTN KL Sentral untuk meng”check” hutang pinjaman PTPTN yang di pinjam tahun 2007 dahulu.

Selepas di semak..baki pinjaman aku berjumlah RM3600.00..wow..tahun 2007 dulu pinjam RM3250.00 ja..tahun 2011 dah jadi RM3600.00..


RM350.00 adalah bunga @ RIBA..

Minggu berikutnya aku sekali lagi ke pejabat PTPTN..bayar sekaligus RM3600.00..kemudian, pegawai PTPTN tersebut bersuara..

“adik dah kena blacklist nie.. kena tunggu dalam masa sebulan lagi..untuk pihak PTPTN sahkan baki sebenarnya pinjaman adik..nanti pihak kami hantar jumlah baki pinjaman terakhir dan kos guaman kat email adik ye”

La.. ingat dah setel..rupanya kena saman plak..ken
a tunggu sebulan lagi..

Sebulan berlalu..awal april 2011..aku dapat email dari PTPTN..( baki terakhir pinjaman dan kos guaman anda adalah sebanyak RM219.00. And
a dikehendaki membayar jumlah baki tersebut sebelum 30 April 2011 )

15 April 2011..aku ke pejabat PTPTN buat kali k
e-3 untuk membayar baki pinjaman dan kos guaman tersebut. ..tahun 2007 pinjam RM3250.00..tahun 2011 jumlah pinjaman membiak menjadi sebanyak RM3600.00..Tambah kos guaman Balacklist RM219.00..jumlah keseluruh RM3819.00.

RM3819.00 - RM3250.00 = RM569..jumlah di sepatutnya aku tak perlu bayar.

Rasanya, bukan aku seorang saja kes macam nie..mesti ramai lagi peminjan2 PTPTN dengan kisah tersendiri..cepat p semak baki pinjam anda!


P/S : x kan pinjam PTPTN lagi..forever.

Menara utk Langkawi

Tuesday, January 25, 2011

Nikmat VS Bala

Tuesday, January 18, 2011

Sesuatu NIKMAT yang di perolehi menjauhkan diri kita dari Allah sebenarnya ia adalah BALA..sebaliknya sesuatu BALA yang datang menimpa mendekatkan diri kepada Allah adalah merupakan satu NIKMAT

Jom solat Tarawikh di Dataran Merdeka!!

Sunday, August 29, 2010


Assalamualaikum, salam Ramadhan buat semua umat Islam yang membaca penulisan di blog ini. Ramadhan sudah menghampiri gelombang lailatul Qadar. Bersaing sama-sama dengan gelombang hari kemerdekaan yang akan di sambut 31 ogos nanti. Adakah sama dengan gelombang internet di Malaysia yang sentiasa lembab..ops! tapi itu adalah hakikat sebenarnya.

Tahun lepas, tarikh permulaan Puasa jatuh pada 22 Ogos 2009. Ia juga berlaku dalam bulan Ogos di mana rakyat Malaysia akan menyambung kemerdekaan. Masih ingat lagi, Malam 31 ogos 2009 aku keluar Kuala Lumpur mengunjungi Dataran Merdeka tempat wajib saban tahun dimana warga kota menyambut detik 12 tengah malam. (bukan p berfoya-foya2..ada misi untuk dilakukan). Seperti tahun-tahun yang sebelum ini, ambang kemerdekaan tahun 2009 dan awal Ramadhan disambut dengan nyanyian lagu-lagu dan konsert daripada artis-artis tempatan. Anak-anak muda berpakaian feksyen pelik riang gembira dan bangga dengan kepelikan itu, mat rempit pula menghabiskan minyak mengukur jalan-jalan di sekitar kota KL, pasangan chenta berdua-duaan bermadu asmara merdeka, dan macam-macam lagi la jenis dan gelagak manusia menyambut detik ambang jam 12 tengah malam pada 31 Ogos 2009.

itulah secubis keadaan yang berlaku pada tahun lepas, bagaimana pula keadaanyan pada tahun ini? apatah lagi ambang 31 ogos akan disambut pada bulan Ramadhan..nantikan..

Jika baru-baru ini, demam bola sepak piala dunia, Dataran Merdeka telah di pasangkan skrin gergasi (besar punye!) untuk warga kota bersama-sama santai menonton perlawanan bola sepak. Ramai juga warga KL yang mai tengok walaupun perlawanan pada jam 2.30 pagi..semangat!

Dan, pada Ramadhan tahun ini..aku cadangkan agar DBKL anjurkan malam kerohanian kat dataran merdeka. Kita buat majlis berbuka puasa di situ dan solat magrib berjamaah, pas tu buat solat Tarawikh berjamaah beramai-ramai. Kemudian kita tadarus Al-quran, berzikir or etc sampailah detik jam 12 tengah malam 31 Ogos 2010 tiba. Kita sambut dengan doa dan kesyukuran kepada Ilahi atas nikmat kemerdekaan yang dikurniakanNya.

P/s: agak-agak ramai ke warga kota akan datang jika buat majlis macam nie kat Dataran Merdeka??

Hukum Bunuh Untuk Pembuang Bayi..Setuju?

Friday, August 13, 2010


Kebalakangan nie..sibuk dok bincang pasai hukuman lebih berat patut dikenakan terhadap mereka-mereka yang pandai melahirkan bayi kemudian membuang merata tempat. Jemaah menteri pun dok bergebang dalam Parlimen, dan bayak la lagi tokoh-tokoh kat Malaysia nie dok bagi pendapat masing2. Dah lama aku pikir hukuman yang berat yang sesuai dengan jenayah buang bayi ialah MATI. Ya mati, sebab dia juga seorang pembunuh.pembunuh juga perlu mati!!

Bayi yang lahir kedunia nie tak tahu apa2, nak makan pun xtahu,nak bercakap tak tahu, apatah lagi nak bangun berjalan sepertimana "bayi" lembu yang dilahirkan. Bila dah dibuang bayi tersebut ia seperti kita membunuhnya, dia tinggalkan dan biarkan "berdikari" keseorangan. Kalau tinggalkan sepingan nasi ayam + air Radix Ais disebelah dia pun dia tidak akan reti untuk makan!.

Bayi yang comel2 dibuang dalam longkang,di Pam dalam tandas, dalam semak..semua itu adalah untuk membunuhnya! kalu buang bayi "besar" xpa la..dia tahu juga nak makan bila lapar,berteduh kalau hujan atau panas. tetapi si kecil comel tu..boleh buat ke macam tu?

Hukuman yang berat perlu diambil untuk membendung jenayah begini, mungkin masih ramai belum sedar,buang bayi tidak ada salahnya kerana ia tidak mengetahui apa2 lagi..Persoalannya, setiap bayi yang dilahirkan di dunia ini mempunyai hak dan jiwa tersebut perlu diberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup didunia yang sementara ini...So, hukuman untuk pembuang bayi adalah hukum bunuh mandatori! setuju ngn aku?..sekadar berpandangan