Kd Sri Inderapura
Assalamualaikum dan salam Sejahtera
Sudah lama tidak menulis di laman sesawang ini..kekangan masa dan jadual hidup yang padat ( busy macam Perdana Menteri plak) membantutkan minat untuk menulis.Kali ini penulis ingin berkongsi sikit artikel tentang ketenteraan
Kapal Diraja Sri Inderapura kapal perang jenis pendarat atau pengangkut serbaguna milik Tentera Laut Diraja Malaysia musnah akibat satu kebakaran pada 8 Oktober yang lalu.Kapal tersebut pernah terbakar pada tahun 2002 kemudian dibaiki semula dan Oktober 2009 ia sekali lagi terbakar..kebakaran yang sangat teruk
Punca kebakaran dikatakan akibat litar pintas,namun kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu dan biasanya ia akan dirahsiakan daripada umum.Takziah pada sahabat saya Midshipmen Redza menjadi salah seorang mangsa kebakaran kapal tersebut.Ketika itu,beliau dan rakan -rakan Navy yang lain ada latihan dikapal tersebut.Beliau ada menghubungi saya menceritakan peristiwa yang berlaku..katanya habis semua uniform dan pakaian Navy dia terbakar..tingal sehelai sepingang..huhu takziah di ucapkan.
Okey,berbalik kepada kapal LST terbesar yang telah banyak berjasa pada TLDM ini,ketika saya berlayar keluar dari lumut baru-baru ini sempat saya "capture" gmbar Kd Sri Inderapura yang terdapar di Selat Dinding,perairan Pulau Pangkor.Keadaannya sangat teruk,bahagian belakangnya ditengelami air,bridge atau anjungan kapal tersebut sudah runtuh,Sukar untuk diselamatkan lagi.
Kd Sri Inderapura semasa terbakar di pangkalan
Jika ia boleh dibaiki sekalipun,saya rasa ia tidak berbaloi..ia terlalu mahal dan" beyond economic expectation".Kerajaan perlu mencari atau membeli kapal baru yang sama jenis fungsi untuk mengantikannya.Banyak firma pengeluaran dari Perancis,Indonesia dan korea Selatan menawarkan kepada Kerajaan Malaysia bagi mengantikan Inderapura
Kd Sri Inderapura (1505) atau nama ringkasnya Kd SIP hanyalah kapal pengangkut biasa,Ia tidak dilengkapi sistem persenjataan peluru berpandu atau torpedo,malah meriam atau Y-Gun juga tidak ada di kapal tersebut.Bagaimana ia hendak mempertahankan diri sekirannya diserang?Hanya senjata api kecil seperti GPMG,LMG,raifal digunakan jika keluar berlayar dalam satu-satu operasi.
Kd Sip masih lagi terbakar setelah ditarik keluar
Jika kerajaan ingin mencari pengantinya,kapal tersebut mestilah terkini dan moden serta dilengkapi sistem persenjatan yang cangih.Walaupun ia bukanlah kapal yang perlu berada di barisan hadapan jika berlaku peperangan,namun sistem persenjataan perlu bagi mempertahankan diri sekiranya berlaku ancaman.Jika dilihat kepada kapal-kapal pengangkut negara barat seperti Amerika Syarikat,Britain,Perancis dan lain-lain,Semua kapal pengangkut mereka dilengkapi sistem peluru berpandu dan torpedo bagi mempertahankan diri.
kapal pengangkut US(75) dan Itali (551)
Kapal pengangkut US- USS Nimitz
TLDM hanya memiliki 3 kapal pengangkut serbaguna KD Sri Inderapura,KD Sri Indera Sakti dan KD Mahawangsa.Setelah KD SIP terbakar hanya tingal dua buah sahaja kapal sokongan serbaguna dalam iventori TLDM,Ia tidak mengcukupi bagi menampung operasi tentera Laut yang perlu menjaga perairan negara yang sangat luas.
Api kecil menjadi kawan,api besar menjadi lawan,setelah lapan hari terbakar..api sukar dipadam sepenuhnya akibat kebakaran merebak kebahagian simpanan minyak,akhirnya ia di tunda keluar dari pangkalan dan dibiar terdampar di selat Dinding dan akhirnya api berjaya dipadamkan setelah beberapa hari terbakar.
Kd SIP selepas terbakar
Ia tidak dapat diselamatkan lagi..apatah lagi untuk dibaiki,Kd SIP mungkin akan dilucutkan tauliah dan ditengelamkan dalam laut untuk dijadikan tukun tiruan,jika nak buat muzium pun susah juga,ia memerlukan kos yang tinggi untuk mengangkatnya ke darat dan membaiki serba sedikit bentuk badan kapal yang terbakar.Namun yang pasti ia tidak dapat digunakan lagi
Selamat tingal Kd Sri inderapura..jasa dan pengorbanan di kenang jua.
Apakah nasib KD Sri Inderapura Selepas Terbakar
Thursday, December 10, 2009
Posted by
putera_mahsuri
at
8:19 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)