Kajian Kesan Pelaksanaa GST Secara Mendalam

Tuesday, March 23, 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah,,sudah lama kiranya saya tidak meng"update" blog ini..mood untuk menulis blog di matikan dengan kesibukkan menulis tesis yang hampir separuh sudah siap ini..lambakkan tugasan dan aktiviti harian membuatkan blog nie terus di lingkari sawang labah-labah maya.

saya nak respon sikit pasai isu GST, PM Najib nak umum baru2 nie..tapi ditanguhkan sebab berlaku banyak kontroversi...isu nie isu ekonomi,biasanya ramai orang x berapa minat nak amik tau, lain la kalau isu Datuk chong wei menang all england, bolasepak MU kalahkan Liverpool atau isu lompatan jarak jauh ahli-ahli politik yang tidak ada pendirian dan jati diri...Sebaenarnya banyak nak di tulis dalam blog ini..tapi...ok2

Padia tu GST?

Sebelum kita p jauh,,nak gtau la sikit apa itu GST?..GST atau nama penuh dia Good and Service Tax atau dalam bahasa ibunda berbunyi cukai dalam barangan dan perkhidmatan. Untuk senang faham, setiap barangan dan perkhidmatan yang ada dalam negara kita nie akan di kenakan cukai dan pengguna (kita la) terpaksa membayarnya. GST nie dah lama dah diperkenalkan kat luar negara nu..negara mcm england,korea,ausralia n lain..kat Malaysia baru nak bt experimen!!

Berapa peratus nak dikenakan cukai tu?..setakat nie xdapat nk dipastikan lagi sebab kerajaan masih tanguh lagi pembentangan kedua pasai benda nie.

Pasai apa kerajaan nak laksanakan GST nie?..kalau ahli ekonomi dia akan faham bahawa ekonomi negara kita la nie berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Jika mengikut bajet yang PM umum baru2 nie..bajet kita defisit (perbelanjaan kerajaan lebih dari hasil yang ada)..so, bermakna kerajaan sedang mengalami kekurangan bajet yang sangat mendesak.

Bagi menambahkan pendapatan negara yang sebelum nie hanya bergantung kepada cukai langsung dari koprat dan individi serta sumber dari cukai x langsung (contoh : makan KFC,Pizza..bayaq harga makanan tu skali bayaq cukai secara tak langsung). Bagi menambahkan pendapatan negara..kerajaan nak tarik duit dari orang ramai melalui nama GST.

Pasai pa kerajaan xdak duit?...sejak ingatan saya la..dok ikuti pembentangan bajet negara sejak tahun 2000 sampai la nie..bajet negara kita defisit *. So kerajaan terpaksa membuat pelbagai pinjaman untuk tampung perbelanjaan...tapi malang sunguh,,bila audit negara check penyata kewangan..timbui isu perbelanjaan kerajaan disalah gunakan..pen harga sebatang seringgit, diclaim RM10.00. kalau beli 100 batang mcm na? = harga RM1000.00..erm,,banyak tu..kalau cara perbelanjaan adapt di "hemah"kan..kan bagus tu..

Kesan GST?

Kesan GST secara mudah kita nampak,,bila dah setiap firma,barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai, maka akan berlaku kenaikan kos situ..so harga barang pun akan naik. Contoh mudah kalau la nie harga gula RM1.60, so bila GST dilaksanakan harga gula tersebut akan naik sedikit..mgkn jadi RM2.00 atau lebih bergantung pada berapa peratus yang kerajaan tetapkan la.


Zaman la nie semua naik dan melompat..minyak naik..harga naik,tapi bila harga minyak turun..harga barangan x turun2 jg..yang melompat pula..pemimpin2 politik tanah airku..mcm ada pendirian yang betui..saya sangat xsuka pemimpin mcm nie..agaknay bila tubuh satu lagi parti nie PLM (Parti lompat Negara0..hehe..(apa yg aku merapu nie)..ok2

Berbalik pada GST, cadangan kerajaan nk laksanakan GST perlu dikaji kesannya lebih mendalam, kesan kepada inflasi negara dan juga kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah. Orang kaya mungkin tidak ada masalah,tp bagaimana orang-orang miskin,orang-orang asli,orang-orang yang masih ramai hidup dalam keadaan serba cukup untuk makan sekali sahaja!.